Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

HADITH PALSU MUSAFAHAH
Tuesday, January 17, 2006
Dr. Mohd. Asri b. Zainul Abidin

Seperti yang selalu saya nyatakan dalam tulisan-tulisan yang lalu berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang mana baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang mana baginda tidak pernah melakukannya. Perbuatan ini adalah jenayah mengujudkan agama secara palsu, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Sebab itulah Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir (lihat: Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s.9icon_cool.gif. Adapun bagi mereka yang tidak tahu, hendaklah mereka merujuk kepada ahli dalam bidang hadith. Masyarakat hendak faham, buat yang memakai nama ustaz, atau imam mengetahui ilmu hadith.

Sangat bahaya apabila ada di kalangan sesetengah kelompok yang sanggup menggunakan hadith palsu untuk menaikkan kedudukan mereka dan untuk menjadikannya sebagai alat agar mereka diagungkan atau dianggap hebat. Kebelakangan ini telah muncul di sebelah utara negara kita khas Pulau Pinang, golongan yang mengaitkan diri dengan tarekat menggunakan hadith palsu yang dipanggil al-Musalsal bi al-Musafahah iaitu hadith musalsal berjabat tangan. Secara umumnya musalsal bermaksud setiap periwayat sesuatu hadith meniru perbuatan seperti mana yang diriwayatkan kepadanya oleh rawi sebelumnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.. Kebanyakan hadith musalsal adalah tidak sahih bahkan palsu. Kata al-Imam al-Zahabi (wafat 848H): “Secara umumnya hadith-hadith musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan perawinya. (al-Imam al-Zahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44 ,cetakan al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Dalam musalsal berjabat tangan pendusta hadith ini mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengan para periwayat hadith tersebut atau guru yang meriwayatkan hadith tersebut akan masuk syurga, dengan membuat dakwaan palsu bahawa Nabi s.a.w.bersabda: “Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga”. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w.

Para ulama telah mengingatkan tentang pembohongan hadith ini di dalam kitab-kitab hadith. Kata al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam tahqiqnya bagi kitab Zafar al-Amani: “Hadith musalsal berjabat tangan tersebut adalah batil dan dusta. Tiada asal dan tidak pernah wujud” (m.s. 272) katanya juga: “Tiada keberkatan bagi pendustaan dan pembohongan (hadith ini) ke atas Nabi s.a.w. tidak dikira ibadat menulis cerita dongeng ini melainkan dengan niat untuk memusnahkannya”. (m.s. 273, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Damsyik).

Hadith ini datang melalui jalan al-Mu`ammar atau dibaca juga dengan al-Ma’mar yang didakwa sebagai seorang sahabah yang mengambil hadith ini daripada Nabi s.a.w. Kata al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (wafat 852H) dalam al-Isabah: “Al-Mu`ammar adalah peribadi yang direka oleh para pendusta”. (jilid 6, m.s. 368, cetakan: Dar al-Jail, Beirut).

Dalam Lisan al-Mizan al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebut:” Riwayat berjabat tangan Mu`ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (jilid 6, m.s. 68, cetakan:Muassasah al-`Ilm li al-Matbu`at, Beirut).

Al-Imam al-Sayuti (wafat 911H) di dalam fatwanya bila ditanya mengenai hadith Mu`ammar, beliau berkata: “Mu`ammar adalah pendusta lagi dajjal, hadithnya adalah batil, tidak halal meriwayatkannya. Sesiapa yang melakukan demikian (meriwayat hadith palsu tersebut) termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: “sesiapa berdusta ke atasku maka siap tempat duduknya dalam neraka”. (lihat: Tahqiq Zafar al-Amani, m.s.275).

Maka dinasihati orang ramai jangan terpengaruh dengan percubaan ajaran yang sedang muncul ini dan cuba mengambil kesempatan dari ketidaktahuan masyarakat. Ajaran seperti ini hanya untuk menaikkan seseorang supaya orang menganggap ianya hebat, berjabat tangan dengannya seperti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w. dan akan masuk syurga. Kegiatan ini hendaklah bendung. Ianya sama bahaya dengan anti-hadith. Bahkan kadang-kala ianya lebih bahaya. Golongan anti-hadith menolak hadith, golongan ajaran yang sedang muncul ini pula memalsukan hadith atau mempergunakan hadith palsu untuk kepentingan diri.

Ini adalah satu perkara yang bahaya. Apakah mungkin hanya berjabat dengan sesorang guru sama dengan berjabat tangan dengan Nabi s.a.w. dan masuk syurga?. Para sahabah tidak pernah mendakwa berjabat tangan dengan mereka menyebabkan seseorang masuk syurga. Apatah lagi mereka tidak pernah mengadakan majlis mengambil ijazah berjabat tangan dengan mereka.

Golongan yang mempopularkan hadith palsu ini semata untuk mengaut untung daripada masyarakat agar orang ramai mengagungkan mereka. Seakan-akan mereka adalah pintu bagi syurga. Perkara seperti inilah yang menjadi permulaan kepada sikap al-ghulu iaitu berlebih-lebih dalam menghormati guru, atau syeikh. Akhirnya akan menjadikan para pengikut mengikut semua yang diperintah dan disuruh secara membabi buta atas nama agama. Inilah yang telah berlaku kepada golongan tarikat yang menyeleweng yang menyatakan: “Jadikanlah dirimu di hadapan gurumu seperti mayat di hadapan orang yang memandikannya”. Dalam ertikata lain buatlah apa yang guru kehendaki tanpa sebarang penilaian dan bantahan. Agama tidak mengajar taklid yang sebuta ini. Bahkan agama meminta agar semua perkara ditegakkan di atas hujah dan dalil. Firman Allah: “Jangan kamu ikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan dipersoalkan. (Suarah al-Isra’ ayat 37).

Adalah malangnya bagi umat Islam di negara ini jika agama Islam yang datang untuk membangunkan ruh, pemikiran dan ketamadunan manusia dijadikan bahan oleh setengah pihak untuk memperbodohkan umat. Sebab itulah teras Islam ini ialah mengikuti dengan faham dan menilai dengan betul, bukan semangat dan kemelampauan yang membuang dalil dan nas serta mencampakkan akal.
posted by Blogger @ 5:36 PM  
1 Comments:
  • At 11:09 PM, Blogger Abu Naqibah said…

    Dalam keadaan dunia yang menuju akhirannya ini... Terlalu susah untuk mebezakan hadits yang benar dan hadits yang palsu... Muhaditsin yang mutakhir perlu selalu mengingatkan atau menerangkan kita. Semoga semua kita selamat dari kekalutan dunia akhir zaman...

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com