Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Islam ‘lahirkan’ semula Jermaine Jackson
Friday, June 09, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


JERMAINE Jackson yang mengenakan jubah dan igal kini mahu dikenali sebagai Muhamad Abdul Aziz.

Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
BARU-BARU ini tersebar melalui Internet dan e-mel kononnya Raja Pop dunia, Micheal Jackson memeluk Islam. Malah beliau juga dikatakan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Du'aa yang memuji Allah dengan begitu indah.

Namun, setelah diteliti dan diperhalusi rupa-rupanya lagu tersebut dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkemuka dari Afrika Selatan bernama Zain Bhikha. Namun, menurut abang Micheal, Jermaine Jackson, adalah tidak mustahil suatu hari kelak adiknya akan memeluk Islam.

Katanya, apa yang lebih penting Micheal kini tidak mempunyai pandangan yang serong dan sempit terhadap Islam setelah membaca beberapa buku penerangan mengenai Islam yang diberikan kepadanya.

"Micheal kini lebih memahami Islam dan sering juga bertanyakan mengenai agama itu. Berbanding dahulu, seperti kebanyakan warga Barat yang lain, Micheal juga terpengaruh dengan pelbagai dakwaan yang negatif terhadap Islam," katanya.

Mungkin kerana Islam itu sendiri, Micheal kini beralih tumpuan perniagaannya di Asia Barat. Malah beliau kini mempunyai sebahagian pegangan saham di sebuah syarikat milik Putera Arab yang berstatus bilionair, Waleed Talal.

Jermaine, salah seorang anggota kumpulan Jackson 5 yang mengecap kegemilangan dan kemasyhuran pada era 1980-an, memeluk Islam pada awal 1990. Jermaine atau nama sebenarnya Jermaine LaJaune Jackson yang dilahirkan pada 11 Disember 1954 di Gary, Indiana kini lebih dikenali sebagai Muhammad Abdul Aziz,

Berita pengislamannya itu begitu mengejutkan dunia Barat dan peminat seninya. Mereka sama sekali tidak menyangka Jermaine akan memeluk Islam dan kini memilih hidup yang cukup berbeza berbanding kehidupannya dahulu.

Sedangkan pada akhir kariernya sebagai penyanyi, beliau sempat berduet dengan Pia Zadora pada tahun 1985 dalam lagu When The Rain Begins To Fall yang menduduki tempat teratas beberapa carta single di Eropah. Pada tahun 1989, albumnya yang bertajuk Don't Take It Personal menjadi hit nombor satu dalam Carta Billboard R&B Singles.

Pada tahun 1989, bersama dengan adiknya, Janet Jackson, mereka mengadakan persembahan di beberapa negara Asia Barat. Ketika menetap di Bahrain, Jermaine berpeluang menemui sekumpulan kanak-kanak negara itu yang datang menemui beliau.

"Kanak-kanak tersebut tanpa segan silu terus bertanyakan mengenai agama anutan saya, lalu saya menjawab saya seorang Kristian dan saya juga terus bertanyakan kepada kanak-kanak itu akan agama mereka pula.

"Tanpa saya sangka, agak mengejutkan apabila mereka menjawab 'Islam' dengan bangganya tanpa ragu-ragu," katanya.

Tanpa perlu bertanya lanjut, kanak-kanak itu juga bercerita kepada Jermaine akan agama Islam dengan pelbagai maklumat yang menarik walaupun bunyinya begitu keanak-anakan.

"Melihat kesungguhan mereka menerangkan Islam, saya menjadi kagum malah saya berasa sungguh damai mendengarkan penerangan mereka itu," katanya.

Sejak peristiwa itu, Jermaine mengambil peluang mengadakan perbincangan yang panjang lebar mengenai Islam dengan beberapa ulama dan tokoh Islam terkemuka di Bahrain.

"Ini menyebabkan hati dan pemikiran saya mula berkocak hebat," katanya yang pada zaman kegemilangannya pernah dicalonkan untuk Anugerah Grammy dalam kategori Best Male R&B Vocal Performance melalui albumnya Let's Get Serious pada tahun 1979.

Begitupun, Jermaine belum sepenuhnya mendapat 'hidayah' untuk memeluk Islam dan menganggap semua maklumat yang diperoleh tentang Islam tidak akan mengubah dirinya sebagai penghibur dan dia akan terus kekal sebagai penggiat seni dan muzik Barat.

