Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

OKU BUTA: PERKHIDMATAN MY VOICE
Friday, December 02, 2005

Baru-baru ini, saya menerima email dari seorang rakan OKU buta, saya mengenalinya dengan panggilan Ultraman Blind, walaupun saya tidak berapa mengenali beliau secara rapat dan terperinci tetapi dari email dan suara beliau saya mengagak beliau adalah seorang berbangsa cina.

Di dalam emailnya, beliau menghantar pesanan suara menggunakan mp3 yang perlu saya download terlebih dahulu. Beliau menceritakan kegunaan My Voice yang sangat berguna terutamanya pada OKU buta sepertinya.

Di dalam artikel terdahulu, saya serba sedikit telah menerangkan selain dari tulisan Braille, OKU buta di zaman berkembangnya teknologi ICT ini telah menggunakan perisian JAWS yang mampu menterjemahkan tulisan didalam komputer kepada suara yang membantu mereka berkomunikasi, belajar dan sebagainya.

Walaupun telah ada perisian JAWS tersebut, sebenarnya bukan semua OKU mampu memiliki komputer, bahkan ramai dikalangan OKU yang tidak tahu menggunakan komputer. Bagi OKU buta alternatif terbaik bagi mereka berkomunikasi adalah menggunakan telefon atau telefon bimbit.

OKU buta amat bergantung pada bunyi dan suara, jika orang biasa atau OKU tidak buta, mereka biasanya menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) kerana caj yang dikenakan lebih murah dari membuat panggilan telefon. OKU buta tidak dapat menggunakan SMS kerana mereka tidak dapat melihat.

Cara terbaik bagi mereka ada menggunakan perkhidmatan My Voice, mereka akan merakamkan suara selama maksima 30 saat sebelum dihantar kepada pengguna telefon atau handphone yang lain. Menurut beliau cajnya lebih murah antara 4sen hingga 16sen, maklumlah kebanyakan OKU di Malaysia ini tidak bekerja dan kalau bekerja pun dibayar dengan gaji yang murah. Cara menggunakan pun mudah hanya mendail 1555# dan ikut arahan seterusnya sahaja.

Ini adalah perkara benar kerana saya juga mempunyai rakan OKU yang berkerusi roda, sehingga kini masih menganggur walaupun beliau mempunyai master. Pergi interview sudah benyak kali tetapi masih juga gagal malah ada yang mengambil kesempatan masa interview dengan membuli beliau sehinggakan menyuruh beliau menari dengan kerusi rodanya. Betapa kejamnya manusia yang menganggap OKU hanya warga kelas tiga.

Rakan OKU buta tersebut amat berbesar hati sekiranya perkhidmatan My Voice untuk OKU buta diberikan lagi sedikit diskaun oleh TELEKOM kerana menurutnya itu adalah alat komunikasi utama beliau. Beliau sudah menggunkannya beribu-ribu kali untuk menghantar pesanan dan sebagainya. OKU buta amat bergantung pada bunyi dan suara untuk berdikari.

wallahu a'lam....

posted by Blogger @ 1:50 PM  
2 Comments:
  • At 3:44 PM, Blogger Blogger said…

    Assalamualaikum pak ngah,
    Di sini saya ingin memberitahu kepada pak ngah bahwa telepon bimbit sekarang
    ini telah ada suara iaitu dengan menggunakan software talk. Saya sendiri
    telah pun menggunakannya. Ianya juga seperta jaws apa yang terdapat di
    sreen handset ianya akan dibaca oleh talk tersebut. Jadi tidak adalah
    masalah bagi mereka yang cacat penglihatan menerima atau menghantar pesanan
    ringkas kepada sesiapa sahaja. Selain daripada itu email juga bolehdihantar
    atau terima seperti biasa. Cuma yang menjadi masalah kepada orang cacat
    penglihatan harga software tersebut agak mahal. Harganya ial 879 RM
    mengikut matawang malaysia. Selain dari harganya agak mahal tidak semua
    handset boleh menggunakan software talk. Cuma yang ada symbian sahaja
    seperti 6600, 7610, 6670 dan sebagainya.
    Olehlah pak ngah setakat ini sahaja yang saya nyatakan. Saya memohon maaf
    jika terdapat salah atau silap sekian wassalam yang benar.

    Rosnah Ahmad

     
  • At 3:47 PM, Blogger Blogger said…

    Assalammualaikum semua, terima kasih sdr Pak Ngah kerana menulis kepada akbar BH mengenai permintaan oku cacat penglihatan berkenaan pemberian diskaun oleh pihak TM bagi perkhidmatan "My Voice" atau Voice Mail tu...kalau boleh masa rakaman pesanan tu boleh dipanjangkan ke satu minit... 30 saat tu terlalu pendeklah tak dapat nak rakam message dengan sempurna dan jelas...bila buat rakaman message aggak terburu-buru...saya sendiri mengunakan perkhidmatan tersebut dan mendapati perkhidmatan itu sangat baik dan berguna kepada oku cacat penglihatan atau cacat angota untuk berkomunikasi dengan sesiapa juga di seluruh negara...sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih sdr Pak Ngah...

    hashim ishak, melaka

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com