Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.
Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.
"Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam":
Blogger
28 Ogos 2005
Fatwa Pengharaman Anti-hadith
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada' dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12
Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada
wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca
kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari
golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai
sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah
difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal
'iya zubillahi min zalik.
Fatwa Mufti Perak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Gerakan Anti-hadis
Isu :
"A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –
(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam
al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;
(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis
oleh Dr. Rashad Khalifa,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta
mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku
tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai
sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan
mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian
sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan
aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh
menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu
kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islamiah.
Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
"Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2
Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti
berikut
C. OLEH YANG DEMIKIAN –
(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu –
Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer
Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan
berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-
ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World";
(b) mencetak, menerbitkan, memiliki,
menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan
buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau
variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang
bertujuan memberikan publisiti
kepada mana-mana buku itu,pada atau
atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa
media; atau
(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana
Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan
atau mengembangkan kumpulan sedemikian."
Oleh Ahmad Lutfi Othman Saya sering membandingkan senario pilihan raya 1999 dengan realiti pilihan raya ke-12 dari jumlah dan kekerapan terbitan Harakah. Ketika tuntutan reformasi memuncak, Harakah diterbitkan dua kali sebulan manakala jumlah cetakannya - pada saat puncak - lebih 300,000 naskhah.
Kini, Harakah dicetak dua kali sebulan, yakni sekali dalam tempoh 15 hari, dan jumlah cetakannya sekitar 150,000 naskhah, iaitu kurang daripada separuh berbanding zaman kegemilangannya dulu. Pada 1999, PAS mempertahankan Kelantan dengan jumlah kerusi yang cukup selesa, dan berjaya menawan Terengganu, juga dengan penguasaan kerusi yang begitu menakjubkan. Di negeri-negeri lain, misalnya Kedah dan Pahang, PAS boleh dikira mencipta kejutan. Yang lain-lainnya sudah menjadi rakaman sejarah.
Selain Harakah dicetak lebih kerap dan edarannya lebih meluas, pasaran buku-buku politik dibanjiri karya-karya kritis, terutama mengulas fenomena Anwar Ibrahim. Saya kira lebih seratus buku politik popular diterbitkan, malah sebuah buku saya, Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik dicetak lebih 100,000 naskhah (separuh daripadanya dicetak rompak!).
Oops, saya tak mahu terus mengulangi fakta-fakta yang memedihkan untuk dikenang. Pendek kata, saya mahu berterus-terang saja, jika tiada usaha dibuat, dengan kadar segera, supaya maklumat dapat disebarluaskan, maka keputusan pilihan raya ke-12 sudah dapat dijangkakan. Masa masih ada, peluang tetap terbuka, cuma bersediakah mencari jalan keluar, memastikan setiap pengundi dapat membaca intipati akhbar Harakah ataupun kandungan penting harakahdaily, misalnya, termasuk bahan-bahan bermutu laman-laman web dan blog lainnya. Suka saya kutip saranan Iskandar Abdul Samad, Ketua PAS Pandan: "Mengedar risalah adalah cara yang paling mudah untuk membantu PAS. Fotokopi artikel yang sesuai dari Harakah. Mungkin hanya 10 keping dan edarkan kepada 10 buah rumah. Edarkan kepada rumah yang sama setiap kali dan secara berterusan seperti dua minggu sekali. Jika terdapat 1,000 orang ahli yang melakukannya maka 10,000 risalah akan diedar setiap kali!"
Saya turut tertarik saranan Husam Musa ketika saya berkunjung ke rumahnya baru-baru ini. Beliau mahu aktivis PAS menggerakkan satu mekanisme untuk menyalurkan secara percuma Harakah ke rumah-rumah pengundi yang tidak membaca Harakah. Ya, kita cetak lebihan 150,000 lagi naskhah Harakah (angka ini mungkin terlalu besar, okey kita kurangkan kepada 50 ribu naskhah) dan edar percuma kepada pengundi atas pagar, khususnya di kawasan-kawasan target! Soalnya, siapa yang bersedia membuat agihan dari rumah ke rumah itu?
Mungkin boleh runding dengan pengurusan Harakah, asalkan tidak terjejas jualan sedia ada, apa salahnya jika Harakah hanya dibayar kos percetakannya, ataupun dibuat potongan 50 peratus dari harga jualan RM2.50.
II. Perang siber lebih mudah untuk dikuasai pembangkang
Semasa mengadakan pertemuan dengan teman-teman wartawan Harakah dari seluruh negara di Teluk Kemang pada 29 dan 30 Jun lalu, beberapa kali saya tekankan tentang tarikh pilihan raya yang pastinya makin hampir dan ia hanya diadakan ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merasakan itulah masa terbaik untuk Umno-BN mengulangi kejayaan gemilang 2004.
