Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Rakyat Semakin Terbeban di hujung tahun 2006
Wednesday, December 27, 2006

Tahun 2006 semakin berada dipenghujung. Tirai 2006 bakal dilabuhkan dan tirai baru 2007 bakal menjelma. Berbagai persitiwa berlaku sepanjang tahun 2006 ini. Bagi penulis rakyat semakin terhimpit dan terbeban dengan dasar-dasar dan polisi kerajaan yang hanya mahukan rakyat sahaja berkorban. Musibah banjir di penghujung tahun menambahkan derita dan beban yang tidak kunjung habis dipikul oleh rakyat.

Beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Aiduladha atau Hari raya Korban. Di negara kita iaitu Malaysia Hari Raya Korban tetah ditetapkan pada hari Ahad iaitu 10 Zulhijjah bersamaan 31 Disember 2006.

Umat Islam bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah SWT selama empat hari iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjjah iaitu pada Hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik kerana bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka. Dalam pada itu sebahagian lagi umat Islam pula akan sibuk menyambut kedatangan tahun baru 2007 dalam kalender masehi yang jatuhnya sehari selepas Hari Raya Korban.

Sebagai umat Islam, kita mengharapkan Umat Islam tidak menyambut tahun baru 2007 nanti dengan budaya mungkar yang penuh maksiat seperti konsert, jom heboh dan seumpamanya. Program mentor, juara antara juara yang cuba membudayakan remaja kini amat memalukan dengan penyanyi dan penarinya yang terloncat-loncat dan tidak menjaga aurat mereka. Apa nak jadi dengan remaja Malaysia kini jika ini budaya yang ingin dipaparkan oleh media massa utama kita.

Peristiwa banjir yang melanda beberapa negeri di selatan Semenanjung Malaysia menyaksikan ramai rakyat yang menderita. Saya yakin dan percaya sambutan Hari Raya Korban dan Tahun Baru 2007 pada tahun ini tidak akan disambut dengan gembira seperti tahun-tahun sebelumnya oleh mereka yang menyambutnya. Masing-masing mangsa banjir sibuk membersihkan dan membetulkan rumah dan peralatan yang rosak akibat banjir.

Tambah membebankan ialah sesi persekolahan 2007 akan bermula pada 3 januari 2007 nanti. Selain itu penduduk Malaysia juga dihadiahkan dengan kenaikan tol di lima lebuhraya utama yang mencecah sehingga 60%. Bantuan yang diterima oleh mangsa banjir tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan kerosakan dan kemusnahan yang mereka alami akibat banjir yang terburuk dalam masa 100 tahun ini.

Walaupun nilai ringgit semakin mengukuh dengan pengapungannya berbanding dollar Amerika. Harga minyak dunia yang telah turun. Rakyat masih lagi dibebani dengan harga minyak yang mahal. Rakyat telah berusaha menuntut harga minyak diturunkan dengan mengadakan ”Protes hingga turun” tetapi harga minyak tetap kekal dan tidak turun-turun.

Kenapa harga minyak tidak diturunkan? Sedangakan jika ia diturunkan akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan dapat mengimbangi kesan kenaikan harga barang-barang keperluan mereka.

Akhirnya kita mengharapkan Umat Islam akan dapat menjalankan ibadat Korban pada Hari Raya Haji ini dan menghayati konsep Korban itu sendiri, begitu juga kepada sebahagian umat Islam yang berada di Makkah dapat menunaikan Haji Akhbar pada tahun ini dan mendapat haji yang mabrur.

Wallahua’lam...

Labels:

posted by Blogger @ 2:59 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com