Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

PESANAN TERAKHIR ASY-SYAHID AL-IMAM HASAN
Friday, July 22, 2005

PESANAN TERAKHIR ASY-SYAHID AL-IMAM HASAN

Majalah al-mabahits dalam edisi 16 Februari 1951 telah menyiarkan pesanan asy-syahid imam Haasan al-Banna yang ditujukan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada ikhwanul muslimin. Menjadi pendokong Islam bukanlah semudah menelan air dari bibir ke kerongkong tetapi ianya memerlukan suatu usaha yang besar dan luas, fikiran yang matang dan terbuka, ilmu yang kukuh dan ketabahan yang tinggi serta kekuatan aqidah yang tidak boleh digugat oleh sesiapa.

Pendokong-pendokong Islam tidak akan kecut dengan ugutan, tidak akan menangis dengan kesakitan, tidak akan tersinggung dengan cacian, tidak akan mengeletar dan lari dari cubaan dan halangan yang mereka hadapi. Pejuang-pejuang Islam adalah penyeru agama sebenar dan adalah manusia kebal dengan iman. Pengorbanan mereka hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya. Bagi pejuang Islam ingatlah, bahaya ujian dan cabaran tidak akan lari dari muka perjuangannya.

Imam Hasan al-Banna menyatakan:
Saudara-saudara Ikhwanul Muslimin sekalian,
Saya sampaikan salam sejahtera kepada saudara sekelian atas limpah taufik dan rahmatNya kepada saudara sekelian, serta kurniaNya yang secara khusus dianugerahkanNya saudara sekalian berupa ketabahan di atas membela kebenaran, betapa pun beratnya tanggungjawab dan lamanya masa yang saudara lalui.

Sebagaimana dengan penghargaan saya yang tinggi atas keistimewaan yang saudara miliki dalam usaha mengembangkan dakwah Islam yang mempunyai perbezaan dengan pertubuhan lain sejenisnya. Juga, terimalah simpati saya atas kebesaran hati saudara sekelian dalam menghadapi segala ujian dan cubaan yang demikian beratnya, di mana ianya saudara hadapi hingga sekarang.

Ingatlah! Bahawa saudara sekalian adalah kubu terakhir yang mesti mempertahankan kalimah Allah dan risalahnya melawan arus kedatangan fahaman kebendaan yang zalim, yang penuh dengan penindasan dan ketamakannya.

Saudara-saudara semua adalah yang terakhir mengawal syariat dan ayat-ayatNya, bersama menyeru umat manusia yang bertaburan di muka bumi ini sedang berada dalam jurang kefanaan dan kebinggungan menuju jalan yang lurus. Ertinya itu semua bahawa saudara sekalian adalah penyeru-penyeru dakwah Islam yang paling terhormat dan menempuh jalan yang paling suci.

Saudara-saudara Ikhwanul Muslimin sekalian,
Dunia di masa ini digelorakan oleh dua negara yang mempunyai ideologi yang bertentangan dengan Islam, iaitu Komunis di Rusia dan demokrasi di Amerika. Dunia tidak akan dapat berada dalam ketenteraman dan damai dengan bersekutu dalam salah satu blok tersebut.


Namun pada saudara-saudara sekalian terletak penawar mujarab yang dihimpinkan dari wahyu langit yang mampu mengatasi pergolakan tersebut. Oleh kerana itu kita wajib menyampaikan hakikat yang kita miliki ini, dengan meminta mereka bergabung bersama jalan kita ini iaitu Islam. Dan ianya kita lakukan dengan sekuat tenaga.

Tidak menjadi soal pokok bila kini tidak memiliki negara atau pendokong mana pun, kerana kekuatan itu terletak pada kebenaran seruan kita, pada kalbu kaum muslimin, pada keperluan dunia terhadap kebenaran itu, dan pada dokongan yang diberikan oleh Allah s.w.t., di mana Dia telah melakukan kehendak dan kekuasaanNya.

Dari laut tengah hingga ke Lautan Pasifik, lebih 400 000 000 umat Muslimin yang menghuni wilayah sepanjang kawasan tersebut sehingga sekarang masih berada di bawah tapak kaki para penjajah yang kian lamanya telah menimpakan berbagai bencana dan membuat mereka lupa terhadap perkembangan dunia antarabangsa.

