Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kewajipan menyemak sanad & matan hadis.
Monday, December 26, 2005

Oleh : Mohd Asri b. Zainul Abidin

Ilmu adalah teras kepada ajaran Islam, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak aqal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan. Islam tidak wujud melainkan berteraskan ilmu, bahkan Islam itu sendiri adalah ilmu yang teragung buat sekelian alam.

Tokoh-tokoh ulama silam terutama para `ulama hadith (al-muhadithin) telah mewakafkan hidup mereka demi menyampaikan ajaran dan huraian yang bertepatan dengan ajaran Nabi s.a.w. Segala ucapan Nabi s.a.w. adalah ilmu yang maha agung. Justeru itu hanya ilmu sahaja yang berhak menghuraikan ilmu. Dalam kata hanya golongan yang berilmu sahaja yang berhak menghurai dan membahaskan ucapan bagainda, atau ucapan baginda hanya boleh dibahaskan secara ilmu.

Malangnya, ada individu yang tidak mengambil berat tulisan yang telah mereka tinggalkan lalu memetik hadith sertakan menghuraikannya berdasarkan selera mulut tanpa dirujuk kepada kitab-kitab syarah hadith.

Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Fonomena ini mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.

Bukan sahaja golongan yang tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat kesalahan dalam memetik dan menghuraikan hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan lebel nama sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w.

Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya. Berbalik kepada persoalan hadith, ramai golongan agama di Malaysia begitu tidak berdisplin dalam memetik hadith-hadith begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan sesebuah hadith. Apa sahaja yang dikatakan hadith terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq para ulama hadith terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadith maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith yang mutawatir:

"Sesiapa yang membuat dusta ke atasku maka siaplah tempat duduknya di dalam nereka"

(Hadith ini diriwayatkan oleh sepuluh para imam dan ianya mutawatir, ruj: Muqaddimah Miftah al-Jannah m.s. 31, `Abd ar-Rahman Fakhuri, ctk. Dar as-Salam, Mesir)

Sebagai contohnya, lihat sahaja ucapan: "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah mengenal tuhannya" . Betapa ramai yang berceramah serta berhujjah dengan menyebut bahawa perkataan tersebut adalah hadith Rasulullah s.a.w, sedangkan al-Hafiz al-Sakhawi telah menyenaraikan keputusan para ulama terhadap perkataan ini dalam Al-Maqasid iaitu seperti berikut:

"Kata Abu al-Muzaffar bin as-Sam`ani: "Ianya bukan daripada Rasulullah s.a.w. sebaliknya dikatakan ucapan Yahya bin Mu`az ar-Razi. Kata al-Imam an-Nawawi: Ianya tidak thabit. Al-Imam as-Sayuti memetik dan mengakui perkataan An-Nawawi ini di dalam Zhail al-Maudu`at . Dalam Al-Hawi li al-Fatawi as-Sayuti menyebut: "Hadith ini tidak sahih". As-Syeikh al-Qari di dalam Al-Mauduat memetik daripada Ibn Taimiyyah yang menyatakan: "Palsu". Kata Al-`Allamah al-Fairuz Abadi, penulis Al-Qamus: Ianya bukan daripada hadith-hadith Nabi sekalipun kebanyakan orang menganggapnya hadith Nabi s.a.w.. Tidak sahih sama sekali. Hanya diriwayatkan daripada Israiliyat." (Ruj: Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, jilid 1, m.s. 166, oleh Muhammad nasir ad-Din al-Albani, ctk. Maktabah al-Ma`arif, Riyadh)

Betapa ramai golongan yang telah menyandar ucapan ucapan yang tidak diucapkan oleh Nabi s.a.w. kepada baginda! Apakah mereka tidak takut dengan amaran Rasulullah s.a.w. tentang balasan orang yang mereka cipta ucapan baginda.?

Inilah hasilnya jika kita tidak meneliti persoalan kesahihan sanad dan kejelasan matan.

Apa itu sanad? Kata Hammam Sa`id : "Sanad di sisi para `ulama hadith (muhaddithin) ialah: "Rangkaian para perawi yang menyampaikan kepada sesuatu ungkapan. Samaada ianya adalah ungkapan Nabi s.a.w. atau selain baginda"

Semantara matan pula bermaksud: "Lafaz yang menggambarkan makna-makna yang dimaksudkan di dalam nas (petikan)"(ruj: Al-Tamhid Fi `Ulum al-Hadith, m.s. 14. Ctk. Jordan: Dar al Furqan)

Sebagai contoh bagi memudahkan kita memahaminya lihat kepada riwayat berikut:

Kata al-Imam al-Bukhari:"Telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"
(Riwayat al-Bukhari: hadith ke-56, 1295, 2742, 2744, 3936, 4409, 5354, 5659, 5668, 6373, 6733. Muslim: hadith ke-1628)

Di dalam setiap riwayat hadith ada mengandungi dua bahagian, iaitu sanad dan matan. Jika dilihat kepada hadith di atas, bahagian yang dikatakan sanad ialah:

Maksudnya

(Kata al-Bukhari) telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahagian yang dikatakan sebagai matan ialah:

"Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"

Dalam pengajian hadith, seseorang mestilah mengetahui selok-belok ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-dua bahagian di atas. Yusuf Al-Qaradawi menyebut tiga prinsip asas yang mesti dilalui oleh setiap pengkaji hadith demi mengelakkan penyeleweng dan takwilan secara jahil.

