Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

TOK WAN DIN AL-FATHANI
Tuesday, June 07, 2005
PENYALIN KARYA SYEIKH DAUD AL-FATHANI

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

DUA orang adik beradik beliau telah diperkenalkan dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, yang terdahulu daripada ini, kedua-duanya ialah: Syeikh `Abdul Qadir al-Fathani @ Tok Bendang Daya II dan Syeikh Abdul Lathif al-Fathani. Yang sulung di antara mereka ialah Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani, kemudian disingkat dengan Syeikh Muhammad Zain saja. Lahir dalam tahun 1233 Hijrah/1817 Masehi di Kampung Sena Janjar, Patani. Ulama dan tokoh ini selain mendapat pendidikan dari orang tuanya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya I), seterusnya Tok Wan Din mendapat pendidikan langsung dari ulama besar yang terkenal, iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Setelah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani wafat, Tok Wan Din al-Fathani mengikuti pengajian-pengajian yang dijalankan oleh Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan yang kedua-duanya ulama bangsa Arab yang sebaya umur dengan beliau.

AKTIVITI

Aktiviti sepanjang hayatnya ialah mengajar di Pondok Sena Janjar dan Pondok Bendang Daya kemudian mengajar pula di Mekah. Tok Wan Din al-Fathani merupakan orang pertama mengambil inisiatif menganjurkan penyalinan kitab-kitab Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani secara besar-besaran dan teratur. Selain aktiviti di Mekah, beliau mengasaskan Dewan Tok Bendang Daya di Pondok Bendang Daya. Di Dewan Tok Bendang Daya itulah dikumpulkan pelbagai kitab dan sekali gus dilakukan pekerjaan penyalinan pelbagai kitab. Penyalinan selain dilakukan sendiri juga dilakukan oleh beberapa orang muridnya yang dapat dipercayai keilmuannya. Di antara yang terbanyak membuat salinan pelbagai kitab ialah Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif Kelaba Beris al-Fathani (Tok Kelaba).

Salah sebuah khazanah penting yang membicarakan Melayu dan Islam hasil usaha Tok Wan Din al-Fathani ialah salinan Tarikh Patani. Karya tersebut adalah susunan Syeikh Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Safiuddin. Naskhah yang asli sudah tidak dapat dikesan lagi. Yang dapat dikesan hanyalah karya tersebut pernah disalin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam tahun 1228 Hijrah/1813 Masehi. Salinan oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga tidak dijumpai lagi. Naskhah yang ada sekarang hanyalah dua buah salinan Tok Wan Din al-Fathani yang beliau salin dari salinan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dua buah naskhah salinan Tok Wan Din al-Fathani ialah: Sebuah pernah dimiliki oleh Dr. Sya'rani Madakakul (berasal dari Menara, Patani). Setelah beliau menyalinnya, naskhah salinan Tok Wan Din al-Fathani musnah, kerana tanpa disedarinya naskhah itu dibakar oleh salah seorang anaknya.

Yang sebuah lagi adalah koleksi penulis. Dari naskhah yang saya miliki dan dibanding dengan salinan Dr. Sya'rani Madakakul itulah Tarikh Patani oleh Syeikh Faqih Ali al-Fathani versi salinan Tok Wan Din al-Fathani telah diperbanyak berupa transliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada tulisan Latin/ Rumi.

Selain salinan Tarikh Patani karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang pernah beliau salin ialah Manhalus Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis Shufi. Manhalus Shafi termasuk kitab Melayu/Jawi tentang tasawuf yang banyak ditemui salinannya, tetapi kebanyakan salinan tidak terdapat nama Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani sebagai pengarangnya. Walau bagaimanapun salinan Tok Wan Din al-Fathani adalah karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Karangan ulama-ulama yang berasal dari Aceh juga tidak luput dari perhatian Tok Wan Din al-Fathani. Di antara kitab karangan ulama Aceh yang pernah beliau salin ialah Bidayatul Hidayah karangan Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi. Kitab ini juga sangat banyak ditemui salinan, namun yang ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani untuk dicetak ialah berasal dari salinan Tok Wan Din al-Fathani (ayah kepada Syeikh Ahmad al-Fathani). Bidayatul Hidayah yang sudah ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani itulah yang beredar berupa cetakan sejak tahun 1303 Hijrah hingga sekarang 1426 Hijrah/2005 Masehi.

