Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ensiklopedia Nusantara: Matn Az-Zubad kitab fiqh, tasauf berbentuk puisi
Tuesday, March 07, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060306231019/Article/


MATN AZ-ZUBAD adalah salah sebuah karya bahasa Arab dalam bentuk puisi yang mengandungi 1,074 bait yang sangat terkenal di seluruh dunia Islam.


Dari dulu hingga sekarang masih banyak institusi pendidikan Islam di seluruh dunia Islam termasuk di dunia Melayu juga, memberikan penekanan pelajarnya menghafal karya itu.

Selain masih berupa matan, karya itu juga telah disyarah oleh ulama dan judul syarah juga pelbagai.

Nama penyusun karya ialah Syeikh Abi al-'Abbas Ahmad asy-Syihabuddin ibnu Ruslan ad-Dimasyqi.

Dalam bahasa Melayu ada dua buah syarah, syarah pertama diselenggarakan Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani dan kedua, diselenggarakan oleh Tuan Guru 'Abdul Qadir Ismail as-Sanawi al-Fathani.

Syarah yang kedua tidak sempat diselesaikan, masih berupa manuskrip dan dalam simpanan saya.

Syarah Matn az-Zubad yang dibicarakan dalam artikel ini ialah syarah yang pertama oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang beliau beri judul lengkap Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah az-Zubad.

Dalam Fath al-Mannan ini Syeikh Daud Abdullah al-Fathani mengaku kelemahan sifat keperibadian beliau sendiri yang dilukiskan semacam sindiran gaya sastera Melayu klasik.

Perkataan sindiran yang ditulis pendek-pendek seperti demikian jika dihuraikan mengandungi pengertian yang dalam dan luas.

Di antara perkataan itu ialah “yang khathirnya 'alil dan nazhar (pendapat) yang lumpuh dan kehendaknya besar dan keadaan sifatnya amat rendah dan daripada tipu daya zaman lemah dan di dalam rantai hawa nafsu, iaitu Daud ibnu Abdullah ...".

Maksud kalimat: “yang khathirnya 'alil ialah gerak hatinya yang sakit, bahawa ubatnya dengan memahami ilmu yang terhurai dalam puisi Matn az-Zubad.

Dari kalimatnya: “dan kehendaknya besar" ..dapat diketahui bahawa Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama Melayu yang bercita-cita tinggi dan berjiwa besar.

Sebagai bukti, beliau adalah seorang yang rajin membaca terbukti daripada jumlah karangannya yang sangat banyak.

Namun beliau selalu merendah diri dan mengenai ini dapat dibuktikan dengan kalimat berikutnya.

Kata beliau: “dan keadaan sifatnya amat renda”.. “dan daripada tipu daya zaman lemah” yang mengandungi maksud bahawa beliau adalah lemah menghadapi keruntuhan akhlak manusia pada zamannya.

Tiada daya dan upaya untuk mengatasinya melainkan berusaha sekuat tenaga dan mencurahkan sepenuh pemikiran dalam penyebaran ilmu Islam.

Salah satu dari usaha beliau ialah melalui jalan menterjemah dan mensyarah karya berjudul Matn az-Zubad yang dibicarakan ini.

Sudah menjadi tradisi ulama yang warak zaman dulu merendahkan diri seperti yang dituliskan beliau, “dan di dalam rantai hawa nafsu, iaitu Daud ibnu 'Abdullah..”.

Maksudnya hawa nafsu adalah rantai besi yang membelenggu seseorang insan termasuk beliau sendiri, hanya dapat terlepas dengan menguasai pelbagai ilmu seumpama yang terdapat dalam karya Matn az-Zubad.

Di antara ilmu yang dibicarakan dalam Matn az-Zubad, Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani menjelaskannya pada kalimat, “Sangat elok nazamnya, dan banyak manfaatnya. Mengandung ia dengan seelok-elok hantarannya. Dan menyatakan atas dua indah-indah, dua asal. Iaitu ilmu fiqh dan ilmu tasawuf.”

Sungguhpun pada kalimat itu Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani menyebut dua ilmu saja, tetapi jika kita teliti masih ada beberapa ilmu yang tidak beliau sebutkan. Oleh sebab Matn az-Zubad ditulis dalam bentuk nazam atau puisi sudah pasti menghendaki kaedah ilmu 'arudh dan qawafi. Tidak dapat dinafikan membabitkan ilmu balaghah, bayan, badi', isti'arah, dan lain-lain.

Dari segi lain sebelum memasuki ilmu fiqh pada terlebih dulu membicarakan ilmu tauhid.

Selepas Matn az-Zubad dijadikan syarah yang dinamakan Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah az-Zubad, ia menjadi sebuah kitab dalam bahasa Melayu setebal 486 halaman.

Fath al-Mannan diselesaikan di Makkah pada hari Ahad, 16 Ramadan 1249 H bersamaan 27 Januari 1834 Masihi.

Dicetak hampir seratus tahun setelah selesai penulisan, tepatnya pada 10 Sya'aban 1330 Hirah dan 24 Julai 1912 Masihi oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah.

Dicetak atas usaha Syeikh 'Abdullah Daud, Syeikh Muhammad Nur Daud kedua-duanya anak Syeikh Muhammad Ismail Daudi al-Fathani.

Tercatat pada halaman depan bahawa hak mencetak milik ahli waris dengan pendaftaran pada peraturan Majlis Idarah al-Wilayah, tarikh 13 Muharram1326 H/15 Mac 1908 M, nombor 8.

Nama ahli waris yang didaftar Syeikh Muhammad Daud al-Fathani, di sini ialah Syeikh Muhammad Ismail Daudi al-Fathani @ Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani.

Kitab ini termasuk kitab yang tidak banyak dicetak. Beberapa halaman bahagian akhir kitab ini dicetak juga satu risalah berjudul Muzakarah al-Ikhwan, juga karangan Syeikh Daud 'Abdullah al-Fathani yang diselesaikan pada malam Isnin, 20 Ramadan 1249 H/31 Januari 1834 M, iaitu beberapa hari setelah diselesaikan kitab Fat-hul Mannan. Dipercayai pentashih pertama kitab ini ialah Syeikh Ahmad al-Fathani.
posted by Blogger @ 2:52 PM  
1 Comments:
  • At 2:50 PM, Anonymous erik said…

    wan uraian yg bagus, yg tertulis sbgian bsr cm syarih....mhn diposting musonnif zubad itu sendiri, asal muasal dan latar blakngnya
    trimakasih
    erik

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com