Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bacaan qunut dalam solat Subuh bukan amalan bidaah
Friday, June 02, 2006

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm


SOALAN


Terdapat segelintir orang mengatakan bahawa bacaan qunut dalam solat Subuh adalah bidaah. Buktinya, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah mereka tidak membaca qunut dalam solat Subuh. Hal ini turut diakui oleh segelintir siswazah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri dan mereka juga tidak mengamalkan amalan sedemikian. Tolong ustaz jelaskan kemusykilan ini.

JAWAPAN


Membaca qunut dalam solat Subuh tidak termasuk dalam amalan bidaah, ini kerana amalan ini ada nasnya dan pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Apa yang diamalkan di Masjid Nabawi dan di Masjid al-Haram tidak boleh dijadikan hujah dalam hal ini, ini kerana mereka bermazhab Hanbali.

Dalam mazhab Hanbali, bacaan qunut dalam solat Subuh tidak dituntut. Adapun kita masyarakat di Malaysia bermazhab Syafie. Sudah semestinya pengamalan mazhab Hanbali tidak sama dengan mazhab Syafie.

Untuk pengetahuan saudara dalam mazhab Syafie amalan qunut dalam solat Subuh dikategorikan sebagai sunat ab’ad suatu yang dituntut dan bagi mereka yang tertinggal adalah disunatkan sujud sahwi (sujud kerana terlupa).

Pendapat ini boleh dilihat dalam kitab Mugni al-Muhtaj jld 1, hlm 166, Hasiyah al-bajuri, jilid 1, hlm 168. Di dalam kitab Alfiqh al-Islamiy karangan Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili, ada menyatakan sebab-sebab seseorang itu dituntut supaya sujud sahwi.

Di dalam mazhab al-Syafieyyah apabila seseorang itu meninggalkan sunat muakkad yang dikira sunat ab’ad dalam solat, di antaranya ialah apabila seseorang itu meninggalkan qunut dalam solat Subuh. Perkara yang sama telah dinyatakan oleh al-Syarqawi di dalam hasyiahnya (jilid 1, hlm 196).

Pendapat yang sama telah dinyatakan oleh Syamsuddin Muhammad al-khatib al-Syarbaini di dalam karyanya Al-Iqna’, beliau menyatakan: “… sunat ab’ad yang kedua dituntut sujud sahwi ialah qunut pada rakaat yang kedua dalam solat Subuh… ”(jilid 1, hlm 318).

Kesemua pendapat ulama al-Syafieyyah itu jelas kepada kita bahawa qunut dalam solat Subuh adalah suatu amalan yang dituntut dalam mazhab al-Syafie.

Apa yang saya harapkan ialah menghormati sesebuah masyarakat dengan aliran pegangan mazhab mereka dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memecahbelahkan mereka dengan pegangan mazhab yang lain walaupun pandangan itu benar mengikut fahaman mazhab tersebut.

Tiada gunanya umat Islam berbalah dan salah menyalahkan antara satu sama yang lain disebabkan isu yang yang dikira khilaf di kalangan ulama. Harapan saya ialah setiap orang datang ke negara ini atau yang pernah menuntut di mana-mana negara di Asia Barat jangan nak jadi jaguh dan tunjuk hebat kononnya dia seorang sahaja yang pandai dan tahu selok belok agama sedang yang lain dianggap sesat dan ahli bidaah.

Sebenarnya orang yang suka menimbulkan isu bidaah adalah orang yang kehabisan modal untuk dakwah. Umat Islam perlu memikirkan perkara yang lebih serius dan memerah idea untuk pembangunan ummah ke arah yang lebih dinamik yang berdaya maju dalam segenap aspek. Tinggalkan isu-isu yang lapuk dan ayuh ke arah pemikiran yang lebih global.

Soalan


Saya seorang pelajar yang kini sedang menuntut di Moscow, Rusia. Saya ada sedikit kemusykilan berhubung dengan status makanan di sini. Maklumlah, hidup di negara penduduk majoritinya bukan Islam, hal makanan halal dan haram menjadi masalah kami di sini.

Saya ingin mengambil kesempatan bertanyakan kepada ustaz tentang makanan yang berasaskan sumber sayur-sayuran, susuan, yang pastinya halal tetapi melalui cara pembuatan yang tidak diyakini. Maksud saya, adakan jatuh haram makanan halal tadi jika dimasak di dalam bekas yang pernah digunakan untuk memasak khinzir? Harap ustaz dapat jelaskan.

Jawapan:


Makanan yang dimasak dengan menggunakan bekas yang digunakan untuk memasak khinzir adalah tidak boleh dimakan. Bekas yang digunakan itu terlebih dahulu hendaklah disamak sebelum ia digunakan. Bekas itu tetap dikira bernajis selagi mana ia tidak disamak.

Namun pandangan ini akan berubah sekiranya sudah tidak ada makan lain selain daripada makanan yang dimasak dengan bekas tersebut maka pada saat itu, bolehlah masakan daripada bekas itu dimakan, ini kerana memelihara nyawa itu lebih utama.

Selain itu, perlu diingat keharusan itu hanyalah untuk menyelamatkan keadaan yang darurat sahaja. Berusahalah terlebih dahulu untuk mendapatkan makanan yang bersih lagi halal yang menjadi tuntutan agama Islam.

Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel keagama@utusan.com.my atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-9221 7055 samb. 575 atau faks: 03-9222 4967.

posted by Blogger @ 2:06 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com