Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ensiklopedia Nusantara: Syeikh Ahmad al-Fathani kaji ‘Utsmaniyah
Tuesday, July 18, 2006
Berita Harian, 18 julai 2006


SEPANJANG kajian saya, hanya seorang ulama dunia Melayu iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang menulis sejarah Kerajaan Turki 'Utsmaniyah.

Selain yang ditulis dalam bahasa Melayu, turut dihasilkan dalam bahasa Arab serta beberapa catatan khusus yang ada kaitan mengenai daulah Islam itu dengan kerja beliau sendiri.

Judul lengkap karya yang dibicarakan ialah Ad-Daulah al-'Aliyah at-Turkiyah al-'Utsmaniyah. Judul terjemahan ke bahasa Melayu oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri ialah Daulah yang amat tinggi yang bangsa Turki yang dibangsakan kepada 'Utsman".

Syeikh Ahmad al-Fathani selesai menulis kitab ini pada Isnin, 18 Syawal 1303/20 Julai 1886. Ini bererti karya ini lebih awal hampir setahun daripada karya gurunya, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, juga mengenai Turki 'Utsmaniyah yang diselesaikan pada 1 Ramadan 1304/24 Mei 1887.

Pada mukadimah, Syeikh Ahmad al-Fathani mengemukakan pandangan bahawa beliau sependapat dengan sebahagian ulama. Katanya: “Sudah muafakat ulama atas bahawa barang siapa memperhatikan pemerintahan segala daulah yang dibangsakan pada Islam, nescaya mengetahuilah ia akan pengetahuan yang putus, adalah Daulah 'Utsmaniyah itu perintahannya daripada seelok-elok perintahan segala daulah kemudian daripada Khulafa' ar-Rasyidin. Kerana bahawasanya mereka itu berpegang dengan Mazhab Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah. Lagi mereka itu menolong syariat dan membesar akan segala sahabat dan ahlu al-bait dan ulama dan solihin. Dan bagi mereka itu beberapa futuh (maksudnya: membuka negeri baru, pengarang) yang masyhur, dan jihad perang fi sabilillah yang amat banyak. Dan mereka itu mendiri akan syiar al-Islam istimewa dua Tanah Haram yang mulia. Dan bahawa bagi mereka itu beberapa sedekah dan kebajikan yang limpah."

Penutup mukadimah, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan: "Maka wajib atas tiap-tiap Muslim mendoakan bagi mereka itu dengan bahawa ditetapkan daulah mereka itu oleh Allah dan dikuatkan dia dan ditinggikan dia atas segala seteru agama Islam. Dan ditaufikkan dia bagi barang yang dikasih-Nya dan direda-Nya."

Satu catatan yang ditulis dengan bahasa Arab dalam Hadiqah al-Azhar, Syeikh Ahmad al-Fathani menyebut hubungan Turki 'Utsmaniyah dengan Aceh. Beliau berkata: "Adalah Aceh itu daripada golongan pengikut kekhalifahan yang agung, pada mereka panji-panji Turki 'Utsmaniyah yang berkibar di atas negeri itu. Mereka memiliki sebuah meriam daripada tembaga yang berwarna merah, panjangnya tiga belas hasta. Sultan Salim, Sultan Turki 'Utsmaniyah mengirim meriam itu kepada mereka. Yang mengirimnya juga satu angkatan Majidi. Selain itu juga terdapat sebuah nafiri (terompet) perang yang dibuat daripada perak. Tetapi meriam yang tersebut itu kemudian jatuh ke tangan Belanda ketika peperangan. Sekarang meriam itu ada di Betawi, di dalam muzium.”

Pada satu catatan dalam bahasa Arab juga, Syeikh Ahmad al-Fathani yang jika diterjemahkan bermaksud: "Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani, di antara kesan dan kebajikannya yang besar ialah mengadakan percetakan di Makkah, yang dinamakan Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Makkah al-Musyarrafah. Dicetak padanya pelbagai kitab ilmu pengetahuan untuk memperbanyak penyebaran ilmu di tempat turun wahyu itu. Peristiwa tersebut terjadi tahun 1300 hijrah/1882 masihi."

Catatan Syeikh Ahmad al-Fathani mengenai perkara itu sungguh menarik kerana beliau menyatakan bahawa percetakan Kerajaan Turki 'Utsmaniyah itu menggunakan tiga bahasa yang diutamakan iaitu bahasa Arab, Turki, dan Jawi (Melayu).

Daripada kenyataan itu, dapat diambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu daripada tiga bahasa yang paling berpengaruh di dunia Islam pada zaman itu.

Syeikh Ahmad al-Fathani mengakhiri sejarah Turki 'Utsmaniyahnya dengan khalifah pada zaman beliau iaitu Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani.

Dalam rangkaian ini pada bahagian yang agak akhir, Syeikh Ahmad al-Fathani menulis: "Dan pada tahun 1298 hijrah terjadi fitnah yang besar pada negeri Mesir, antara Muhammad Taufiq Basya, Raja Mesir, dengan Ahmad 'Arabi Basya kepala askar daripada ahli Mesir. Dan hadir pesuruhan Sultan menasihatkan Ahmad 'Arabi Basya. Maka tiada memberi manfaat yang demikian itu. Kemudian maka datang tentera Perancis dan tentera Inggeris di dalam beberapa kapal perang dengan dakwa hendak menolong Muhammad Taufiq Basya pada zahirnya. Kemudian maka memukul tentera Inggeris akan negeri Iskandariah. Dan hasil peperangan beberapa kali pada darat. Dan tewas Ahmad 'Arabi Basya, kemudian ditangkapkan dia. Dan tentera Inggeris dan Muhammad Taufiq Basya masuk ke Mesir. Dan dimusafirkan Ahmad 'Arabi Basya dan beberapa orang sertanya kepada pulau Ceylon. Demikian dimusafirkan beberapa ulama."

Terakhir, Syeikh Ahmad al-Fathani menceritakan kebangkitan Syeikh Muhammad bin Ahmad di Sudan. Syeikh Muhammad bin Ahmad adalah seorang Syeikh Thariqat yang ramai pengikutnya. Golongan ini berperang melawan Inggeris kerana menegak kebenaran dan mendirikan agama Islam.

Kata Syeikh Ahmad al-Fathani: "Dan mereka itu mengalahkan Inggeris pada kebanyakan peperangan hingga sekarang ini (ketika Syeikh Ahmad al-Fathani menulis sejarah ini, tahun 1303 hijrah) tiada juga lemah tentera Muhammad bin Ahmad."


posted by Blogger @ 8:01 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com