Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

WAN ISMAIL AL-JAMBUI AL-FATHANI
Friday, July 01, 2005
KADI JAMBU, PATANI

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

HAMPIR semua ulama yang disiarkan di dalam ruangan Agama, Utusan Malaysia yang terdahulu adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Maka terbitan kali ni memperkenalkan anak beliau.

Sebelum riwayatnya dibicarakan pada pendahuluan ini perlu penulis nyatakan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan Hajah Wan Kaltsum (digelar Nik Jong) binti Haji Wan Ismail al-Fathani yang berasal dari Kerisik, Patani. Isteri pertama beliau meninggal dunia di Mekah pada hari Sabtu, 17 Rabiulawal 1318 Hijrah/14 Jun 1900 Masihi.

Perkahwinan pertamanya dikurniakan dua orang anak, Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani dan Hajah Wan Fatimah.Syeikh Ahmad al-Fathani mencatat tahun kelahiran anaknya seperti berikut, ``Diperanakkan Ismail anak kita pada hari Rubu' di dalam pukul dua atau tiga, dua hari bulan Jamadil ula dari tahun hijrah 1304 tahun kekura bersamaan 27 Januari 1887 Masihi.'' Wafat di Jala, 1378 Hijrah/1958 Masihi, dikebumikan di belakang Masjid Jami' Jala.Wan Ismail mendapat pendidikan asas di Mekah, juga mendapat pendidikan langsung daripada beberapa orang di lingkungan keluarga sendiri, iaitu ayahnya, Syeikh Ahmad al-Fathani, datuknya Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani, datuk saudaranya Syeikh Wan Abdul Qadir bin Mushthafa al-Fathani dan Syeikh Wan Daud bin Mushthafa al-Fathani.

Beliau fasih berbahasa Arab seperti orang Arab jati, kerana beliau bergaul dengan orang-orang Arab sejak masih kecil lagi. Bahasa lain yang dikuasai ialah bahasa Melayu, Siam, Cina dan Inggeris. Wan Ismail al-Fathani melanjutkan pelajaran di beberapa buah sekolah menengah di Mesir dan pernah memasuki al-Azhar pada tahun 1322 Hijrah/ 1904 Masihi.

Usianya ketika itu sekitar 18 atau 19 tahun.Sahabat paling rapat Wan Ismail al-Fathani ketika di Mesir ialah Muhammad bin Ahmad Kelantan dan Nik Mahmud bin Ismail Kelantan. Selain itu beliau juga bersahabat dengan golongan putera Raja Riau-Lingga, mereka ialah Tengku Utsman, Tengku Hasan, Tengku Adam dan Tengku Muhammad Sa'id. Yang dimaksudkan dengan Tengku Utsman kemungkinan putera Sultan Abdur Rahman Muazzam Syah (Sultan Riau Lingga yang terakhir).

Yang dimaksudkan Tengku Muhammad Sa'id kemungkinan putera Raja Haji Muhammad Thahir, Hakim kerajaan Riau Lingga. Ada pun Tengku Hasan, dan Tengku Adam masih belum dapat dikesan. Yang lebih tua daripada mereka ialah Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi dan Syeikh Ismail bin Abdul Muthallib Aceh.Ketika belajar di Mesir, Wan Ismail al-Fathani mencari pengalaman lain seperti bekerja di sebuah restoran, memasuki latihan tentera, dan mengembara di beberapa tempat di bahagian pedalaman bahagian utara benua Afrika. Kerana kelakuannya yang suka mengembara, maka pelajarannya terabai, lalu Syeikh Ahmad al-Fathani mencela perbuatan demikian dalam beberapa suratnya.

Haji Wan Ismail melarikan diri, sehingga tersesat di suatu kawasan pedalaman Mesir atau di benua Afrika. Setelah beliau ditangkap oleh penjaga satu kawasan di tempat ulama yang terkenal di pedalaman itu, beliau diserahkan kepada ulama itu. Ulama tersebut menghujaninya dengan pelbagai pertanyaan. Setelah Haji Wan Ismail menyebut bahawa dia adalah anak Syeikh Ahmad al-Fathani, lalu ulama di pedalaman Mesir itu mengeluarkan sebuah kitab, iaitu Tashil Nail Amani, dan sebuah gambar Syeikh Ahmad al-Fathani.

