Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kenapa OKU sering terpinggir dalam proses pembangunan di Malaysia?
Saturday, December 17, 2005

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) purata orang kurang upaya (OKU) diseluruh dunia mewakili 10% dari penduduk dunia. Jika kita mengambilnya sebagai congakan bilangan OKU di Malaysia mencapai kira-kira 2.2 juta orang. Ini bermakna jika semua OKU bergabung dan berdaftar dibawah Persatuan Gabungan Orang Kurang Upaya (MCD) yang merupakan NGO yang berdaftar di Malaysia ia merupakan pertubuhan kedua terbesar selepas UMNO yang mengandungi 3.5 juta keahlian. Malah bilangan OKU lebih besar dari ahli PAS yang berjumlah kira-kira 600 ribu orang.

Persoalannya walaupun bilangan OKU adalah ramai di Malaysia kenapa mereka masih dipinggirkan?

Persatuan-persatuan oku telah mencadangkan kepada kerajaan supaya melantik seorang dikalangan OKU sebagai senator bagi mewakili suara OKU di parlimen. Rasionalnya hanya OKU yang benar-benar memahami masalah OKU! Kenapa OKU perlu diwakili oleh orang normal yang tidak tahu kepayahan dan apa ertinnya hidup sebagai OKU?

Jika kita melihat secara teliti, golongan artis yang bilangannya hanya dalam beberapa ribu orang sahaja, mereka diwakili oleh seorang senator iaitu Dato Jins Shamsuddin. Persatuan Pekerja CUEPAC pernah diwakili oleh senatornya Dato Zainal Rampak. Orang-orang Asli yang bilangannya cuma 800 ribu orang ada wakil rakyatnya, malah pihak kerajaan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOA) yang ditadbir sendiri oleh anak-anak orang Asli.

Persoalannya kenapa kerajaan masih melengah-lengahkan lagi tuntutan melantik senator OKU oleh persatuan-persatuan yang mewakili OKU?

OKU seperti mana juga warganegara Malaysia yang lain sepatutnya dijamain hak-hak dan peluang yang sama dengan warganegara normal yang lain seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Kenapa diskriminasi pekerjaan masih berlaku? Semakin tinggi taraf pendidikan OKU semakin sukar mereka mendapatkan pekerjaan.

Jika bekas penagih dadah yang pernah menjadi sampah masyarakat pun boleh diterima bekerja, malah kerajaan menjalankan kempen mengambil pekerja untuk bekas penagih. Apakah yang dibuat oleh kerajaan? Tiada satu kempen pun untuk mengambil pekerja OKU. Retorik memang ada kuota 1% dalam perkhidmatan awam. Hakikatnya kuota itu tidak pernah cuba dipenuhi dan saya yakin tak akan dipenuhi. Jika ada 600 ribu pekerja sektor awam sepatutnya ada 6000 pekerja OKU di dalam perkhidmatan awam.

Pernah seorang rakan OKU saya yang mempunyai master berkata yang maksudnya, dalam bilangan kita yang besar sehingga mencecah 2 juta orang sepatutnya kita bukan sahaja mempunyai senator OKU malah layak mempunyai Menteri Besar OKU. Saya rasa kita juga layak ada menteri OKU dan menubuhkan satu bandaraya OKU yang memenuhi prasarana yang diperlukan OKU.

Semoga paparan ini memberi manfaat kepada kita semua. Sedarlah bilangan OKU semakin bertambah dari hari ke hari, ada yang memang dilahirkan cacat dan ada juga yang menjadi cacat akibat kemalangan.

Wallahua’lam….

posted by Blogger @ 12:07 AM  
2 Comments:
  • At 7:10 AM, Blogger Blogger said…

    Assalamualaikum semua dan selamat sejatera, saya bersetuju dgn pak ngah
    mengenai perlunya ada perwakilan oku di parlimen samada di dewan rakyat atau
    dewan negara... kalau di negara maju ada presiden oku... ada menteri oku...
    ada ahli parlimen oku dan ada senator oku... kita di negara tercinta ini pun
    rasanya ada oku yang berkebolehan yang layak menjawat jawatan tersebut...
    yang kita perlukan sekarang ini adalah peluang dan kepercayaan dari pemimpin
    dan masyarakat... pak ngah mengenai bandaraya oku tu saya fikir tak
    perlu...kita oku mesti berintigrasi dalam masyarakat dan tidak memencilkan
    diri dgn sesama oku saja... kerajaan kita ada memberi bantuan dan memberi
    pendidikkan juga latihan cuma banyak lagi isu-isu oku contohnya mengenai
    peluang pekerjaan, pasarana yang mengikut undang-undang kecil bangunan untuk
    memudahkan oku... hak yang sama dan peluang yang sama dgn orang normal yang
    diantaranya belum selesai... pak ngah zainal rampak tu mewakili m_t_u_c
    bukannya quepec... kalau kerajaan boleh berbelanja berjuta-juta ringgit
    membena pusat serenti dan mekmulih penagih-penagih dadah... mengapakah
    kerajaan tidak memperuntukkan bajet yang serupa kepada oku?...kalau kita
    buat perbandingan oku dgn penagih dadah beberapa ramaikah penagih-penagih
    tegal yang dapat dipulih dan menjadi rakyat yang berguna... kalau oku pula
    mendapat bantuan dan latihan untuk bedikari berapa ramaikah oku yang dapat
    menyumbangkan khidmat bakti kepada negara tercinta ini... so pak ngah
    teruskan usaha anda menyuarakan rasa hati oku di media dan di platform atau
    di pentas-pentas lain mengenai isu-isu oku... sekian terima kasih.

    hashim ishak, melaka

     
  • At 7:53 PM, Anonymous Anonymous said…

    buy valium online valium addiction - buy valium cheap online

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com