| MENUJU                                        KE JALAN ALLAHKita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat                                        Allah SWT yang telah memberikan taufik dan                                        hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan                                        berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat                                        mencari penentuan hidup yang diredhai Allah.                                        Kita juga harus bersyukur kerana kita telah                                        dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya                                        dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan                                        fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan                                        Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi                                        satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran                                        dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal                                        kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai                                        Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan                                        akhirat.
                                       PENGGUNAAN                                        HARTA Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada                                        mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya,                                        yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam                                        semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan                                        di mana aspek tersebut jika digunakan bagi                                        tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk                                        menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak                                        kegunaan harta yang sebaik-baiknya.
                                       IBADAH                                        HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan                                        dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang                                        tepat menuju akhirat setelah sekian lama                                        kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya                                        mereka sanggup berkorban harta benda, wang                                        dan jiwa raga untuk memperhambakan diri                                        dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka                                        tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk                                        dan hidayah serta ketinggian martabat iman                                        di sisi Allah.
                                       PENGORBANAN                                        HAJI Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan                                        dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan                                        yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya                                        bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan                                        perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan                                        bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan                                        seseorang itu menanggung perpisahan dengan                                        keluarga, sanak saudara, sahabat handai,                                        harta kekayaan dan kampung halaman serta                                        menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam                                        ihram. Ia juga merupakan satu pengorbanan                                        yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan                                        ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang                                        tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh                                        dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik                                        berkipas atau berhawa dingin, begitu juga                                        puasa boleh berbaring-baring malah tidur                                        pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak                                        perlu keluar rumah.
                                       Ibadat                                        haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai                                        kehendak ibadatnya dengan begitu mudah,                                        kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah                                        Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan.                                        Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari                                        kelaziman dan kesenangan yang diterima selama                                        ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak                                        memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan                                        seperti di negara sendiri. Kita terpaksa                                        berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian                                        putih di atas padang pasir memperkata dan                                        membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon                                        keampunan dan keredhaan sebelum kembali                                        kepada-Nya. Ibadat haji merupakan kemuncak                                        pengorbanan seseorang hamba kepada Allah                                        sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran                                        yang banyak serta hikmah yang besar.                                        Firman                                        Allah dalam surah Al-Haj ayat 27 hingga                                        29, maksudnya: "Dan serulah manusia supaya                                        mereka mengerjakan haji, nescaya mereka                                        akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan                                        menunggang kenderaan berjenis-jenis unta                                        yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk                                        rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan                                        pelbagai perkara yang mendatangkan faedah                                        bagi mereka, serta mereka dapat mengingati                                        dengan menyebut nama Allah pada hari-hari                                        yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan                                        mereka binatang-binatang ternakan untuk                                        dijadikan qurban.                                        Dengan                                        yang demikian makanlah darinya (daging qurban                                        itu) dan berilah makan kepada orang yang                                        susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan                                        diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan                                        nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka                                        tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya                                        itu)".                                        Dalam                                        ayat tersebut Allah memerintahkan supaya                                        haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun                                        dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang                                        unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan.                                        tah ada balasannya, balasan bagi haji ada                                        dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah                                        SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah,                                        maksudnya: "Barangsiapa menunaikan haji                                        ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan                                        persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang,                                        maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada                                        hari ia dilahirkan oleh ibunya".    |