Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

UMAT ISLAM MUSNAHKAN TENTERA TARTAR
Friday, July 15, 2005

PERTEMPURAN AIN JALUT : UMAT ISLAM MUSNAHKAN TENTERA TARTAR

Sejarah Islam telah merakamkan pertempuran defensive yang terpaksa dimasuki umat Islam kerana mempertahankan aqidah, harta benda dan tanahair mereka. Pertempuran ini di anggap penting kerana ia menyebabkan selamatnya kawasan Timur Tengah dan Mesir dari penjajahan bangsa Tartar.

Sebab utama kemenangan Islam pada pertempuran ini terletak pada Qathaz dan dua orang imam besar iaitu Al-Az bin Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali, dengan kata lain sebab kemenangan ini terletak pada panglima, ulama? dan tentera. Pada tahun 654 hijrah orang-orang Tartar telah menjajah semua negeri Asia Kecil dan Eropah Timur dengan kekuatan pedang, kemudian menduduki Baghdad ibu kota Empayar Abassiyyah pada tahun 656 hijrah. Orang-orang Tartar kemudiannya menawan Harran, Ar Raha, Dian Bakr pada 657 hijrah. Menawan Halab 658 hijrah sehingga Damsyik, seterusnya menawan Damsyik hingga ke kota Nablus, Al Kurk dan Baitul Maqdis.

Matlamat orang-orang Tartar menguasai Palestin ialah untuk membuka laluan ke Mesir, tentera Tartar bergerak seperti gelombang besar memusnahkan apa sahaja kekuatan yang cuba menghalang mereka, mereka telah menyebarkan ketakutan dan kemusnahan di mana sahaja mereka lalui.

Mesir ketika itu diperintah oleh Qathaz, beliau merasa bimbang kerana negaranya bakal diserang oleh tentera Tartar. Orang-orang Tartar sentiasa menang dan sedang maju dari satu kemenangan ke satu kemenangan yang lain. Kedudukan Mesir sudah terlalu hampir dari pihak penyerang. Bangsa Tartar sentiasa tamak untuk memasukan Mesir di bawah kekuasaannya yang memanjang dari Timur Jauh hingga ke laut Mediterranean.

Qathaz telah mengumpulkan cendiakawan Islam, beliau berunding dengan mereka, hasil dari perbincangan mereka bersetuju supaya berperang diluar Mesir bagi mengelakkan kehancuran dan kemusnahan Mesir dan jika kalah pun masih ada tanah simpanan untuk berlindung.Seruan Qathaz disambut oleh ramai mujahid dan didahulu oleh dua orang tokoh ulama’ iaitu Al Az Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali yang telah menyumbangkan tenaga moral yang tinggi kepada tentera Qathaz dalam bentuk pengukuhan aqidah Islamiyyah mereka.

Kedua-dua ulama’ tersebut mengarahkan setiap tentera Mesir sama ada panglima atau pun perajurit membuat makruf dan meninggalkan mungkar, menggesa mereka bertaubat nasuha, membersihkan segala kekotoran dijiwa mereka, meluruskan yang mana yang bengkok dan membetulkan mana yang salah, menampakkan pahala syahid di jalan Allah, menerangkat pangkat syuhada di sisi Allah, menungkatkan moral dan keazaman tentera Mesir. Sama ada mati syahid atau menang...pasukan tentera yang seperti ini tentu tidak dapat dikalahkan dengan izin Allah.

Tentera Mesir sampai di Ain Jalut iaitu kira-kira lima batu dari Al Afula di Palestin, di antara bandar Al Afula dan Baisan. Apabila tentera tahu, mereka menyerbu tentera Islam di sana pada tahun 658 hijrah. Dari segi jumlah tentera dan kelengkapan, bangsa Tartar melebihi berlipat kali ganti jumlah tentera Islam. Akan tetapi kelebihan moral berada di pihak Mesir kerana mereka mempunyai senjata rahsia yang paling berkesan yang tidak dibuat perkiraan oleh bansgsa Tartar iaitu keimanan yang mendalam kepada Allah dan keazaman untuk menang atau mati syahid.

Secara zahirnya bangsa Tartar kita tidak ragu-ragu akan meletakkan kemenangan kepada bagsa Tartar kerana :
1. Panglima tentera Tartar mempunyai pengalaman yang lama dalam peperangan sedangkan Qathaz tiada pengalaman perang langsung.
2. Moral tentera Tartar cukup tinggi kerana mereka maju dari satu kemenangan ke satu kemenangan yang lain, tidak pernah tewas sejak beberapa tahun ini sedangkan moral Qathaz rendah kerana tidak pernah berperang atau menang perang.
3. Kemampuan bertempur bangsa Tartar amat tinggi melalui pengalaman mereka dalam banyak pertempuran sebelum ini.
4. Tentera Tartar mengatasi dari segi jumlah tenaga dan kelengkapan terutama angkatan berkuda yang mahir. Kemasyhuran tentera Tartar memenuhi dunia tentang ketangkasan, keberanian dan paling terlatih dalam seni pertempuran berkuda.
5. Tentera Tartar mengatasi dari segi logistik kerana ia bergantung kepada negara-negara kaya yang diduduki di tanah Syams. Sementera tentera Mesir kedudukannya terlalu jauh dari Mesir satu-satu tempat bekalan diterima, tambahan ketika itu hanya binatang di gunakan mengangkut bekalan.

Tentera Tartar telah melancarkan serangan kilat secara besar-besaran ke atas tentera Mesir, mengakibatkan barisan tentera Mesir bergoncang hebat dan ditimpa kerugian jiwa yang besar, kemudian mereka berundur. Tentera Tartar hampir-hampir dapat menyapu bersih angkatan tentera Mesir.

Melihat keadaan ini, Qathaz menjerit “Wa Islamahu, Wa Islamahu” (Oh Islam!). sebelum pertempuran dua tokoh ulama’ tadi telah berusaha membangkitkan semangat keagamaan di dalam angkatan tentera Mesir. Maka jeritan kuat seorang mukmin yang amanah itu telah memberikan kesan yang mendalam dan menyentuh perasaan setiap perajurit lalu mereka menyusun kembali barisan dan membuat serangan balas sehingga mencapai kemenangan. Suatu kemenagan yang luar biasa bertentangan dengan prinsip-prinsip peperanagan sebagaimana yang diramalkan dengan izin Allah.

Selepas pertempuran itu bangsa Tartar tidak pernah berjaya lagi kerana mereka telah menderita kerugian jiwa dan harta benda yang besar, mereka berundur lari dan orang-orang lain pun mengambil kesempatan menghentam mereka.

Selepas itu Qathaz memasuki Damsyik dan mengambil kembali dari tangan Tartar. Beliau mengarahkan panglima Baibras membersihkan saki baki Tartar di tanah Syam. Begitulah dengan keimanan yang dibangunkan oleh dua tokoh ulama? tentera Mesir telah mencapai kemenangan yang gilang-gemilang.

posted by Blogger @ 9:15 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com