"Namun hati saya ketika itu sebenarnya telah pun 'memeluk' Islam, cuma tidak mampu untuk dilafazkan melalui kata-kata," katanya.

Beliau kemudian memberitahu perasaannya itu kepada seorang sahabat yang bernama Qunber Ali yang kemudiannya membawa Jermaine ke Riyadh, ibu negara Arab Saudi .

"Sehingga ke saat itu, saya masih tidak mengetahui mengenai Islam sehinggalah sebuah keluarga daripada kerabat diraja Arab Saudi membawa saya untuk melakukan umrah di Mekah. Di situ, buat pertama kalinya saya mengucap dua kalimah syahadah bagi mengesahkan pengislaman saya," katanya.

Setelah memeluk Islam, Jermaine mendapatinya dirinya bagai dilahirkan semula. Ini kerana Islam telah memberikan jawapan kepada pelbagai keraguan beliau sebelum ini terutama mengenai agama asalnya.

"Islam memberikan jawapan yang sangat memuaskan hati terutama mengenai kelahiran dan kenabian Nabi Isa a.s. dan saya berdoa agar seluruh keluarga saya juga dapat menerima hakikat yang sama," katanya.

Seluruh keluarga Jackson adalah pengikut ajaran Kristian yang dikenali sebagai Avendance of Jehova (Penyaksian Jehova) dan antara ajaran yang menjadi pegangan adalah hanya seramai 144,000 lelaki di muka bumi ini layak memasuki syurga.

"Dari dahulu lagi akal saya tidak dapat menerima fakta yang sedemikian dan begitu juga apabila kitab Bible sebenarnya lebih mengumpulkan kata-kata manusia di dalamnya berbanding ajaran sebenar dan kata-kata daripada Tuhan," katanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Jermaine untuk mengenali Islam. Semasa di Mekah beliau mengambil kesempatan menikmati lagu-lagu nasyid dan mendalami lirik lagu seperti yang dinyanyikan oleh Yusuf Islam (Cat Stevens).

"Saya juga banyak belajar daripada beliau mengenai Islam berikutan kami mempunyai latar belakang, kerjaya dan kebolehan yang hampir sama sebelum ini," katanya yang juga sering belajar mengenai Islam dengan bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali.

Namun, apakah sambutan yang beliau terima apabila pulang ke Amerika Syarikat selepas secara rasmi memeluk Islam itu?

"Saat itu merupakan kesempatan yang diambil sepenuhnya oleh media Barat dalam mengalunkan satu orkestra propaganda yang memburuk-burukkan Islam dan umatnya. Apabila mereka mendapat tahu saya memeluk Islam, pelbagai gosip dan tohmahan yang mereka sebarkan mengenai saya sehinggakan saya benar-benar terganggu.

"Malah keluarga saya turut menerima kesannya. Begitu banyak surat-surat dan kiriman kecaman dan ancaman yang tidak putus-putus mengganggu kami," katanya.

Jermaine bertindak rasional malah berasa hairan dengan fobia pihak Barat terhadap Islam sedangkan mereka tidak cuba mengenali Islam dan jauh sekali cuba menyelami tekanan yang dihadapi oleh umat Islam angkara perbuatan dan sikap melampau Barat sendiri.

Beliau juga tidak ambil peduli dengan apa juga kisah yang cuba didedahkan oleh media mengenai dirinya.

"Kebebasan yang diamalkan oleh media Barat itu akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana pada akhirnya ia membentuk dan menyerlahkan lagi sikap hipokrasi masyarakat Amerika ke tahap yang tertinggi.

"Ini kerana siapakah mereka untuk mengutuk atau mencerca Islam sedangkan mereka sendiri tidak mengikut ajaran agama masing-masing dan tidak

berusaha mencari jalan untuk hidup bersama dengan aman malah lebih suka mencari keburukan orang lain. Adakah ini boleh menyelesaikan masalah?"

katanya.

Menurut Jermaine, Islam banyak menguraikan kekusutan jiwa pada dirinya kerana kesanggupan beliau merubah diri mengikut seperti yang diajarkan oleh Islam. Ia benar-benar memberi satu kehidupan baru yang lebih bermakna dan memberinya pandangan hidup yang lebih positif dan rasional.

