Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Yahudi mahu menongkat dunia
Wednesday, March 01, 2006
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Allah s.w.t. selepas menjelaskan pendustaan mereka, antara lain sekali-kali mereka tidak bercita-cita untuk mati kerana mereka zalim dan selama mana dalam kezaliman sudah tentu kematian perkara yang menakutkan kepada orang-orang Yahudi. Merekalah sebenar-benar manusia yang loba untuk hidup sehingga mengatasi golongan syirik kerana orang musyrik mahu hidup dengan beranggapan bahawa dunia merupakan matlamat sedangkan Yahudi pula amat loba untuk hidup daripada golongan musyrikin kerana mereka takut mati disebabkan amalan buruk mereka. Justeru, panjang usia hidup mereka maka sangkaan mereka jauh daripada azab akhirat. mereka menghadapi azab. Justeru, mereka amat gembira dengannya.”

Firman Allah, “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 96 dan 97)

Firman Allah s.w.t.: Demi sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) akan mendapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Pasti kamu dapati golongan Yahudi setamak-tamak manusia untuk hidup bahkan lebih tamak daripada orang musyrikin sendiri. Ini kerana mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan bahawa mereka akan dihumban ke dalam neraka dengan sebab dosa mereka.

Terdapat dua pandangan ulama berkenaan dengan mereka yang syirik:

1. Orang-orang Majusi seperti pendapat Ibn Abbas, Ibn Qutaibah dan al-Zajjaj.

2. Orang-orang Musyrikin Arab seperti pendapat Muqatil.

Justeru, tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup 1,000 tahun, iaitu setiap orang di kalangan mereka bercita-cita dan berhajat untuk hidup sehingga usia itu.

Sayyid Qutub berkata: “Yakni setiap orang daripada mereka berangan-angan untuk hidup 1,000 tahun. Ini kerana mereka tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah dan tidak berasa adanya suatu hidup yang lain untuk mereka selain daripada hidup di dunia ini.

“Sesiapa yang menuntut pintu yang menuju kepada hayat yang kekal abadi bererti gambaran hakikat hidup di dalam jiwanya telah cacat dan padam sama sekali. Keimanan kepada hayat akhirat – di samping merupakan kepercayaan terhadap keadilan Allah yang mutlak dan balasan-Nya yang sempurna – merupakan petanda yang menunjukkan bahawa jiwa seseorang itu dipenuhi kecergasan dan keaktifan, dipenuhi cita-cita hidup yang tidak terbatas setakat perbatasan-perbatasan bumi, malah menjangkau ke hayat yang kekal abadi, bebas dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Ia juga menjangkau ke tangga-tangga yang tinggi menuju kepada perdampingan dengan Allah.”

Umur

Padahal umur panjang yang demikian tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan tidaklah umur mereka yang panjang boleh menjauh dan menyelamatkan mereka daripada azab Allah.

Ibn Abbas r.a berkata: “Orang Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w seraya bertanya: ‘Siapakah yang datang kepadamu daripada kalangan malaikat?’ Sabda Nabi s.a.w: ‘Jibril’. Lantas mereka berkata: ‘Malaikat tersebut turun dengan membawa peperangan. Itu musuh kami’. Kemudian turunnya ayat ini dan ayat selepasnya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesiapa memusuhi Jibril. Katakanlah Muhammad kepada mereka, siapa yang menjadikan musuh kepada Jibril sebenarnya dia menjadi musuh kepada Allah Taala. Ini kerana Allah menjadikannya perantara di antara-Nya dan Rasul-rasul. Maka sesiapa yang memusuhinya sebenarnya dia memusuhi Allah Taala’.”

Ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masir berkata: Jibril a.s. dibaca dengan sembilan bacaan:

1. Jibril iaitu bahasa Ahli Hijaz. Inilah bacaan Ibn ‘Amir dan Abu ‘Amr.

2. Jabril. Inilah bacaan al-Hasan al-Basri, Ibn Kathir dan Ibn Muhaisin.

3. Jabraiil. Inilah bacaan A’masyh, Hamzah dan al-Kisaie.

Al-Zajjaj berkata: “Ia sebaik-baik bacaan.”

4. Jabrail. Inilah yang diriwayatkan oleh Abu Bakar daripada ‘Asim.

5. Jabraill. Iaitu bacaan Abban daripada ‘Asim dan Yahya bin Ya’mur.

6. Jjibrail.

7. Jibrayil.

8. Jabrin.

9. Jibrin iaitu bahasa Bani Asad.

Ibn al-Anbari menyatakan berhubung dengan Jibril a.s. terdapat sembilan bahasa atau bacaan. Sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah. Hal ini kerana sesungguhnya Jibril a.s. yang bersifat amanah, menurun al-Quran atas hati Muhammad s.a.w. dengan arahan Allah. Maksudnya Jibril a.s itu bukannya didorong oleh keinginan dan kemahuannya sendiri menurunkan al-Quran ke dalam hatimu, malah dia hanya melaksanakan perintah Allah menurunkan al-Quran ini ke dalam hatimu. Hati itu merupakan wadah penerima wahyu dan hatilah yang memahami wahyu setelah menerimanya. Dalam hatilah diletak dan dipeliharakan al-Quran itu. Kata-kata qalbu dalam al-Quran mengungkapkan daya kefahaman dan pemikiran secara menyeluruh dan ia tentunya bukan dimaksudkan dengan seketul anggota yang dikenali umum itu.

Ia mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran pada umumnya membenarkan segala kitab Samawi yang diturunkan sebelumnya. Ini kerana asas agama Allah itu sama sahaja dalam semua kitab Samawi dan seluruh agama Ilahi.
posted by Blogger @ 8:22 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com