Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Abdullah mahu dalami taranum di Asia Barat
Monday, July 24, 2006
Utusan Malaysia, 24 julai 2006

Oleh: ZUNAIDAH ZAINON


MAJLIS Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-49 adalah penyertaan Abdullah Abd. Wahid kali ketiga.

TILAWAH al-Quran dikatakan sinonim dengan guru agama dalam kelompok usia pertengahan. Bagaimanapun, pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-49 di Stadium Malawati Shah Alam yang berakhir 15 Julai lalu, penyertaan golongan muda amat membanggakan.

Ketika remaja lain cenderung ke arah program realiti hiburan sebagai santapan jiwa dan nurani, ada sekumpulan remaja memilih untuk mempelajari al-Quran dan menimba ilmu demi meningkatkan mutu bacaan al-Quran. Situasi ini amat berbeza dengan sikap sesetengah ibu bapa yang sanggup berhutang bagi memastikan ada anak-anak mereka berjaya menjadi artis terkenal tanah air melalui beberapa program realiti hiburan.

Walaupun tidak berjaya pada penyertaan kali ketiga ini, Abdullah Abd. Wahid, 28, tetap akan terus menyertai tilawah al-Quran yang sudah menjadi minatnya sejak kecil. Beliau juga menyifatkan status sebagai pemenang tilawah adalah satu bonus selain ilmu yang berjaya diperoleh.

Malah pertandingan tersebut mendidik Abdullah menjadi seorang yang penyabar dan tekun menimba ilmu pengetahuan. Beliau menyertai tilawah al-Quran semasa di sekolah menengah pada 1994, 1995 dan 1996 hingga ke peringkat negeri. Seterusnya, beliau mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan buat pertama kali pada 2003 dan kemudiannya 2004.

“Saya tidak dapat menyertai pertandingan ini tahun lalu kerana sudah dua tahun berturut-turut mewakili Sabah. Jadi saya berehat sebentar dan kembali mewakili Sabah pada tahun ini,” ujar Abdullah yang bertugas sebagai guru Matematik di Sekolah Kebangsaan Tanjung Kapor, Semporna, Sabah.

Menceritakan detik awal yang mendorong minatnya tertumpah pada tilawah al-Quran, Abdullah berkata, segala-galanya bermula dari rumah. Tetapi pada masa itu, beliau belajar membaca al-Quran secara tidak formal atas bantuan ibu bapa.

Apabila memasuki alam persekolahan, beliau yang menunjukkan minat dan kebolehan kemudian mendapat bimbingan daripada guru agama untuk mempelajari asas taranum. Tidak cukup dengan itu, Abdullah turut mendengar lagu-lagu al-Quran dan meniru cara bacaan tersebut.

Setelah tamat sekolah menengah, beliau menyambung pelajaran dalam kursus pengajian Islam ke Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (Kusza), Terengganu selama dua tahun. Di Kusza, beliau mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada para pensyarah yang berkemahiran.

Namun, pengajian di Kusza terhenti separuh jalan disebabkan masalah kewangan. Ketika itu beliau agak menyesal kerana terpaksa berhenti dan secara tidak langsung membantutkan cita-cita awalnya menyambung pengajian ke Mesir.

“Saya pulang ke Sabah dan menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sandakan. Pada masa yang sama, saya turut mendapat tawaran daripada Darul Quran pada 2000 tetapi keluarga agak keberatan membenarkan saya belajar di Semenanjung kerana bebanan kewangan.

“Akhirnya saya memilih untuk belajar di Sabah dan menghabiskan diploma pendidikan selama tiga tahun dalam bidang Matematik,” kata anak sulung daripada tujuh beradik ini yang amat bersyukur dengan kehidupannya sebagai pendidik.

Atas bantuan keluarga dan ibu bapa, beliau menjadikan segala kekurangan sebagai tekad untuk berjaya dan berazam untuk meningkatkan ilmu dalam tilawah al-Quran.

Malah Abdullah, berhasrat mendalami bidang taranum di Asia Barat pada masa hadapan dengan qari yang lebih berpengalaman.

Dari segi fasahah dan tajwid, beliau lebih berminat dengan qari-qari dari Asia Barat kerana mereka mempunyai sebutan makhrij huruf yang fasih dan tepat. Beliau kini mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Ustaz Daud Che Man untuk meningkatkan mutu bacaan dan taranum sejak tujuh bulan lalu. Sebelum itu, beliau penah berguru dengan Ustaz Ahmad Ismail dari Kedah.

“Banyak lagi yang ingin saya pelajari terutama penjagaan suara. Saya dapati qari dari Indonesia mempunyai mutu suara yang bagus dan berhasrat untuk mengkaji petua-petua mereka menjaga suara agar bacaan lebih merdu.

“Tahun ini ada sedikit peningkatan sebab saya belajar secara lebih terperinci walaupun baru tujuh bulan,” ujarnya yang sentiasa memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan tidur yang cukup bagi menjaga mutu suara.

Abdullah juga berpendapat, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan peserta amat berguna terutama dari aspek fasahah. Ini disebabkan setiap surah yang diberikan mengandungi mesej tertentu yang menuntut penghayatan mendalam daripada para peserta.

Walaupun sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dalam tilawah al-Quran, beliau tidak lupa kepada kepentingan akademik. Abdullah kini melanjutkan pengajian secara jarak jauh di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di bawah tajaan Kementerian Pelajaran. Beliau mengakui dengan rendah diri bahawa masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk meningkatkan mutu bacaannya.

“Semakin banyak belajar, saya merasakan diri begitu kerdil. Sudah pasti saya akan terus berusaha untuk memajukan diri,” katanya yang menyimpan cita-cita untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di Mesir suatu hari nanti.

PROFIL

Nama: Abdullah Abd. Wahid

Umur: 28 tahun

Tarikh lahir: 31 Julai 1978

Asal: Tawau, Sabah

Akademik: Diploma Pendidikan (Matematik), Maktab Perguruan Sandakan, Sabah. Kini sedang melanjutkan pengajian secara jarak jauh di Universiti Terbuka Malaysia

Kerjaya: Guru Matematik di Sekolah Kebangsaan Tanjung Kapor, Semporna, Sabah

posted by Blogger @ 4:07 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com