Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SYEIKH ARSYAD THAWIL AL-BANTANI
Monday, June 20, 2005
Ulama jihad di Banten

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ULAMA yang berasal dari Banten, Jawa Barat, yang paling terkenal ialah Syeikh Nawawi al-Bantani, yang banyak menulis syarah kitab yang semuanya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana banyak menghasilkan karya, maka beliau digelar sebagai Imam Nawawi Tsani (Imam Nawawi Kedua).

Mengenai Syeikh Nawawi al-Bantani telah diperkenalkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 7 Februari 2005. Artikel ini pula memperkenalkan dua orang ulama Banten yang lain. Yang pertama, Syeikh Muhammad Arsyad bin As'ad bin Mustafa bin As'ad al-Bantani al-Jawi. Nama popularnya ialah Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani.

Dinamakan Thawil yang bererti panjang kerana ada seorang sahabatnya bernama Syeikh Arsyad Qashir al-Bantani. Qashir bererti pendek. Syeikh Arsyad Thawil dilahirkan di Banten pada Zulkaedah 1255 Hijrah/Januari 1840 Masihi. Riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1263 Hijrah/1847 Masihi.

PENDIDIKAN

Ayahnya tinggal di Mekah kerana ketika kecil beliau diasuh oleh beberapa orang ayah saudaranya. Kepadanya diberi pengenalan tentang bacaan al-Quran. Dalam usia 8 tahun mengikut orang tuanya ke Mekah. Beliau mendapat pendidikan asas khatam mengaji al-Quran daripada beberapa orang ayah saudara dan ayahnya sendiri. Beberapa buah matan terutama matan nahu, saraf, fikah dan tauhid juga dipelajarinya daripada ayahnya. Di Masjid al-Haram, Arsyad Thawil sentiasa mengikuti pengajian yang diberikan oleh Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mekah, terutama mengenai nahu, fikah dan sirah.

Selain belajar kepada Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani juga belajar kepada beberapa ulama, di antaranya Syeikh Nawawi al-Bantani yang terkenal, Sayid Abu Bakri Syatha, di bawah bimbingan dua orang anak ulama itu, iaitu Sayid Umar Syatha dan Sayid Utsman Syatha. Syeikh Arsyad Thawil mendalami ilmu hadis daripada Habib Muhammad bin Husein al-Habsyi al-Makki di bawah bimbingan anak ulama itu, iaitu Mufti al-Muhaddits al-Habib Husein bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (wafat 1330 Hijrah/1911 Masihi). Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani memperdalam ilmu fikah pula daripada Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Mengenai ilmu hadis selain belajar kepada ulama yang telah disebutkan tadi, Syeikh Arsyad Thawil sewaktu berkali-kali berulang-alik ke Madinah mempelajarinya juga daripada Syeikh Abdul Ghani bin Abi Sa'id al-Mujaddidi, di bawah bimbingan beberapa orang murid ulama itu, iaitu Sayid Ali bin Zhahir al-Watri, Syeikh Shalih bin Muhammad az-Zhahiri, dan Syeikh Abdul Jalil Barradah. Daripada semua ulama yang tersebut, Syeikh Arsyad Thawil menerima ijazah dalam ilmu hadis. Guru-guru beliau yang lain pula, yang pernah dicatatkan ialah: Syeikh Ibrahim al-Saqa asy-Syabrabakhumi (wafat 1298 Hijrah/1880 Masihi), Saiyid Ja'afar bin Idris al-Kattani, al-'Allamah Abi Jaiyidah bin Abdul Kabir al-Fasi, al-'Allamah Abdullah bin Darwisy asy-Syakri, Sayid Muhammad ibnu Muhammad Murtadha az-Zabidi al-Hanafi (wafat 1305 Hijrah/1887 Masihi, Sayid Muhammad bin Ali as-Sanusi (wafat 1276 Hijrah/1859 Masihi). Syeikh Arsyad Thawil, dalam usia 14 tahun, bersama-sama datuknya, Syeikh Mustafa al-Bantani, ketika itu berusia hampir seratus tahun, pergi ke Mesir. Di sana pernah mendapat berkat (tabarruk) daripada Syeikh Syinwani dan Syarqawi, kedua-dua ulama Mesir yang sangat terkenal ketika itu.

JIHAD DI BANTEN

Dalam tahun 1311 Hijrah/1893 Masihi, Syeikh Arsyad Thawil pergi ke Banten. Pada ketika itu terjadi peristiwa pertentangan antara orang-orang Islam dengan penganut agama Budha di Banten. Pemerintah Belanda mencampuri perselisihan itu dengan alasan untuk mendamaikan dua golongan yang sedang bermusuhan. Tetapi kolonial Belanda menjalankan hukuman yang tidak adil, bahawa Belanda memihak kepada golongan agama Budha.

Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin Muslimin sepakat untuk mengadakan perang total terhadap semua golongan yang bukan Islam termasuk terhadap pemerintah kolonial Belanda juga. Secara serentak kaum Muslimin mengangkat senjata ikut dalam pemberontakan jihad itu, termasuk Syeikh Arsyad Thawil. Beliau termasuk salah seorang pemimpin mereka. Jihad terhadap golongan kafir itu dipersetujui oleh Syeikh Nawawi al-Bantani di Mekah dan beberapa orang ulama lainnya. Namun Sayid Utsman Betawi tidak merestuinya, kerana beliau mempunyai pandangan siasah yang tersendiri pula. Kaum Muslimin berhasil membunuh ramai golongan kafir, pihak kolonial Belanda mengerahkan segala kekuatannya untuk mematahkan perang jihad itu, kemudian pihak kolonial Belanda berhasil menangkap pemimpin-pemimpin Islam Banten termasuklah Syeikh Arsyad Thawil sendiri lalu mereka dibuang ke Menado (Sulawesi Utara).

Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani berkali-kali mencuba untuk kembali ke Mekah atau ke negerinya Banten namun tidak berhasil. Berbagai-bagai bencana dan cubaan menimpa Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani pada masa pembuangan itu, di antaranya salah seorang anak beliau yang menjadi Syeikh Haji di Mekah meninggal dunia (tahun 1328 Hijrah/1910 Masihi).

MENGAJAR DAN WAFAT

Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani selain pernah terlibat dalam jihad yang terjadi di Banten itu, akhirnya beliau ditangkap oleh Belanda dan dibuang ke Menado, Sulawesi Utara. Di negeri pembuangannya Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani aktif mengajar masyarakat di Menado. Beliau mengajar dalam bidang ilmu-ilmu keislaman.

Di antara ilmu-ilmu yang pernah dicurahkannya kepada murid-muridnya ialah: fikah, nahu, saraf, tasawuf, hadis dan lain-lain. Ramai alim-ulama dunia Melayu yang bersanad ilmu (musalsal) mulai daripada Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani hingga ke atas. Mereka ialah: al-'Allamah as- Sayid Ahmad bin Husein bin Salim Ba Jindan al-'Alawi dan anaknya yang terkenal sebagai Musannid Indonesia, iaitu as-Sayid Salim bin Ahmad bin Husein Ba Jindan. Selain itu ialah al-'Allamah as-Sayid `Alawi bin Abdur Rahman bin Semit. Daripada sanad ini pula akan menurunkan Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad `Isa al-Fadani (Padang) al-Makki.

Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani dirahmati dengan umur yang panjang, wafat di Menado (Sulawesi Utara), pada malam Isnin, 14 Zulhijjah 1353 Hijrah/19 Mac 1935 Masihi, dalam usia 98 tahun. Yang menjadi imam sembahyang jenazahnya ialah al-Habib Hasan bin Abdur Rahman Maula Khailah al-'Alawi.

GENERASI PENERUS

Ulama Banten yang kedua ialah al-'Allamah Tubagus Bakri bin Tubagus Sid bin Tubagus Arsyad al-Syafi'ie al-Bantani al-Jawi. Lahir sekitar tahun 1268 Hijrah/1851 Masihi, di daerah Peleret, Porwokerto, Jawa Barat. Sejak kecil dipelihara oleh Raden Raji Ghanim. Sejak berumur enam tahun diberi pelajaran membaca al-Quran dan tajwid. Dalam masa itu pula beliau telah mulai menghafal matan-matan: fikah, tauhid dan mengenal lughat Arabiyah.

Dalam masa pertumbuhan umur menjelang baligh beliau mulai memasuki pondok-pesantren, berpindah-pindah dari satu pondok-pesantren ke satu pondok-pesantren yang lain. Beliau belajar dengan cara demikian hingga sampai umurnya 40 tahun. Di antara ulama yang berada di Jawa yang beliau pernah belajar kepadanya ialah: Syeikh Khalil al-Bankalani al-Manduri (Madura), Kiyai Hasan Mustafa Sukabumi, dan Syeikh Saleh as-Samarani (Semarang), iaitulah ulama yang digelar dengan Imam al-Ghazali as-Tsani (Imam Ghazali Kedua) sebagaimana Syeikh Nawawi al-Bantani digelar dengan Imam Nawawi as-Tsani. Sungguh pun sudah demikian banyak ilmu pengetahuan yang diterima daripada ulama-ulama di Jawa dan Madura yang cukup terkenal itu, namun Tubagus Bakri sentiasa terus menerus haus dan laparkan ilmu pengetahuan, sentiasa ingin menambahnya.