Ulama itu langsung melayani Haji Wan Ismail dengan hormat kerana berdasarkan pengakuannya bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani adalah gurunya. Bahawa beliau sangat bangga kerana belajar langsung kitab Tashil Nail Amani kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, pengarang kitab itu sewaktu beliau berada di Mekah. Ulama Mesir itu juga mengajar kitab tersebut di institusi pendidikan yang dibinanya Ismail al-Fathani pulang ke Mekah pada bulan Zulhijjah 1325 Hijrah/ Disember 1907 Masihi, beberapa hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Haji Wan Ismail sempat menerima wasiat daripada ayahnya, Syeikh Ahmad al-Fathani.Karya-karya Syeikh Ahmad al-Fathani masih tetap diurus penerbitannya oleh Haji Wan Ismail.

Beliau menghubungi sahabat-sahabat orang tuanya terutama Syeikh Mushthafa al-Baby al-Halaby di Mesir. Kemudian Haji Wan Ismail al-Fathani pulang ke negerinya, Jambu, membuka sebuah madrasah untuk menerapkan sistem pendidikan persekolahan cara Mesir, bukan sistem pondok tradisi Patani.

Usaha penerbitan karya-karya orang tuanya diteruskan juga. Beberapa buah karangan ayahnya yang belum pernah diterbitkan di Asia Barat berhasil diterbitkannya. Haji Wan Ismail al-Fathani juga berusaha menyusun beberapa buah kitab, juga berhasil berkali-kali diterbitkan.Pada mulanya Haji Wan Ismail bergerak dalam bidang perniagaan hasil bumi, sekali gus penerbitan kitab tetapi oleh kerana dipandang sebagai fardu kifayah beliau menerima jabatan menjadi kadi di Jambu, Patani, kemudian kadi tertinggi untuk sebuah propinsi yang membawa gelaran Datuk Kadi Datuk Yutitam I Cangwat Pattani dan terakhir sekali menjadi Ketua Islam Kerajaan Thailand.

Karya-karya yang sempat diterbitkan oleh Kadi Haji Wan Ismail ialah:1. At-Tuhfatul Fathniyah fil Lughatil `Arabiyah, jilid pertama, diselesaikan pada 20 Zulhijjah 1332 Hijrah. Kandungannya mengenai pelajaran percakapan bahasa Arab untuk kanak-kanak. Kitab ini terdiri daripada empat jilid, tetapi yang telah ditemui hanya jilid pertama. Cetakan pertama Mathba'ah Al-Ahmadiah, No. 50, Minto Road, Singapura pada 13 Ramadan 1342 Hijrah.2. Al-'Aqdul Farid fi'Ilmit Tauhid, diselesaikan pada 15 Syaaban 1341 Hijrah. Kandungannya membicarakan ilmu tauhid dalam bentuk soal jawab, untuk kanak-kanak. Cetakan yang pertama Mathba'ah Al-Ahmadiah, No. 50, Minto Road, Singapura, hari Khamis, Muharam 1342 Hijrah, diusahakan oleh Raja Haji Umar bin Raja Haji Hasan Riau.

Cetakan kedua oleh percetakan yang sama, pada hari Isnin, 13 Rejab 1342 Hijrah. Cetakan ketiga dicetak oleh percetakan yang sama tahun 1344 Hijrah. Terdapat edisi cetakan The United Press, Pulau Pinang dalam bentuk buku kecil (tanpa tahun). Taqriz/ Pujian oleh Tuan Guru Haji Muhammad Burmin, Tuan Guru Haji Hasan Mukgul, Mayo, Tuan Guru Nik Abdullah Ahmad al-Jambui al-Fathani, dan Qadi Haji Wan Ismail Datuk Yutitam, Jala. Dicatatkan oleh Raja Haji Umar bin Raja Haji Hasan Riau, Mudir Mathba'ah Al-Ahmadiah, pada cetakan yang kedua, katanya, ``... Maka inilah setengah daripada kitab yang amat dicita-cita bagi mengajar kanak-kanak atau orang yang baru berlajar kerana mudah fahamnya dan terang maksudnya ...'' Penyusunnya Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani mencatatnya pada cetakan yang kedua juga, ``...

Maka apakala telah habis sekalian naskhah cetak yang pertama, dan banyak tuntutan daripada saudara-saudara yang gemar kepadanya perhamba cetak kali yang kedua ini dengan sedikit tambahan bagi manfaat umumiyah ...''3. Tadribul Banin wal Banat bi Umurid Din al-Wajibat, diselesaikan pada 26 Ramadan 1351 Hijrah/23 Januari 1933 Masihi. Kandungan membicarakan ilmu fikah dalam bentuk soal-jawab, untuk kanak-kanak. Cetakan yang kedua Patani Press, 7.7.1981. Taqriz/Pujian oleh Haji Wan Harun bin Haji Wan Hasan Kadi Patani, Tuan Guru Haji Muhammad bin almarhum Haji Wan Idris Burmin, dan Ahmad bin Yusuf al-Falawani al-Jambui al-Fathani.4. Ghayatul Afrah liman Yatawallal Ankah, diselesaikan pada Rejab 1373 Hijrah/5 Mac 1954 Masihi.

