Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Saddam disemadi -- Dunia Arab anggap hukuman mati balas dendam AS, tidak adil
Monday, January 01, 2007
Utusan Malaysia, 1 Jan 2007


SEBAHAGIAN penyokong Saddam Hussein menziarahi pusara bekas Presiden Iraq yang
SEBAHAGIAN penyokong Saddam Hussein menziarahi pusara bekas Presiden Iraq yang disemadikan di tanah kelahiran beliau di Awjah, Iraq kira-kira 180 kilometer dari utara Baghdad, semalam.
disemadikan di tanah kelahiran beliau di Awjah, Iraq kira-kira 180 kilometer dari utara Baghdad, semalam.

TIKRIT 31 Dis. – Jenazah Saddam Hussein selamat dikebumikan awal hari ini di kampung halamannya, Awjah, utara Iraq - 24 jam selepas beliau digantung dalam keadaan tergesa-gesa pada hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kira-kira 2,000 rakyat Iraq membanjiri kawasan itu - sambil ada yang meratap, menangis dan berteriak slogan anti-Amerika.

Dunia Arab menganggap Amerika Syarikat (AS) seolah-olah menjadikan Saddam sebagai ‘haiwan korban’ walaupun negara itu menegaskan ia tidak ‘campur tangan’ dalam soal hukuman ke atas bekas Presiden tersebut.

‘‘Saddam telah dibawa ke tali gantung seolah-olah beliau seekor biri-biri yang menanti untuk disembelih.

‘‘Isu utama di sini bukannya hukuman ke atas Saddam tetapi pemilihan hari pelaksanaan hukuman tersebut, iaitu pada Hari Raya Korban bagi umat Islam,’’ kata penyelidik kanan Pusat Kajian Strategik Ahram yang berpangkalan di Kaherah, Emad Gad.

Mereka melihat hukuman mati ke atas Saddam itu bermotifkan politik, balas dendam dan tidak adil.

‘‘Saya mengutuk cara dia dihukum mati dan saya anggap ia sebagai satu jenayah,’’ kata Salam Hassan al-Nasseri, 45, salah seorang kaum kerabat Saddam.

‘‘Kebangkitan semangat kebangsaan Arab tidak boleh dielakkan lagi dengan darah,’’ kata Mohammed Natiq, pelajar kolej berusia 24 tahun.

‘‘Saddam di mata saya adalah seorang wira,’’ kata Um Abdullah, seorang guru dari sini, sambil menambah “Saya ada lima orang anak dan saya akan mengajar mereka untuk membalas dendam terhadap Amerika.’’

Saddam dikebumikan pada pukul 4 pagi (9 pagi waktu Malaysia) di dalam sebuah bangunan yang dibina di tengah Awjah di sini semasa pemerintahannya dulu, kata Musa Faraj, salah seorang anggota keluarga Saddam.

Kedua-dua anak lelaki Saddam, Uday dan Qusay yang dibunuh oleh tentera penceroboh di Mosul pada Julai 2003 turut dikebumikan di Awjah. Kubur Saddam terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan kedua-dua anaknya. Awjah dalam wilayah Salaheddin, terletak 180 kilometer di utara Baghdad.

Kata Musa, pengebumian itu dihadiri oleh gabenor wilayah Salaheddin, Hamed al-Shakti dan Ali al-Nida, ketua puak Abu Nasir serta beberapa anggota puak.

Hamed dan Ali merupakan sebahagian daripada delegasi yang berlepas ke Baghdad semalam bagi menuntut jenazah bekas pemimpin Iraq yang menjalani hukuman gantung sampai mati awal pagi semalam.

Menurut Musa, pihak keselamatan telah menutup bandar Tikrit semalam bagi melarang penduduk awam menyertai majlis pengebumian di Awjah.

Pada 5 November lalu Saddam dijatuhi hukuman mati selepas sebuah mahkamah Iraq mendapati beliau bersalah membunuh 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982 berikutan cubaan membunuhnya.

Hukuman mati itu disahkan oleh panel kehakiman pada 26 Disember lalu dan hukuman ke atasnya dijalankan di sebuah pusat perkhidmatan perisikan di Kadhimiyah di utara Baghdad.

Sementara itu, laporan AFP dari Kaherah menyatakan sentimen kebencian terhadap Barat oleh dunia Arab semakin memuncak ekoran hukuman ke atas Saddam itu.

Malah, Arab Saudi dan Mesir yang menjadi sekutu rapat Barat turut menyatakan bantahan terbuka mengenai pemilihan hari untuk melaksanakan hukuman gantung terhadap Saddam.

Penduduk Arab dan dunia Islam merasakan tindakan menggantung Saddam pada Hari Raya Korban itu sebagai satu penghinaan untuk agama suci tersebut.

Editor eksekutif stesen Al-Arabiya yang berpangkalan di Dubai, Nabil Khatib berkata, rakaman video pelaksanaan hukuman itu akan mencetuskan semula kemarahan dan kekecewaan di kalangan sebahagian besar penduduk dunia Arab.

‘‘Untuk ke sekian kalinya, penduduk Arab merasakan wujud sekali lagi konspirasi untuk menentang simbol mereka,’’ kata Nabil.

Menurutnya, perasaan itu akan lebih bersemarak kerana bukan semua penduduk Arab membenci bekas pemimpin Iraq itu seperti yang digambarkan oleh dunia Barat khususnya AS.

Kata Nabil, di kalangan penduduk biasa dunia Arab, bekas Presiden Iraq itu berjaya menonjolkan dirinya sebagai wira.

‘‘Beliau dianggap sebagai pemimpin yang berani berhadapan dengan ancaman luar bagi pihak dunia Arab terutama apabila beliau berperang dengan Iran dan melancarkan peluru berpandu terhadap Israel,’’ kata Nabil lagi.

Iran bukannya kelompok dunia Arab kerana penduduknya berketurunan Parsi.

Samer Hamzeh, konsultan berita untuk Dubai Media Incorporated pula memberi amaran yang sedutan rakaman video Saddam ke tali gantung itu bakal mencetuskan keganasan.

‘‘Ia bukan gambar yang biasa kita tonton di televisyen setiap hari. Ia merupakan satu sejarah yang penuh emosi.

‘‘Selalunya kesan kepada pengaruh emosi itu tidak timbul serta-merta, ia akan berkembang sedikit demi sedikit,’’ tegas Samer.

Mesir yang menjadi penerima bantuan terbesar AS selepas Iraq dan Israel pula secara terbuka mengkritik pemilihan tarikh untuk menggantung Saddam itu.

‘‘Mesir kesal dengan fakta pihak berkuasa Iraq melaksanakan hukuman ke atas Saddam Hussein pada hari sambutan Aidiladha,’’ kata jurucakap Kementerian Luar, Alaa al-Hadidi kepada agensi berita MENA.

Media rasmi Arab Saudi turut melahirkan kritikan yang sama dengan mengatakan ia terkejut dan kecewa dengan pemilihan tarikh pelaksanaan hukuman itu.

‘‘Sepatutnya hari itu adalah untuk perdamaian dan bukannya mencetuskan kemarahan orang ramai,’’ tegas Saudi Press Agency.

– Agensi

Labels:

posted by Blogger @ 7:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com