Oleh itu beliau berangkat ke Mekah dan tinggal di sana dalam masa yang agak lama. Selama di Mekah belajar lagi kepada beberapa orang ulama yang terkenal dan ulama-ulama itu ada yang berumur lebih muda daripada beliau, mereka ialah: Syeikh Muhammad Mukhtar bin `Atharid al-Bughri (Bogor, lahir 1278 Hijrah/1861 Masihi), Sayid Abdul Hamid Kudus (lahir 1280 Hijrah/1863 Masihi), Syeikh Mahfuz at-Tarmasi (lahir Muhammad Mahfuzh bin Abdullah at-Tarmasi/ Termas (lahir 1285 Hijrah/1868 Masihi) Syeikh Abdul Haq al-Bantani (cucu Syeikh Nawawi al-Bantani), Syeikh Ahmad al-Fathani (lahir 1272 Hijrah/1856 Masihi), Mufti Syafi'iyah Mekah Syeikh Umar bin Abi Bakar Ba Junaid, Mufti Hanafiyah Mekah Syeikh Shalih bin Shiddiq Kamal al-Hanafi, Syeikh Shalih bin Muhammad Ba Fadhal al-Hadhrami, dan ramai lagi. Daripada ulama-ulama tersebut diterima ijazah dan riwayat-riwayat baik yang bercorak falsafah, pemikiran dan lain-lain, lebih-lebih lagi yang dibangsakan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis, ijma' ulama dan qias yang sahih.

PERKHIDMATAN SEBAGAI ULAMA

Setelah demikian lama tinggal di Mekah, ilmu dan pengalaman dirasakan cukup memadai, ditambah lagi umurnya yang sudah agak lanjut, maka Tubagus Bakri pulang ke negerinya. Kemudian menetap di Kampung Sempura. Pada mulanya beliau hanya membina sebuah rumah kecil sebagai tempat tinggalnya, sungguh pun demikian beberapa orang datang belajar kepadanya. Dalam masa yang agak lama sesudah itu rumahnya penuh sesak dikunjungi pelajar yang datang daripada pelbagai jurusan, maka beliau berhasil mendirikan pondok-pesantren. Di pondok-pesantren itu Tubagus Bakri mengutamakan ilmu-ilmu Arabiyah, tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu asas yang lain. Pelajaran diberikan tanpa berhenti siang dan malam. Setiap hari, siang dan malam perjalanan hidup beliau hanyalah mengajar dan beribadat.

Apabila bukan waktu mengajar beliau terus melakukan peribadatan. Secara spontan apabila berhenti pada jam pelajaran beliau langsung masuk ke tempat peribadatannya. Hampir-hampir tidak diketahui bila waktu beliau tidur. Salah satu kebiasaan peribadinya bahawa setiap malam Selasa awal setiap bulan Arabiyah beliau menghidupkannya dengan memberikan limpahan ilmu kepada murid-muridnya mulai awal malam hingga terbit fajar. Kemudian sesudah Subuh disambung lagi hingga waktu Dhuha. Bererti semalam-malaman itu beliau dan murid-muridnya yang khusus memang tidak tidur. Pada malam itu diajarkan tujuh kitab yang besar-besar pada persekitaran ilmu-ilmu: tafsir, hadis, fikah, nahu, saraf, akidah dan tasawuf. Pada malam tersebut hampir semua ulama-ulama terkenal di Jawa Barat datang mengambil barakah daripada beliau.

MENGASIHANI

Salah satu akhlak mulia yang ada pada peribadi Tubagus Bakri al-Bantani ialah bahawa beliau sangat mengasihi zuriat Rasulullah s.a.w. serta sangat hormat kepada mereka. Tradisi demikian kemungkinan merupakan fitrah semulajadinya atau pun memang dipusakai daripada datuk-neneknya dan ada kemungkinan bahawa beliau sendiri termasuk keturunan Syarif Hidayatullah @ Sunan Gunung Jati yang riwayat datuk-nenek mereka diperkenalkan dalam buku saya Tabaqat Ulama Asia Tenggara, jilid 1. Tubagus Bakri al-Bantani wafat pada malam Isnin, 27 Zulkaedah 1395 Hijrah/30 November 1975 Masihi, dalam usia 128 tahun di Kampung Sampura, Jawa Barat.
posted by Blogger @ 8:39 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com