Bidayatul Hidayah yang tersebut ialah ilmu akidah yang tertua yang masih berada di pasaran kitab (selesai ditulis tahun 1170 H). Ada pun kitab akidah yang lebih awal atau pun yang berdekatan tahun selesai penulisan dengannya sudah tidak diterbitkan lagi. Perlu juga saya sentuh di sini bahawa Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh itu menurut keterangan ibu saya Hajah Wan Zainab bin Syeikh Ahmad al-Fathani masih ada pertalian kekeluargaan dengan Syeikh Muhammad Zain al-Fathani (Tok Wan Din al-Fathani). Kedua-duanya serupa nama bukanlah satu kebetulan tetapi ada riwayat yang tersendiri. Selain karya salinan, Tok Wan Din al-Fathani juga meninggalkan beberapa buah karangan sendiri di antaranya sebuah bahasan perkara haji dan sebuah lagi membicarakan Thariqat Syathariyah.

KETURUNAN DAN MURID

Tok Wan Din al-Fathani berkahwin dengan Hajah Wan Cik binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani bin Abdul Lathif al-Fathani salah seorang keturunan Syeikh Safiuddin al-Abbasi (Tok Raja Faqih). Tok Raja Faqih inilah yang diriwayatkan mengIslamkan Raja Antira, iaitu Raja Patani. Dari riwayat ini bererti, Tok Wan Din al-Fathani berbiras dengan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, kerana adik Hajah Wan Cik bernama Hajah Wan Aisyah kahwin dengan ulama yang berasal dari Kelantan itu.

Perkahwinan Tok Wan Din al-Fathani dengan Hajah Wan Cik memperoleh anak bernama Syeikh Wan Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani memperoleh beberapa orang anak, tetapi yang meninggalkan keturunan hanya tiga orang saja. Anak beliau yang pertama ialah Qadhi Haji Wan Ismail al-Fathani yang pernah diperkenalkan dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, terbitan Isnin, 31 Ogos 2004. Hingga artikel ini saya tulis masih ramai keturunan Tok Wan Din al-Fathani yang bergerak dalam kepentingan Islam, masih ada yang menjadi ulama.

Murid Tok Wan Din al-Fathani yang menjadi ulama dan tokoh yang terkenal yang dapat dikesan juga ramai, sebagai contoh dalam artikel ini saya sebut beberapa orang di antara mereka, ialah: Pertama; Datuk Abdullah bin Musa (1279 Hijrah/1863 Masehi - 1325 Hijrah/1907 Masehi). Datuk Abdullah bin Musa pernah menjadi Mufti dan Hakim Besar Kerajaan Johor (1889-1907 M).

Murid Tok Wan Din al-Fathani yang kedua, ialah Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan Cik Doi Kedah (Cik Dol). Beliau inilah yang mengasas Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah yang pondok tersebut kemudian diserahkan kepada menantu beliau Syeikh Wan Ibrahim/Pak Cu Him (anak saudara Tok Wan Din al-Fathani). Salah seorang anak Cik Doi Kedah (Cik Dol) yang sangat terkenal ialah Tuan Guru Haji Husein Cik Dui. Pusat pendidikan beliau ialah Pondok Guar Cempedak, Kedah. Murid Tok Wan Din al-Fathani yang ketiga, ialah Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif al-Fathani/Tok Kelaba (1280 Hijrah/1863 Masehi - l367 Hijrah/1948 Masehi). Beliau ini menghasilkan beberapa buah karya.

