Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini, saya lebih menumpukan kepada pengumpulan artikel-artikel yang berfaedah untuk diri saya serta umat Islam sebagai pengetahuan, rujukan dan untuk muhasabah bagi diri sendiri dan masyarakat umumnya. Puji-pujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah SWT yang memberikan kita ketenangan dan keamanan dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini berbanding saudara-saudara kita yang mengalami penindasan di bumi mereka sendiri akibat dari tindakan kuasa-kuasa kuffar yang cuba menjajah wilayah Islam. Umat Islam diratah di Afghanistan, Iraq, Palestine dan di beberapa negara Islam yang lain.
Di antara peristiwa paling bersejarah berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini adalah peperangan Badar al_kubra yang menentukan jatuh bangunnya agama Islam di atas mukabumi ini pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. Kemenangan umat Islam dalam peperangan ini telah mengukuhkan Negara Islam Madinah yang baru sahaja dibina seterusnya agama Islam dapat disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Peperangan Ain Jalut juga berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini iaitu pada tahun ke-658 hijrah. Tentera Tar Tar yang terkenal gagah, kuat dan tidak pernah dikalahkan sebelum itu telah menerima kekalahan di tangan tentera Islam. Sebab utama kemenangan Islam pada pertempuran ini terletak pada Qathaz dan dua orang imam besar iaitu Al-Az bin Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali, dengan kata lain sebab kemenangan ini terletak pada panglima, ulama’ dan tentera. Kuasa-kuasa Kuffar ini dapat ditundukkan dengan Jihad Fi Sabillah walaupun bilangan tentera Islam kecil dan mempunyai kelengkapan peperangan yang sedikit berbanding pihak lawan. Begitu juga sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh umat Islam. Menurut Dr Abdullah Azzam “Ulama’ Salaf dan Khalaf telah bersepakat dan juga para ahli Fiqh dan para ahli Hadith di setiap abad, bahawasanya bila sejengkal tanah umat Islam dirampas oleh kuffar, maka pada saat itu jihad adalah fardhu Ain atas segenap kaum muslimin laki-laki mahupun perempuan,…”[1] Menurut Mazhab Hambali Dari kitab al Mughni , Ibnu Qudamah menerangkan "Dan jihad itu wajib dalam 3 keadaan i) Apabila barisan tentera muslimin bertemu dengan barisan tentera kafirin di medan perang. ii) Apabila orang kafir masuk ke negeri Islam, penduduknya diwajibkan memerangi orang kafir itu. iii) Bila imam muslimin mengeluarkan perintah jihad. Ibnu Taimiyyah berkata ”Apabila musuh telah masuk menyerang negeri Islam maka tidak diragukan lagi bahawa wajib atas setiap orang Islam yang dekat dengan negeri yang diserang itu kemudian yang lebih dekat. Kerana seluruh negeri Islam pada hakikatnya adalah satu Negara yang tidak terpisahkan. Maka oleh sebab itu wajib ke atas setiap muslim pergi berperang menuju wilayah yang diserang itu dengan tanpa izin orang tua dan izin yang lainnya.”[2] Menurut Mazhab Syafi'i.
Dalam kitab Nihayatul muhtaj ar- Ramli menerangkan "Kalau orang kafir itu sudah masuk ke negeri kita dan jarak antara kita dengan mereka tidak ada lagi sejauh perjalanan yang boleh kita mengqasa solat, maka penduduk negeri itu wajib berjihad membela wilayah tersebut dari serangan musuh. Dan kewajipan ini berlaku juga bagi mereka yang asalnya tidak wajib perang seperti fakir, anak-anak, hamba sahaya, orang yang berhutang dan wanita.[3]
Menurut Mazhab Maliki
Dalam kitab Hasyiyatud Dasuki mentakan " Dan jihad itu wajib kerana serangan mendadak musuh Islam. Ad Dasuki mengatakan: Wajib jihad atas setiap muslim lelaki mahupun perempuan untuk menghadapi musuh yang menyerang mendadak dan bahkan juga terhadap anak kecil..."
Menurut Mazhab Hanfi
Ibnu Abidin berkata " adalah fardhu ain jihad itu bila musuh telah menyerang sebahagian wilayah Islam ke atas penduduk yang berdekatan dengan wilayah tersebut. Adapun penduduk yang jauh dari wilayah tersebut adalah fardhu kifayah jikalau mereka tidak diperlukan untuk pembelaan wilayah yang diserang tersebut. Adapun kalau penduduk yang berjauhan dengan wilayah diperlukan untuk membantu mengusir penyerang tersebut kerana penduduk yang berdekatan dengan wilayah tersebut tidak mampu mengusir musuh dari wilayah tersebut atau malas berjihad, maka kewajipan kewajipan jihad itu menjadi fardhu ain ke atas penduduk yang lebih jauh dan demikianlah seterusnya sampai kewajipan jihad menjadi fardhu ain kepada segenap umat Islam di Timur mahupun Barat untuk membela wilayah Islam yang diserang dengan tahap-tahap sebagai mana di atas".[4]
Inilah rahsia kekuatan umat Islam terdahulu yang mencapai kegemilangan di zaman Rasulullah SAW, khulafa’ ar-Rashidin dan empayar-empayar Islam seterusnya. Mereka tidak meninggalkan jihaf fi sabilillah. Apabila umat Islam mula meningglakan jihad dan hidup bermewah-mewahan segala kegemilangan ini akan hilang. Bumi Palestin dijajah oleh Regim Zionis kerana umat Islam di sana meninggalkan seruan jihad. Dalam masa 6 hari sahaja Regim Zionis dapat menawan bumi Palestin. Kini seruan jihad bergema kembali. Umat Islam di Palestin melakukan intifadah yang diasaskan oleh seruan jihad oleh gerakan Islam di sana iaitu HAMAS. Sebagai umat Islam kita mendoakan kejayaan saudara-saudara kita di bumi Palestin. Kita percaya dan yakin seruan jihad akan mencapai kemenangan dan mengatasi kebatilan kuasa kuffar zionis serta sekutu-sekutunya yang menjajah bumi Umat Islam. Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Rujukan: [1] Dr Abdullah Azzam, Tentera Allah Mengempur Komunis, Putaka Syuhada, 1988. m/s 2 [2] Dr abdullah Azzam, Tentera Allah Mengempur Komunis, Pustaka Syuhada, 1988. m/s 17[3] Al-Fatawa al kubra, Ibnu Taimiyyah, jilid 4 halaman 584
[4] Dr Abdullah Azzam,Tentera Allah Mengempur Komunis, Pustaka Syuhada, 1988. m/s 16 |