Kandungannya membicarakan hukum perkahwinan. Cetakan yang pertama Mathba'ah Patani Press, Patani, 20.3.1375 Hijrah. Cetakan yang ketiga Teman Pustaka Press, Patani (tanpa tahun). Taqriz/Pujian oleh Tuan Guru Haji Muhammad Burmin, Tuan Guru Haji Hasan Mukgul, Mayo, Tuan Guru Nik Abdullah Ahmad al-Jambui al-Fathani dan Qadi Haji Wan Ismail Datuk Yutitam, Jala.Adik Haji Wan Ismail al-Fathani seayah dan seibu, kelahirannya dicatat oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, ``Diperanakkan anak kita Fathimah daripada Wan Kaltsum binti Haji Wan Ismail Jambu pada hari Sabtu, pukul 3.48, 20 Syawal 1310 Hijrah, iaitu tahun ular sening.'' Fathimah mendapat pendidikan asas juga daripada ayahnya Syeikh Ahmad al-Fathani dan daripada datuknya Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani.

Dia berkahwin dengan Haji Wan Muhammad Zain bin Syeikh Abdul Lathif al-Fathani. Daripada perkahwinan tersebut mereka memperoleh seorang anak perempuan yang bernama Hajah Nik Wan Nafisah. Setelah berpindah dari Mekah ke Bangkok, Hajah Wan Fathimah binti Syeikh Ahmad al-Fathani giat mengajar ilmu-ilmu fardu ain di lingkungan kaum kerabatnya di kota Bangkok.

Hajah Nik Wan Nafisah pula berkahwin dengan seorang guru pondok yang bernama Haji Wan Muhammad bin Tok Seridik al-Fathani. Keturunan Hajah Nik Wan Fathimah, melalui anaknya Hajah Nik Wan Nafisah itu sebahagian besar bergerak dalam bidang pendidikan dan dakwah Islam.Isteri Syeikh Ahmad al-Fathani yang kedua bernama Hajah Wan Siti Saudah binti Syeikh Wan Abdullah al-Fathani juga berasal dari Kerisik, Patani.

Hajah Wan Siti Saudah al-Fathani tersebut adalah anak saudara kepada Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani, seorang ulama besar, pengarang kitab Mathla'ul Badrain yang terkenal. Daripada perkahwinan beliau yang kedua, memperoleh empat orang anak, iaitu Hajah Wan Zainab, Wan Nafisah, Wan Muhammad Shalih dan Wan Muhammad Nur (wafat 9 Safar 1326 Hijrah/12 Mac 1909 Masihi).

Hajah Wan Zainab saja di antara empat beradik itu yang berumur panjang, kerana tiga orang adiknya meninggal dunia sewaktu masih kecil. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada 11 Zulhijjah 1325 Hijrah/14 Januari 1908 Masihi dalam tempoh seminggu saja dua orang anak beliau, dengan isteri yang kedua tersebut, meninggal dunia satu demi satu dan diakhiri oleh ayah beliau sendiri, Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani, yang meninggal dunia pada 18 Zulhijah 1325 Hijrah/21 Januari 1908 Masihi.Qadi Haji Wan Ismail al-Fathani berkahwin dua kali.

Dengan isteri pertama memperoleh 9 orang anak. Setelah meninggal isteri yang pertama, Haji Wan Ismail al-Fathani berkahwin lagi, memperoleh 2 orang anak. Anak yang sulung meninggal di Mekah, anak yang kedua bernama Hajah Nik Wan Asiah kahwin dengan Datuk Haji Wan Ismail bin Hawan.

Ketika hidupnya menjadi Kadi Yala dan Ketua Majlis Agama Islam Yala. Anaknya ialah Datuk Haji A. Aziz Hawan, pembesar Yala setaraf Gabenor. Adiknya Ustazah Hajah Zaharah Awang, tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, mengajar Sekolah Menengah Agama Dato' Syeikh Ahmad. Dia juga menulis buku-buku bahasa Arab peringkat sekolah menengah agama di Malaysia.
posted by Blogger @ 9:38 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com