Dari ceruk mana dunia pun, di mana terdapat seorang Muslim yang telah menyatakan “La Ilaha illallah”, Muhammadar Rasulullah?, maka mereka adalah sebahagian dari tanahair kita: Maka adalah tanggungjawab kita menuntut kemerdekaan bagi serta berusaha sekuat tenaga membebaskannya dari kongkongan-kongkongan penjajah asing yang zalim.

Kemerdekaan yang kita perjuangkan dengan apa yang ada pada kita, tanahair ini yang membentengi dari hujung Timur hingga ke hujung Barat, sudah sampai masanya menyusun kemerdekaan, penyatuan dan kedamaian dalam ikatan yang tidak terombak, dan ianya hendaklah berada dalam sistem dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh al-Quran al-karim dan dalam aqidah, sistem dan syariat yang telah digariskan oleh Islam.

Kita hidup di dalam zaman di mana Yahudi antarabangsa bermaharajalela sebagai musuh bagi seluruh dunia Islam yang menggempur dan membakar tempat suci!!! Maka kita hendaklah menghadapi tentangan mereka dengan keyakinan penuh bahawa Allah s.w.t. telah menyediakan bekal bagi kita untuk menghadapi permusuhan ini dan memenangkannya.

Saudara-saudara Ikhwanul Muslimin sekalian,
Sebahagian besar daripada pemimpin bangsa dan dunia Islam, telah mensia-siakan kesempatan baik yang diberikan oleh perang lalu iaitu pada tahun 1948, disebabkan sikap mereka yang menjadi pengekor penjajah, di mana melahirkan kemiskinan, ketakutan, hilangnya kepercayaan diri, terampasnya kekayaan, pertentangan yang berleluasa, kebencian dan perpecahan yang mengakibatkan kelalaian pada kewajipan kita sehingga kita lari dari jihad.

Maka adalah menjadi suatu kewajipan kepada saudara-saudara sekalian kerana saudara sekalian mempunyai keimanan kepada Allah s.w.t., meyakini akan pertolonganNya; untuk menyedari akan kelalaian kita selama ini serta berusaha mempersiapkan segala sesuatu yang kita perlukan bagi perjuangan kita. Allah s.w.t. beserta kita. Dia memiliki kekuatan yang akan menghancurkan musuh-musuh saudara sekalian dan mereka yang berani menentang Allah s.w.t. “Allah berkuasa memenangkan urusanNya, tetapi sebahagian manusia tidak mengetahuinya.”

Saudara-saudara telah diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t. untuk bersatu dalam dakwah Islam, oleh itu jagailah keistimewaan yang diamanahkan kepada Saudara-saudara sekalian dengan menegakan syiarnya di tengah-tengah umat manusia.

Bersama itu hendaklah perbaiki tingkah laku dan amal saudara sekalian. Dan beristiqamahlah dalam melaksanakan perintahNya. Laksanakanlah ?amar ma?ruf nahyu munkar? Serta panjangkanlah nasihat-nasihat dengan sikap penuh kasih sayang kepada seluruh umat manusia.

Bekalan untuk berjuang dipersiapkan, dan perjuangan itu ialah jihad harta dan jiwa saudara-saudara! Perbanyakkanlah mengkaji al-Quran, peliharalah sembahyang berjamaah dan beramallah dengan penuh keikhlasan bagi agama Allah yang benar ini. Bila sudah begitu, maka tunggulah pertolongan Allah s.w.t. kerana ‘Allah pasti menolong mereka yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Kuasa.”

Saya pesankan kepada saudara sekalian secara khusus ketika ini, hendaklah perjuangan kita ini suci dan bersih; dalam jiwa dan alam fikiran, sama ada ucapan atau perbuatan, diri dan juga pakaian, sama ada makanan atau minuman, bersendirian atau berumah tangga serta bergaul.


Sucilah saudara sekalian, sehingga perkara itu menjadi ciri khusus saudara di tengah umat manusia lain,? demikian diantara wasiat yang amat ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. alangkah indahnya ungkapan ini, betapa besarnya makna yang terkandung di dalam ajaran agama Islam yang meletakkan ?Fasal Thaharah? dalam fiqh ibadah kita.

Kunci Syurga itu ialah sembahyang, sedangkan kunci sembahyang itu ialah thaharah, demikain dinyatakan oleh salah satu hadith Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih,” demikian firman Allah s.w.t.

posted by Blogger @ 9:18 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com