Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Suara merdu, nafas baik permudah Radzi menguasai bidang Taranum
Thursday, June 15, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Agama/20060614233245/Article/

RAUT wajahnya tenang dan sentiasa mengukir senyuman. Apabila mengalunkan ayat suci al-Quran sungguh mengasyikkan dan boleh meruntun jiwa.


Tidak mustahil, minatnya untuk mendalami al-Quran, khususnya bidang Taranum tidak sia-sia kerana membuahkan hasil dan bakatnya itu terserlah hingga ke persada antarabangsa, sekali gus semarakan nama negara.

Radzi Kamarul Hailan, 36, johan qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tahun 2002 dan 2004 ini, menganggap suara lunak itu adalah anugerah Allah dan sepatutnya digilap untuk memartabatkan al-Quran.

Disebabkan kepakarannya dalam bidang Taranum itu, beliau yang juga Imam Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, dilantik sebagai juri bagi rancangan realiti TV Akademi al-Quran (AQ) yang disiarkan di TV9, setiap Khamis.

Anak peneroka Felda Trolak Selatan, Perak ini, tidak didorong oleh sesiapa untuk mendalami bidang al-Quran ini, sebaliknya datang dengan sendiri. Sejak berusia 12 tahun sudah mula berjinak-jinak untuk membaca al-Quran secara berlagu.

"Saya berterima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Trolak yang menyediakan kelas Taranum kepada pelajarnya.

"Bertitik tolak dari situ minat semakin mendalam. Saya kemudiannya belajar al-Quran dalam pelbagai aspek di sekolah pondok, di Baling ketika usia 16 tahun," katanya yang mula menyertai pertandingan al-Quran di peringkat Negeri Perak pada 1995 dan mendapat tempat ketiga sebelum memperluaskan penguasaannya dalam bidang itu pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Radzi adalah satu-satunya anak daripada tujuh beradik yang menyerlah dalam bidang itu. Mungkin juga darah yang mengalir di tubuhnya menjadi penyambung kepada keluarga di sebelah ibunya yang memang ahli taranum.

"Taranum akan lebih lengkap dan hebat jika seseorang itu memiliki suara yang bagus serta mempunyai nafas panjang dan selesa ketika membaca al-Quran.

"Untuk mendapatkan suara yang bagus mereka perlu menjaga kesihatan. Suara lunak adalah anugerah Allah dan tidak semua orang boleh memilikinya," katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Radzi berkata, mengkaji Taranum amat penting untuk memastikan ia dibawakan dengan baik supaya tidak merosakkan ketulenan ayat suci al-Quran.

Taranum itu adalah kaedah suara, rentak dan irama. Ia mempunyai tujuh jenis iaitu Bayati, Soba, Nahwand, Rast, Sikah, Hijaz, Jiharkah.

Nahwand ialah nada atau rentak suara yang menggambarkan kegembiraan seperti menyatakan mengenai sesuatu keindahan seperti di dalam syurga; Soba, Hijaz dan Jiharkah (lagu sedih); Rast dan Sikah (ayat al-Quran berbentuk penegasan dan amaran seperti suruhan Allah mengenai sesuatu perkara) manakala Bayati (pembukaan bacaan dan sesuai untuk semua keadaan).

"Daripada ketujuh jenis itu, Sikah dan Jiharkah dianggap paling sukar untuk dilagukan kerana memerlukan pengawalan suara," katanya.

Justeru beliau menyifatkan AQ adalah program yang amat berkualiti dalam melahirkan qari dan qariah cemerlang serta hebat dalam kelasnya berbanding pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Radzi berpendapat program AQ menjadi platform terbaik dalam menambah pencarian remaja yang hebat dan mahir membaca al-Quran dalam pelbagai aspek.

"Ia juga menyediakan banyak ruang kepada remaja yang ingin menghayati al-Quran. Kita dapati sekarang banyak program di stesen televisyen menyiarkan rancangan hiburan yang menyebabkan seseorang leka dan lalai mengerjakan suruhan Allah.

"Lahirnya program seumpama itu, mampu mendekatkan remaja kepada penghayatan al-Quran, selain menggalakkan mereka menggali sebanyak mana ilmu yang terkandung dalam kitab suci itu untuk panduan hidup sepanjang zaman.

Radzi berkata, minat orang ramai ke arah itu pada zaman ini dilihat berkurangan dan sekiranya ia tidak dibajai menerusi program seumpama itu, pasti akan terus terpinggir.

Apa yang dilihat sekarang, kadar celik al-Quran didapati kurang memuaskan, khususnya di bandar berikutan fokus utama mereka adalah kepada bidang yang lain.

Sebenarnya, kini banyak institusi agama seperti surau, masjid dan sekolah menyediakan kelas al-Quran.

"Saya lihat, ada yang datang ke masjid tidak mahir dengan al-Quran, iaitu mereka tidak tahu mengaji cara yang betul mengikut syariat seperti tuntutan dari segi tajwid," katanya.

Bagaimanapun, beliau melihat penyediaan program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-Qaf) oleh Kementerian Pelajaran di peringkat sekolah adalah perkembangan yang baik untuk melahirkan generasi akan datang yang celik al-Quran.

Tambahan pula, pada zaman serba moden ini terlalu banyak pengaruh barat boleh meresap masuk ke jiwa anak-anak muda sekiranya mereka tidak dibekalkan dengan pegangan agama dan mendalami al-Quran.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat termasuk menghayati al-Quran, mereka mudah rapuh dan terbabas daripada landasan hidupnya.

Senario ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menjadi barah yang menyusuk dan boleh membenamkan penghayatan terhadap Islam itu sendiri.

"Sekarang banyak ibu bapa bergantung dan mengharap sepenuhnya anak mereka belajar al-Quran di sekolah. Ini sebenarnya tidak mencukupi untuk anak memahami dan menghayati al-Quran dengan sebaiknya," katanya yang mahu menurunkan ilmu itu kepada masyarakat Islam.

Mengenai pembabitan dalam pertandingan al-Quran, beliau berkata, akan bergiat semula sebaik saja program AQ ini tamat. Ketika ini beliau perlu menumpukan sepenuhnya masa sebagai juri di AQ.
posted by Blogger @ 7:52 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com