Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ajaran Rufaqa’ ‘sesat’
Tuesday, November 28, 2006
Berita Harian, 28 november 2006


Jais ada bukti amalan pengikut mirip al-Arqam: Exco

SHAH ALAM: Pertubuhan Rufaqa' yang didakwa cuba menghidupkan semula kumpulan al-Arqam, dikesan mengamalkan ajaran lebih berbahaya dan menyesatkan termasuk menganggap Ashaari Muhammad, bekas pemimpin kumpulan yang diharamkan pada 1994 itu, sebagai wali atau sahibul zaman.

Pengikut pertubuhan itu juga dikatakan mempercayai Ashaari mendapat ilmu secara langsung daripada Rasullullah manakala pengasas ajaran Aurad Muhammadiyah, Syeikh Muhammad as-Suhaimi dianggap sebagai Imam Mahdi.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar), pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, berkata siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapati beberapa ciri amalan pengikut Rufaqa’ mempunyai persamaan dengan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan al-Arqam.

“Berikutan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 2 Oktober lalu memutuskan ajaran Pertubuhan Rufaqa' menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman (BN-Taman Templer) sama ada kerajaan Selangor sedar mengenai kewujudan kumpulan serpihan al-Arqam yang bergerak atas nama Rufaqa' Cooperation Sdn Bhd.

Menjawab pertanyaan tambahan Datuk Zainal Abidin Sakom (BN-Batang Kali), Abdul Rahman berkata, kerajaan akan mempercepatkan pewartaan fatwa mengenai pengharaman ajaran Rufaqa', satu pertubuhan yang diketuai Ashaari.

Sabtu lalu, Jais menahan kira-kira 100 orang di sebuah rumah kedai di Seksyen 13 dekat sini, termasuk empat ahli perniagaan berusia 40-an yang dipercayai cuba mengamalkan semula amalan kumpulan al-Arqam.

Empat ahli perniagaan itu yang digelar ‘sheikh' di kalangan pengikut Rufaqa’, juga dikatakan bekas pengikut al-Arqam.

Setiausaha syarikat Rufaqa’, Zulkifli Awang Kechik, kelmarin bagaimanapun menafikan pertubuhan itu cuba mengamalkan semula ajaran Aurad Muhammadiyah.

Bercakap kepada pemberita selepas DUN ditangguhkan, Abdul Rahman berkata, premis yang diserbu Jais Sabtu lalu dikesan dijadikan pusat merekrut ahli baru dan diberi taklimat pada setiap Sabtu sebelum dibawa menemui Ashaari di Nilai Springs.

Katanya, Jais sudah ada bukti untuk mendakwa mereka yang terbabit dan akan menghantar laporan penuh kepada Ketua Polis Negara serta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Abdul Rahman berkata, Jais juga akan meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran sesat yang dibawa Pertubuhan Rufaqa'.

Katanya, fatwa sedia ada hanya mengenal pasti ajaran al-Arqam sebagai sesat dan diharamkan, tetapi tidak membabitkan ajaran yang diamalkan pengikut Pertubuhan Rufaqa'.

"Jika perlu, kerajaan Selangor mahu mencadangkan Kerajaan Pusat mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap (bekas pemimpin) al-Arqam yang menggunakan Rufaqa' sebagai `topeng'," katanya.

Abdul Rahman berkata, walaupun ajaran Aurad Muhammadiah tidak secara terang cuba dihidupkan semula Pertubuhan Rufaqa', bekas pengikut al-Arqam dikesan terbabit secara langsung termasuk menjual buku bertajuk Abu Ashaari Muhammad - Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya yang ditulis isteri pertama bekas pemimpin Al-Arqam itu, Khadijah Aam.

"Kita tidak menyentuh (pengikut) Rufaqa' yang terbabit dalam perniagaan kerana ia memang dibolehkan tetapi kita sentuh individu yang terbabit secara langsung dalam usaha menghidupkan semula ajaran itu," katanya.

Abdul Rahman juga meminta Kerajaan Pusat mengharamkan buku tulisan Khadijah yang dipasarkan sejak empat bulan lalu kerana bimbang ia akan menyelewengkan akidah umat Islam.

Beliau berkata, Jais turut mengesan lapan ajaran sesat lain disebarkan di Gombak, masing-masing empat ajaran di Petaling dan di Hulu Langat, Klang (tiga) dan setiap satu di Sepang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Antara ajaran sesat itu ialah Tarekat Ismail Bonjol, Selimut Putih, Ilmu Hakikat, Ajaran Abdul Kahar, Ghazali Bin Othman dan Syiah.
posted by Blogger @ 8:40 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com