Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

KENYATAAN MEDIA JPMDPP Pusat
Thursday, February 02, 2006
KENYATAAN RASMI JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (JPMDPP)
BERHUBUNG ISU PEMANSUHAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (AUKU)



KENYATAAN MEDIA (31 Januari 2006)
Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat (JPMDPPP)


Saya merujuk kepada kandungan semua akhbar utama tanahair pada hari Sabtu, 28/1/2005 yang telah melaporkan pengumuman yang dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak bercadang untuk memansukhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (‘AUKU’). Menurut laporan akhbar itu lagi, pengumuman tersebut dibuat sebagai respon beliau terhadap memorandum yang diserahkan oleh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Negara bersempena dengan sidang Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

JPMDPP merasa amat kecewa dan kesal dengan pengumuman tersebut. JPMDPP melihat pengumuman ini sebagai satu usaha licik kerajaan untuk menutup terus sebarang ruang perbincangan oleh mana-mana pihak berhubung dengan kerelevanan peruntukan-peruntukan di dalam AUKU. Memorandum yang diserahkan MPP-MPP IPTA pula bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebagaimana yang diketahui umum, kesemua MPP-MPP IPTA sekarang dikuasai oleh kumpulan ASPIRASI yang pro BN yang jelas mendapat banyak manfaat dari peruntukan dan perlaksanaan AUKU yang tidak demokratik, bertentangan dengan hak asasi manusia dan berat sebelah pula dari segi penguatkuasannya. Lihat sahaja cara bagaimana kumpulan ASPIRASI ini memenangi pilihanraya kampus IPTA dengan memperalatkan segala macam jentera universiti dan kerajaan (termasuk juga kerjasama dengan UMNO dimana wakil Pemuda dan Puteri UMNO turut hadir berkali-kali di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pilihanraya peringkat Kemeterian pengajian Tinggi), serta sudah tentu dengan ‘berperisaikan’ AUKU sebagai senjata ampuh untuk mengugut dan menekan pelajar-pelajar yang tidak sehaluan dengan mereka.

Jika ditinjau dari segi sejarah, perjuangan menentang AUKU bukanlah hanya disuarakan oleh parti-parti politik pembangkang sahaja. Bahkan pelbagai pihak telah lama menyuarakan desakan yang serupa. Pengumuman terbaru ini jelas meggambarkan betapa tidak prihatinnya kerajaan dengan tuntutan dan desakan yang dibuat oleh gerakan pelajar, ahli akademik, tokoh politik, NGO-NGO sivil terutamanya sejak dari AUKU ini dipinda pada awal 1975 sebagai reaksi keras kerajaan terhadap Demonstrasi Baling 1974. Pengumuman ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Dr Shafie Mohd Salleh beberapa bulan dahulu bahawa kementeriannya sedang menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji peruntukan-peruntukan tertentu di dalam AUKU setelah perkara yang sama dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat samada dari kerajaan mahupun pembangkang di dalam persidangan Dewan Rakyat tidak lama dahulu. Persoalan utama yang mesti dijawab oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah, apakah janji YB Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji AUKU secara keseluruhannya akan diteruskan selepas dari pengumuman terkini dari Timbalan Perdana Menteri?

JPMDPP melihat bahawa isu asas yang menjadi pendirian PAS, gerakan pelajar, tokoh-tokoh akademik, parti-parti politik, NGO-NGO dan juga ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang membicarakan berkenaan AUKU selama ini, bukanlah berkisar tentang samada AUKU perlu dimansukhkan atau tidak. Tetapi yang kita perjuangkan selama ini ialah supaya beberapa peruntukan tertentu di dalam AUKU yang amatlah tidak demokratik, bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional), dapat dipinda ataupun dimansukhkan terus. Meskipun di dalam preamble AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk ‘to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith’, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Dr Mahathir Mohamed melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang

1) penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
2) penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansukhkan segera ialah :
1) Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa
1) menyiasat,
2) menjalankan pendakwaan,
3) mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
4) membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
Perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana adjudicatory body termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.

2) Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

3) Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.

4) Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu :

a) amaran;
b) denda;
c) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
d) digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
e) dipecat dari universiti.
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ianya tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal proportionality (kesetimpalan) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar sepertu jenayah rompak ataupun rogol.
Selain dari perkara-perkara yang dinyatakan di dalam Perenggan 1-4 di atas, sebenarnya terdapat beberapa lagi peruntukan di dalam AUKU yang perlu dipinda atau dimansukhkan. Saya sendiri secara peribadi, sewaktu memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), pernah membangkitkan hal ini secara terbuka dihadapan Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam satu konvensyen pemimpin-pemimpin pelajar tanahair yang diadakan pada tahun 2001 di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Naib-Naib Canselor serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan. Perdana Menteri kemudiannya sewaktu menjawab persoalan yang saya kemukakan, tidak membantah sedikit pun hujah-hujah yang saya beri bahkan beliau berjanji untuk meneliti perkara tersebut. Namun sehingga hari ini tidak ada tindakan diambil sehinggalah YAB Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang jelas lari dari persoalan sebenar serta kelihatan cuba untuk menutup terus isu ini dari dibincangkan..

Justeru, JPMDPP mendesak kerajaan supaya meneliti perkara ini secara cermat dan mendalam. Kenyataan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, pada hemat JPMDPP, adalah satu kenyataan yang gopoh tanpa berasakan kepada pengkajian yang teliti. JPMDPP tetap dengan pendirian bahawa AUKU 1971 perlu dikaji semula secara keseluruhannya di samping beberapa peruntukan di dalamnya perlu dipinda atau dimansuhkan sama sekali. Sekian.

Yang benar,

ABDULLAH HAJI ABDUL KARIM
Pengarah,
Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Dewan Pemuda PAS Pusat
Bertarikh : 31hb Januari 2006/1hb Muharam 1427H.

posted by Blogger @ 9:26 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com