Dalam erti kata lain, pilihan raya umum ke-12 akan diadakan ketika pembangkang, bagi pandangan Abdullah, berada dalam kedudukan paling lemah dan meletakkan barisan oposisi, terutama sekali Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan bertahan dan terpaksa menjawab pelbagai asakan (mungkin dari bekas teman-teman lamanya sendiri), yakni bukannya dalam posisi menyerang.
M pun banyak keterbatasan ImageApa pun Abdullah juga mempunyai keterbatasan. Pilihannya tidak banyak. Benar, beliau boleh menerajui negara sehingga pertengahan 2009, iaitu lebih kurang dua tahun lagi, tetapi menunggu lebih lama bererti Abdullah terpaksa menempuh risiko lebih mencabar. Dan Abdullah bukannya orang yang sanggup meredah pelbagai kemungkinan yang tidak menentu, terutama selepas Anwar dibebaskan daripada bebanan sebagai 'bekas banduan'.
Dalam pertemuan dua hari itu, warga Harakah cuba menggariskan beberapa perancangan membantu parti berdepan pilihan raya yang dijangka diadakan sebelum hujung tahun. Mulanya disebut Ogos, kemudian dianjak kepada awal September, walaupun lebih ramai meramalkan sekitar November, sebelum penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci.
Menyedari keterbatasan Harakah selepas diterbitkan sekali dalam tempoh 15 hari sejak tahun 2000, kami lebih menumpukan usaha untuk mengangkat martabat harakahdaily, malah laman web itu akan menjadi keutamaan, terutama bagi menangkis fitnah dan tohmah Umno-BN. (Ramai mencadangkan ia sepatutnya lebih banyak membongkar dan mendedahkan isu-isu panas dan sensasi, berbanding laporan kegiatan parti).
Namun, dunia siber masih belum dapat "dirakyatkan" sepenuhnya. Maklumat dan analisis melalui laman-laman web tidak berupaya untuk dikongsi secara merata oleh semua lapisan masyarakat. Bukan hanya penduduk luar bandar terhalang, golongan terpelajar dan aktivis parti politik pun tidak begitu mengambil hirau "peperangan" dalam internet.
Media cetak masih tidak terlawan pengaruhnya.
Paling sengit
Begitu pun, berbanding pilihan raya terdahulu, pilihan raya ke-12 dijangka menyaksikan perang siber paling sengit di Malaysia. Justeru, segala persiapan harus segera ditingkatkan, tidak terhad sekadar memuatkan bahan berita dan artikel berkualiti, malah aspek-aspek teknikal bagi memastikan laman-laman web dan blog pro-pembangkang tidak mudah digodam hendaklah diberi prioriti.
ImageSemasa kempen pilihan raya Mac 2004 misalnya, harakahdaily menjadi sasaran utama untuk disabotaj oleh tukang-tukang kempen BN, dan hasilnya mereka berjaya menimbulkan masalah yang cukup besar sehingga ia begitu sukar dikunjungi di saat rakyat Malaysia amat perlukan pandangan kedua.
Saya masih ingat, menjelang hari pengundian, harakahdaily boleh dianggap gagal sepenuhnya untuk berperanan sebagai media alternatif bagi menyalurkan maklumat yang diperlukan pengundi. Petugasnya sendiri sukar untuk mengemaskinikan berita yang bertali-arus ketika itu. Dan Abdullah yang mengetuai kempen BN buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum selesa menabur pelbagai slogan tanpa sanggahan keras media alternatif.
Namun kini pembangkang tidak banyak pilihan. Kita harus tegak berdada dengan pelbagai propaganda jahat BN, halus atau kasar, yang akan memenuhi dada akhbar dan siaran berita radio, tv.
Semua pihak dalam pembanagkang akur akan kepentingan dan keperluan media, sekurang-kurangnya untuk menyalurkan maklumat, pandangan dan mesej parti kepada rakyat supaya mereka dapat menilai isu-isu berbangkit secara adil. Soalnya, apakah segala langkah perlu yang boleh kita usahakan telah digerakkan?
Amat malang pengundi di Malaysia apabila media utama memadamkan terus liputan kegiatan pembangkang, hatta kandungan manifesto pada setiap kali pilihan raya umum pun tidak dapat dijelaskan.
Malah syarikat-syarikat akhbar besar (dahulu akhbar Cina agak bebas, kini mereka juga dikongkong walaupun tidak sekeras akhbar Melayu dan Inggeris) tidak bersedia untuk menyiarkan iklan berbayar manifesto parti-parti alternatif kerana sebaik Parlimen dibubarkan maka markas gerakan kempen BN sebenarnya, tanpa sedar, sudah berpindah ke bilik-bilik berita stesen tv dan akhbar perdana negara ini. Mereka dapat beroperasi 24 jam sehari di kala Harakah hanya diterbitkan 15 hari sekali, yakni paling maksimum dua keluaran semasa tempoh kempen.