Bercakap mengenai keluarga Jackson, Jermaine berkata, pelbagai ancaman yang diterima oleh keluarga beliau itu akhirnya dapat ditangani dengan baik.

"Mujur seluruh ahli keluarga saya mempunyai fikiran yang terbuka. Sebenarnya telah menjadi tradisi keluarga kami agar sentiasa membuat kawan dan bersahabat baik dengan sesiapa pun tanpa mengira perbezaan agama.

"Disebabkan amalan seperti inilah mungkin menyebabkan saya terbuka untuk mengenali Islam dan alhamdulillah ia memandu saya kepada kehidupan yang lebih baik," katanya.

Mengenai adiknya dan khabar-khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Micheal juga telah memeluk Islam, Jermaine berkata, beliau boleh mengesahkan adiknya itu belum lagi mengikut jejak langkahnya.

Menentang

"Micheal tidak memeluk Islam tetapi dia juga tidak menentang atau mencemuh Islam malah lagu-lagunya banyak mengajar supaya kita semua supaya berkasih sayang sebagaimana yang diajarkan oleh ibu bapa kami sebelum ini.

"Tetapi siapa tahu pada suatu hari Micheal akan memeluk Islam. Hanya masa dan takdir yang akan menentukan. Sebagaimana juga tidak ada sesiapa yang memaksa saya untuk memeluk Islam. Begitu juga kepada Micheal, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa untuknya memeluk Islam," katanya yang pernah berduet dengan adiknya dalam lagu yang begitu popular, Tell Me I'm Not Dreamin, pada tahun 1984.

Seorang lagi adik beliau yang juga sangat popular, Janet, sangat terkejut dengan pengislaman abangnya itu. Janet lebih melucukan kerana apabila sebut sahaja Islam, apa yang beliau tahu dan menjadi ketakutannya ialah soal poligami.

"Jadi, saya jelaskan kepadanya bahawa poligami itu sesuatu yang dibenarkan malah ia sebenarnya satu perkara yang mulia berbanding mempunyai hubungan sulit dengan ramai perempuan. Malah itulah yang berlaku kepada kebanyakan lelaki Barat yang telah berkahwin... mereka mempunyai hubungan sulit yang menyebabkan punca kerosakan moral dan menggugat kestabilan masyarakat.

"Jika seorang lelaki secara emosi terpikat dengan wanita lain maka ia patut menghalal dan menghormati hubungan itu dengan perkahwinan. Jika tidak, dia patut mempunyai seorang isteri sahaja," jelasnya.

Menurut Jermaine, setiap wanita dalam Islam umpama sekuntum bunga yang kembang mekar dalam sebuah taman larangan yang mesti dijaga dan dilindungi daripada sebarang makhluk perosak sekalipun yang bernama lelaki.

Lagipun, katanya, dalam seluruh populasi umat Islam di seluruh Amerika Syarikat, tidak sampai 10 peratus penganutnya yang mengamalkan poligami. Jadi, tidak ada sebab untuk adiknya itu berasa bimbang.

Melalui tiga perkahwinan sebelum ini iaitu dengan Hazel Gordy pada 1973, Margaret Maldonado 1988 (tanpa nikah) dan Alejandra Genevieve Oaziaza (1989), Jermaine mempunyai tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan.

"Mereka saya didik sepenuhnya berorientasikan ajaran Islam," katanya.

Walaupun Jermaine dikatakan sudah bercerai dengan Alejandra pada tahun 2004 namun ada versi yang mengatakan isterinya itu juga berminat dan sedang mempelajari Islam.

Begitu pun, beliau yang kini beristerikan Haleema Rasheed masih belum beroleh anak. Kini mereka memilih menetap di Dubai dan Bahrain dan masih giat melakukan pelbagai kegiatan seni yang berunsurkan Islam.

Baru-baru ini beliau bercadang membuka sebuah kompleks hiburan di Yerevan, Armenia yang turut memuatkan hotel, restoran dan syarikat televisyen yang kesemuanya berorientasikan Islam dan budaya tempatan.

"Insya Allah, semua adik-beradik saya terutama Micheal dan Janet akan hadir dan memberikan sumbangan bagi menjayakan kompleks itu," katanya penuh yakin.


posted by Blogger @ 2:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com