Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

PAS PERLU BANGKIT DARI KELESUAN
Thursday, December 29, 2005

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan akan memudahkan lagi pendaftaran pengundi menggunakan sistem online melalui internet dan sistem pesanan ringkasa (SMS) selain cara biasa atau pendaftaran manual dengan mengisi borang di pejabat POS. Dengan pertambahan cara sistem pendaftaran ini jumlah pengundi pada pilihanraya ke-12 yang dijangka diadakan pada tahun 2008 akan bertambah. Mereka yang dulunya bekerja dan sibuk boleh menggunakan internet dan SMS untuk mendaftar sebagai pengundi.

Apabila kita melihat keputusan pilihanraya umum ke-11 dan yang terbaru keputusan pilihanraya Pengkalan Pasir. Secara umumnya penulis berpendapat Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai peluang memenangi sesuatu kawasan DUN dan Parlimen terutamanya kawasan majoriti pengundi Melayu sekiranya pengundi yang keluar mengundi sekitar 70% dan ke atas. Sekiranya bilangan pengundi yang membuang undi melebihi 85% PAS berkemungkinan akan kecundang kepada Barisan Nasional(BN). Ini berlaku dalam pilihanraya lalu di Terengganu apabila bilangan pengundi meningkat secara mendadak melebihi 85% yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Satu faktor diluar culaan PAS sendiri.

Dengan bilangan ahli PAS sekitar 600 000 orang, usaha meningkatkan keahlian mestilah dilakukan oleh PAS demi survival politiknya. Kalau kita lihat UMNO sendiri sudah meningkatkan jumlah ahlinya dari 2 juta orang ke 3.5 juta orang kini. Di zaman allahyarham Dato’ Fadzil Noor kempen besar-besaran keahlian PAS untuk mencapai setengah juta telah diadakan dan mencapai sasarannya. Kebetulan masa itu berlaku isu pemecatan TPM DS Anwar Ibrahim. Keahlian PAS meningkat dengan banyaknya, cawangan-cawangan baru juga diwujudkan terutama di kawasan kubu kuat UMNO.

Kalau kita melihat sejarah terdahulu, pada tahun 1987 UMNO diharamkan dan berpecah kepada dua kumpulan iaitu UMNO(baru) dan Semangat 46. PAS dengan kebijaksanaan kepimpinan ulama’ ketika itu telah mengadakan kerjasama dengan Semangat 46. Sebelum itu, PAS telah membentangkan suatu kertas kerja berkenaan ‘Tahaluf Syiasi’ bagi menjelaskan kepada ahlinya konsep kerjasama tersebut. Walaupun pada mula ada golongan yang tidak puashati hingga wujud kumpulan serpihan iaitu PAS 51 tetapi nyata kerjasama itu diterima oleh majority ahli PAS hingga membawa kemenangan pada pilhanraya umum tahun 1990 dengan PAS di dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menguasai Kelantan.

Beberapa tahun kemudian Parti Semangat 46 rujuk semula ke dalam UMNO. Pengaruh PAS dilihat semakin merosot terutama dalam pilihanraya umum 1995 walaupun masih dapat mengekalkan penguasaan di Kelantan tetapi takdir Allah mengatasi ramalan manusia. Isu pemecatan TPM pada tahun 1998 menyebabkan lahirnya Parti Keadilan dan gerakan reformasi, UMNO sekali lagi bergolak, Sekali lagi PAS mengadakan kerjasama iaitu di bawah Barisan Alternatif(BA). Hasilnya memang ketara PAS dapat menguasai bukan sahaja Kelantan malah Terengganu dan berjaya memecah dominasi BN di Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Perak pada pilihanray umum ke-10.

Pilihanraya umum ke-11 menyaksikan kelesuan BA, mungkin isu pemecatan TPM ketika itu semakin tidak relevan lagi. Akibatnya Kerajaan PAS di Terengganu tumbang, PAS hanya menang majoriti mudah di Kelantan dan menyaksikan kemerosotan dengan tumbangnya kerusi di DUN dan Parlimen di negeri-negeri lain yang dikuasai pada pilihanraya umum ke-10.

Persoalannya apakah tindakan PAS untuk mengatasi kemelot ini?

Kenapakan PAS tidak lagi giat menjalankan kempen penambahan ahli dan penubuhan cawangan-cawangan baru? Sekurang-kurangnya adakan satu kempen keahlian mencapai satu juta orang.

PAS juga perlu mengadakan kerjasama dengan NGO-NGO Islam yang lain seperti ABIM, JIM, TABLIGH, RUFAQA’ dan lain-lain supaya sekurang-kurangnya ahli-ahli NGO-NGO Islam ini mendaftar sebagai pengundi dan memberi undi kepada PAS yang berjuang untuk menegakkan Negara Islam. PAS perlu menjelaskan kepada mereka pendiriannya menyertai pilihanraya seperti mana pendekatan yang diambil, oleh gerakan-gerakan Islam yang lain diseluruh dunia. Tanggapan-tanggapan yang mendakwa pilihanraya tidak Syari’e hendaklah dihapuskan dari pemikiran umat Islam yang menolak cara politik pilihanraya.

Gabungan Kepimpinan ulama’ dan professional yang baru dibentuk pada muktamar lalu perlu merealisasikannya supaya PAS terus bangun dari kelesuannya disamping kita berdoa supaya ada isu besar yang akan berlaku sebelum menjelangnya pilihanraya umum ke-12 nanti.

Wallahua’lam….

posted by Blogger @ 2:51 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com