Mencari impak politik luar biasa Kandungan Harakah boleh ditebalkan, daripada 72 halaman sekarang kepada, misalnya 80 atau 88 muka surat, tetapi ia tidak membawa apa-apa impak politik yang luar biasa disebabkan keperluan utamanya adalah untuk segera menjawab isu-isu berbangkit. Dengan masa berkempen yang cukup pendek (ingat, pada Mac 2004 tempohnya tidak pun sampai 8 hari), anda sendiri sudah dapat membayangkan apalah yang Harakah boleh sumbangkan dalam saat-saat kritikal itu. Apa pun, perang belum berakhir (sebenarnya secara rasmi belum pun bermula), masih banyak ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan. Image Sekarang bukan masa untuk berkeluh-kesah (menyedari ramai mengkritik tulisan saya yang mereka sifatkan sebagai mengalah sebelum bertarung!), jalan keluar terbentang luas jika kita kreatif dan bersungguh-sungguh untuk menemukannya.
Realitinya pemerintahan Abdullah cukup rapuh penuh berongga. Beliau seperti membiarkan negara berjalan sendiri sambil menghabiskan masa dengan melancong dan bersiar-siar, membuatkan ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya yang memerintah negara.
Harap-harap tiada musibah besar melanda (seperti isu serangan terhadap ringgit pada 1997) kerana dibimbangi Abdullah tidak tidak berupaya (malah mungkin tidak menyedarinya) menangani hal-hal besar seumpama itu.
Ketika isterinya, Allahyarham Endon Mahmud sakit tenat dahulu dan kerap mendapat rawatan di luar negara, Abdullah diberitakan hilang fokus dan kawalan terhadap tugasan hariannya, menyebabkan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak mula mencari 'kesempatan', kini selepas beristeri baru, beliau masih dengan tabiat lamanya.
Manfaatkan sepenuhnya ketempangan Pak Lah
Jika Abdullah menjadi faktor utama BN mencapai kejayaan gemilang 2004 sekali gus menebus 'dosa' Mahathir pada pilihan raya 1999, saya percaya, jika kena strategi dan 'baik pelurunya', pembangkang boleh memanfaatkan sepenuhnya segala kelemahan dan ketempangan Perdana Menteri. Dan itulah yang amat dibimbangi jentera kempen BN kali ini.
Kepalsuan janji-janji manis Abdullah di awal pemerintahannya tidak sukar untuk dibuktikan kerana rakyat sendiri sudah berkata-kata mengenainya, cuma ia memerlukan satu pendekatan lebih teratur untuk 'dilancarkan' dalam bentuk kempen yang menarik ke seluruh negara. Kerajaan sudah menyedari bahaya laman web dan blog politik, sekurang-kurangnya sebagai satu saluran efektif kepada siapa saja yang tidak berpuas hati, terutamanya pihak dalam pemerintah sendiri, meluahkan (lebih berbahaya, mendedahkan) kritikan, tanpa diketahui identiti mereka. Kes Raja Petra Kamaruddin dan Nathaniel Tan hanya permulaan.
Perang siber ini tidak mudah diredakan, gejolaknya sudah membahang dan kita tidak boleh memandang remeh perkembangan tersebut. Jentera penerangan PAS di semua peringkat harus bertindak proaktif menyebarluaskan bahan-bahan yang 'tersimpan' dalam internet, termasuk dalam laman-laman blog yang beribu jumlahnya.
Banyak bahan menarik yang terus tersembunyi di dunia maya, dan kita perlukan usaha sistematik untuk 'merakyatkannya'. 'Berdosa' kita membiarkan tulisan berkualiti itu terpendam tanpa dapat dimanfaatkan. Saya yakin Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mempunyai banyak idea untuk dilaksanakannya.
III. Umno menunggu masa untuk bergolak semula
ImageRAMAI tukang ramal tersasar. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi belum menjelajah ke seluruh negara - malah kerap hilang daripada tugasan rasminya - tarikh pilihan raya masih dijangka sekitar November, atau paling lewat Februari 2008.
Rasanya Ogos berlalu begitu saja. Yang kelihatan ligat rasmikan mesyuarat Umno Bahagian, Najib Razak manakala percutian terbaru Abdullah seakan misteri.
Khairy Jamaluddin pula cuba tunjuk akrab dengan TPM hinggakan gambar Najib bersama Altantuya, hasil imiginasi Tian Chua, diperbesarkan dengan nada mahu menguburkan KeADILan. Sebelumnya ramai tidak tahu hal gambar itu tetapi kini seluruh negara bercakap mengenainya. Ya, sokong membawa rebah.