Salah seorang murid beliau yang berasal dari Terengganu ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah (tok kepada Datuk Idris Yusuf, Menteri Besar, Terengganu sekarang). Murid Tok Wan Din al-Fathani yang keempat, ialah Qadhi Haji Muhammad Sa'id Umar Kedah, pengarang Tafsir Nur al-Ihsan. Ulama yang berasal dari Kedah ini dimuat dalam Bahagian Agama, Utusan Malaysia, hari Isnin, 13 Disember 2004. Murid Tok Wan Din al-Fathani yang kelima, ialah adik beliau yang bongsu, bernama Syeikh Daud bin Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani atau lebih dikenali dengan nama Tok Cik Wan Daud al-Fathani. Beliau ini termasuk ulama besar Mekah pada zamannya, sangat ramai ulama dunia Melayu adalah murid beliau. Ulama-ulama Mekah yang bukan bermazhab Syafie seumpama Syeikh Ali al-Maliki dalam membicarakan fiqh Syafie selalu merujuk kepada Tok Cik Wan Daud al-Fathani.

100 TAHUN KEWAFATAN

Beliau wafat seminggu setelah kewafatan anak beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani wafat pada 11 Zulhijjah 1325 Hijrah/14 Januari 1908 Masehi. Tok Wan Din wafat pada 18 Zulhijjah 1325 Hijrah/21 Januari 1908 Masehi. Secara kebetulan sekurang-kurangnya ada 4 orang keluarga ini wafat pada bulan Zulhijjah. Yang dua orang lagi ialah Tok Bendang Daya II wafat pada hari Ahad, 16 Zulhijjah 1312 Hijrah/10 Jun 1895 Masehi dan yang bongsu Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud) di Mekah pada hari Selasa, 23 Zulhijjah 1354 Hijrah/17 Mac 1936 Masehi). Beliau ini juga seorang ulama besar di Mekah pada zamannya. Oleh sebab Tok Wan Din al-Fathani dan anak beliau Syeikh Ahmad al-Fathani sama-sama wafat pada bulan Zulhijjah 1325 Hijrah maka pada bulan Zulhijjah 1425 Hijrah yang baru berlalu genap 100 tahun.

Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang tokoh pemikir yang besar, sama ada peringkat dunia Melayu atau pun antarabangsa, maka akan diadakan pelbagai bentuk peringatan 100 tahun kewafatan beliau. Pemikiran lengkap pelbagai aspek dapat dalam 3 jilid buku berjudul, Syeikh Ahmad al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam. Buku tersebut diterbitkan oleh Khazanah Fathaniyah, dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara yang akan dilancarkan pada tarikh 5 Mac 2005 dalam ``Wacana Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu Dan Islam'' di Wisma Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia.

Wacana ini adalah anjuran bersama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (PENGKAJI). Selanjutnya pihak PENGKAJI akan bergerak aktif dalam peringatan ``100 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu Dan Islam'' yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 1426 Hijrah/2005 Masehi di beberapa tempat serta bekerja sama dengan pelbagai pihak. Pada 25 Jun 2005 akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Manakala pada April 2005 di Mempawah dan Pontianak, Kalimantan Barat. Pada 23 - 25 September 2005 Nadwah Ulama Nusantara III: Ketokohan dan Sumbangan Ulama Tanah Melayu (Sempena Memperingati 100 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani) Fakulti Pengajian Islam (UKM) akan melaksanakan satu seminar peringkat antarabangsa. Dan lain-lain PENGKAJI sedang menyusun jadual pelaksanaan dan masih menunggu permintaan pihak-pihak yang berminat kepada kegiatan tersebut di atas.

Artikel ini ditutup dengan bait ke-27 puisi Syeikh Ahmad al- Fathani untuk Sultan Zainal Abidin III, Terengganu, terjemahannya:
``Ayuhai segala cerdik pandai !
Hidupkan sejarah bangsa mu !
Dengan itu, kamu akan disebut dalam sejarah dan namamu akan harum sepanjang masa.''
posted by Blogger @ 9:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com