Pertama: Mempastikan kethabitan atau kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah yang terperinci yang diletakkan oleh para ulama hadith.

Kedua: Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith.

Ketiga: Memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran atau hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

(Huraian yang lebih detil boleh dirujuk kepada apa yang ditulis oleh al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam "Kaifa Nata`amul ma`a as-Sunnah al-Nabawiyyah", m.s. 34. Ctk. Mesir, Dar al-Wafa)

Untuk pengetahuan, hadith yang thabit ialah seperti yang dinyatakan oleh al-Albani: "Hadith yang thabit merangkumi hadith yang sahih dan hasan pada penilaian muhaddithin. Samada sahih lizatih atau sahih lighairih begitu juga hasan lizatih atau hasan lighairih

Tiga prinsip asas yang disebut di atas adalah kewajipan kepada setiap pembaca atau pengkaji hadith ketika berhadapan dengan sesebuah hadith. Dukacita wujudnya di kalangan yang tidak mengetahui ilmu hadith tetapi cuba menghuraikan hadith Nabi s.a.w. tanpa dirujuk kepada para `ulama hadith. Mereka tidak mengetahui ilmu mengenai sanad lalu menganggap kesemua hadith adalah sahih asalkan disebut hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah atau at-Tabarani atau Ahmad atau at-Tirmizi atau sebagainya. Sedangkan mereka tidak memahami disiplin pengambilan hadith yang dilalui oleh setiap pengumpul hadith berkenaan.

Mungkin akan ada yang bertanya kalau demikian bagaimana caranya untuk kita mengetahui kedudukan sesebuah hadith? Jawapannya ialah bagi mereka yang tidak memiliki kemampuan mentakhrij dan membuat keputusan terhadap sesebuah hadith-inilah keadaan kebanyakan individu- maka mereka hendaklah merujuk kepada keputusan para ilmuan di dalam bidang hadith yang telah mentakhrij dan memutuskan kedudukan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebagai contohnya hadith di bawah:

(Kata Ibn Majah) telah menceritakan kepada kami `Ali bin al-Khallal, katanya telah menceritakan kepada kami `Abd al-Razzak, katanya telah memberitahu kami Ibn Abi Sabrah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada Mu`awiyah bin `Abd Allah bin Ja'far daripada ayahnya daripada `Ali bin Abi Talib, katanya: sabda Rasulullah s.a.w. "Pada malam separuh dari bulan Sya'ban (nisfu Sya'ban) maka hendaklah kamu semua mendirikan malam (qiyam al-lail) dan berpuasa pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah turun padanya pada tempat terbenamnya matahari sehingga ke langit dunia dan berfirman: "Tidakkah orang beristighfar kepadaKu lalu Aku ampunkannya, tidakkah orang meminta rezeki kapadaKu lalu Aku rezekikannya, tidakkah orang ditimpa bala lalu Aku sejahterakannya, tidakkah demikian dan demikian sehinggalah terbitnya fajar"
(Hadith riwayat Ibn Majah: hadith ke-1388)

Hadith di atas telah dihukum oleh para `ulama hadith sebagai dhaif kerana di dalam sanadnya ada rawi yang dipanggil Ibn Abi Sabrah. Beliau ialah Abu Bakr bin Abd Allah bin Muhammad bin Abi Sabrah. Al-Imam Ahmad dan Yahya bin Ma'in mengatakakan dia sebagai pemalsu hadith. ( Sila lihat: Sunan Ibn Majah bi Tahqiq Muhammad Fuad `Abd al-Baqi)

Setelah di pastikan sesebuah hadith itu thabit daripada Nabi s.a.w., tugas seseorang pengkaji hadith tidak terhenti di situ sahaja. Memahami maksud yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith adalah tanggungjawab besar yang mesti diberi perhatian. Apa erti jika kita mengetahui sesebuah hadith itu sahih atau hasan tetapi kita gagal memahami maksud yang sebenar yang tersurat atau tersirat di dalam matannya, kerana tujuan kita membaca sesebuah hadith adalah untuk beramal atau berpegang dengannya setelah dipastikan kethabitannya. Lebih malang lagi jika kita bukan sekadar gagal memahami maksud yang sebenar tetapi ditambah dengan membuat huraian yang salah sama sekali dari maksud sebenar yang disampai oleh baginda Nabi s.a.w. Bahkan yang lebih musibah ialah apabila yang menghuraikan hadith-hadith tersebut ialah para pendakwah atau orang-orang bercakap di khalayak ramai maka dia menjadi rosak dan orang lain juga menjadi rosak.
posted by Blogger @ 8:06 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com