Khairy menunggu masa ketuanya, Hishamuddin Hussein bertanding naib presiden Umno, membolehkan beliau menerajui Pemuda. Saingannya, mungkin Dr Khir Toyo atau Mukhriz Mahathir, tetapi selagi ada mentua di sebelah, segalanya mudah.
Laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd Taib bersama rakan-rakan senatornya terhadap pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin memberi isyarat jelas, susulan penangkapan Nathaniel Tan, bahawa perang siber menjelang pilihan raya umum sudah bermula. Umno yang angkuh dengan monopoli kuasa terbukti cukup alergik dengan suara kritik.
Zahirnya saja tenang
Negara kita zahirnya nampak tenang, walhal Umno menunggu masa untuk bergolak semula. Pemerintahan Abdullah penuh ketirisan dan bercelaru. Mujur sistem perkhidmatan awam kita agak kemas. Harapkan pemimpin politik, boleh terlungkup dan bankrap tanahair tercinta. Jampi palsu "maju dan selamat" BN menghampiri tarikh luput. Senaraikan janji-janji manis Abdullah sewaktu menggantikan Mahathir, satu demi satu ia terbukti palsu. Saya telah tunjukkan bahawa jaminan projek besar akan diagihkan secara telus bohong semata-mata. Hampir semuanya rundingan terus, digilirkan antara jerung kroni.
Logiknya Umno tidak perlu bimbang. Media mereka sendiri membayangkan pembangkang hampir lumpuh. Anwar terperangkap masalah dalaman, PAS pula sibuk mempertahankan Kelantan yang kini bagai telur di hujung tanduk.
Anak muda kampus diserkup bukan lagi Auku tetapi macam-macam peraturan gila memasung kebebasan. Kakitangan awam sudah mendapat durian runtuh. Islam Hadhari masih memikat orang kampung. Apa pun, melihat serangan khusus menyekat sisa-sisa ruang terbuka di dunia siber, kita tertanya-tanya benarkah Umno-BN betul-betul bersedia menghadapi pilihan raya? Atau ia hanya pandangan luaran sedangkan tampalan kepada kebocoran dalam Umno tidak dapat bertahan lama?
Internet bagai bom jangka apabila banyak rahsia mudah didedahkan. Siapa saja yang bermaklumat, termasuk orang di koridor kuasa, boleh meledakkan info yang bakal menggegarkan negara.
Mungkin juga pihak perisikan maklum bahawa keresahan rakyat hanya dapat dipendam tapi bila-bila masa, jika ada faktor baru, boleh menggelegak. Abdullah yang mulanya disokong hebat, kemudian dikasihani, akhirnya mungkin ditempelak. Najib nampak lebih bergaya, tapi sejak mula peribadinya tercalar teruk.
Lapisan ketiga kepimpinan negara seakan dikuasai kelompok kebangsawanan baru (Hisham, Khairy), menyebabkan jurang kaya-miskin, desa-kota, Melayu-Cina semakin jauh dan dalam.
Raja Petra kecutkan Mat Taib
Soalnya, apa pendekatan terbaik berdepan situasi sulit ini? Reaksi Raja Petra mengecutkan Mat Taib. Tiada petanda beliau hanya bertahan sebaliknya terus menyerang dengan lebih 'ganas' sambil membongkar salah laku bekas MB Selangor itu.
Nazri Aziz di Parlimen memberi amaran, kerajaan sudah hilang sabar berdepan laman dan blog politik yang menyalurkan suara alternatif. Habis media cetak dicincang, kini ruang sekecil kuku pun mahu dicabul.
Penguasa, khususnya Abdullah, harus lebih waras dan bijaksana mengatur langkah. Pengamal media alternatif juga beretika. Kami di harakahdaily walaupun tidak ditindas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (akta lain masih menganga), tetap menjunjung prinsip kebenaran.
Tiada beza suntingan bahan siaran Harakah dengan posting harakahdaily. Ramai bersungut Harakah tidak menyengat, antaranya kerana kami terpaksa lebih berhati-hati memandangkan pengganti Mahathir sering bertindak lebih keras di sebalik senyum manisnya.
Usaha membekalkan maklumat sahih termasuk membongkar salahlaku dan skandal elit pemerintah tidak wajar terhenti dengan asakan ini. Suara senyap majoriti rakyat harus dilaungkan selantang mungkin. Mereka memerlukan media yang bukan hanya berani tetapi juga profesional dan bertanggungjawab.
Moga ancaman terancang untuk melenyapkan keberkesanan media alternatif ini ditentang semampu mungkin. Usah ulangi episod duka apabila kita sekadar memerhati Harakah dipancung 7 tahun lalu.
* Artikel ketiga ini sebenarnya dikutip dari Harakah keluaran terkini.