Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Umat Islam Rusia amal tradisi sufi
Friday, March 10, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Susunan: ZUNAIDAH ZAINON

RUSIA yang mempunyai jumlah penduduk keseluruhan seramai 144 juta orang dianggarkan memiliki 16 hingga 20 juta penduduk beragama Islam. Jumlah tersebut membentuk minoriti terbesar di Rusia dengan menguasai 14 peratus daripada populasi keseluruhannya.

Kebanyakan masyarakat muslim adalah daripada kalangan minoriti yang tinggal di kawasan antara Black Sea dan Caspian Sea iaitu Adyghes, Balkars, Nogais, Chechens, Circassians, Ingush, Kabardin, Karachay dan penduduk Dagestani.

Di Volga Basin pula, penduduk Tatars dan Bashkirs adalah kumpulan terbesar yang kebanyakannya beragama Islam. Selain itu, kebanyakan penduduk muslim juga berasal dari Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen and Leningrad Oblasts (daripada etnik Tatars).

Sejarah Islam di wilayah Rusia bermula dengan penduduk Daghestani dari daerah Derbent. Mereka memeluk Islam selepas berlaku penaklukan Arab pada abad kelapan. Pada tahun 922, komuniti muslim pertama dicatatkan di Volga Bulgaria. Kemudian kebanyakan penduduk Eropah dan orang berbangsa Turki turut menjadi pengikut agama Islam.

Hampir kebanyakan penganut Islam di Rusia adalah pengikut fahaman Sunni. Misalnya di Chechnya, mereka mengamalkan tradisi sufi bagi meningkatkan kekuatan dalaman terhadap Allah s.w.t.. Selain itu, Azeris juga pengikut Syiah Islam di beberapa wilayah yang dipisahkan dari Soviet Union.

Al-Quran pertama diterbitkan di Kazan, Rusia pada 1801.

Seperti yang diketahui, perkembangan Islam di negara-negara Barat tidak dapat dipisahkan dengan tanggapan kurang tepat mengenai Islam. Di Rusia, hubungan antara pihak kerajaan dengan penduduk Islam sentiasa diselubungi perasaan syak dan curiga. Imam Masjid Moscow, Sheikh Rawil Ghaynetdin pada 1992 pernah menyuarakan pendapatnya bahawa Rusia masing mengekalkan ideologi daripada empayar Tsar yang percaya bahawa kepercayaan ortodoks sepatutnya diberikan hak-hak keistimewaan.

Bagi kerajaan Rusia pula, mereka bimbang berlaku peningkatan ahli politik Islam yang keras sebagaimana yang berlaku pada 1980. Kerajaan juga bimbang terhadap apa yang berlaku semasa persidangan di Saratov, Tajikistan pada 1992 iaitu pusat Parti Pembaharuan Islam (Islamic Renaissance Party).

Perwakilan parti itu terdiri daripada pelbagai republik Asia Tengah dari Azerbaijan dan sebahagiannya terletak dalam bidang kuasa autonomi Rusia termasuklah penyokong pemisah republik autonomi Tatarstan dan Bashkortostan.

Mesyuarat pan-Islam itu mewujudkan kesedaran kemungkinan tersebarnya fahaman Islam radikal di Rusia dari daerah muslim baru di sepanjang pinggir Soviet Union dahulu. Atas sebab itu, kerajaan Rusia telah menyediakan intensif latihan ketenteraan dan sokongan politik kepada pemimpin sekular lima republik Asia Tengah yang kesemuanya menentang politik Islam.

Perjuangan untuk menggariskan kuasa persekutuan dan kerajaan tempatan turut mempengaruhi hubungan Rusia dengan komuniti Islam. Persekutuan Rusia memiliki dua daripada empat lembaga agama (muftiates) yang diwujudkan semasa era Stalin untuk mengawal selia segala aktiviti keagamaan di beberapa wilayah di Soviet Union. Lembaga agama yang lain terletak di Tashkent dan Baku.

Salah satu daripada dua lembaga agama di Rusia mempunyai kuasa di Rusia Eropah dan Siberia dan yang lainnya bertanggungjawab terhadap orang Islam di Utara Caucasus dan Wilayah Transcaspian. Pada 1992, sebahagian pertubuhan Islam berundur dan mereka menubuhkan lembaga agama yang baru. Beberapa tahun kemudian, Tatarstan dan Bashkortostan berundur daripada lembaga agama untuk Rusia Eropah dan Siberia dan membentuk lembaga sendiri

Bagaimanapun, terdapat bukti perdamaian Islam di Rusia pada 1990. Angka penduduk Islam yang mengerjakan haji ke Mekah semakin bertambah selepas berakhirnya era Soviet pada 1990. Malah cetakan al-Quran mudah didapati. Begitu juga banyak masjid-masjid didirikan di wilayah yang mempunyai ramai penduduk Islam.

Kesatuan Muslim Rusia yang ditubuhkan pada 1995 dan diketuai oleh Imam Khatyb Mukaddas di Tatarstan telah menggerakkan sasaran untuk meningkatkan pemahaman di kalangan etnik dan menamatkan keraguan mereka mengenai agama Islam sebagai agama keganasan.

Parti politik Nur All-Rusia Muslim Public Movement pula berperanan untuk mempertahankan politik, sosial, ekonomi dan budaya masyarakat Islam dan golongan minoriti. Pusat Kebudayaan Islam Rusia yang merangkumi sekolah agama telah dibuka di Moscow pada 1991. Selain itu, media cetak yang dibangunkan oleh orang Islam turut meningkat. Antara penerbitan majalah di Rusia ialah Ekho Kavkaza dan Islamsky Vestnik manakala surat khabar pula ialah Islamskiye Novosti yang diterbitkan di Makhachkala, Dagestan.

Universiti Islam Rusia juga ditubuhkan di Kazan, Tatarstan yang menggunakan bahasa perantaraan Rusia dan Tatar.


posted by Blogger @ 3:26 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com