Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Pasukan perubatan PAS bertugas 24 jam di Yogyakarta
Friday, June 02, 2006
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2546&Itemid=1

Fri | Jun 02, 06 | 10:55:38 AM Oleh Ali Bukhari Amir dari Yogyakarta

BANTUL,YOGYAKARTA, 2 Jun (Hrkh) - Petugas Perubatan PAS bersama dengan Yayasan Amal Malaysia terpaksa bertugas 24 jam untuk membantu dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di kawasan terpencil yang jauh di pedalaman dalam keadaan yang amat sukar.

Image
Taip HRKH [jarak] UNDI [jarak] A/B/C/D. Hantar ke 36022. Setiap SMS yang dihantar akan di Caj RM0.50. Keputusan akan disiar- kan dalam akhbar harakah edisi akan datang.
Pasukan perubatan PAS yang diketuai oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli terpaksa memulakan tugas seawal subuh sehingga dinihari, mereka melakukan semua tugas termasuk, aktiviti merawat pesakit di klinik yang didirikan, pemeriksaan kesihatan, mendiri dan membekalkan khemah, bantuan kewangan dan makanan serta melakukan lawatan ke kampung-kampung yang jauh terpencil di pedalaman.

Sekumpulan doktor PAS bersama dengan petugas Parti Keadilan Sejahtera, Indonesia (PKS) menjalankan rawatan bergerak di kampung terpencil Karangayam dan Karangwuni, mendapati kawasan tersebut mengalami kemusnahan seratus peratus akibat gempa 27 Mei lepas, namun sehingga kini tiada apa-apa bantuan yang diterima.

Apa yang menyedihkan ialah apabila pasukan perubatan yang baru tiba di kawasan tersebut, tidak sempat menyelamatkan seorang mangsa gempa yang mengalami kecederaan serius terlantar sejak enam hari tanpa sebarang rawatan.

"Situasi ini amat menyedihkan, kedua-dua kampung ini mengalami seratus peratus kemusnahan, sekarang ini kami merawat kira-kira, 100 orang pesakit di pusat rawatan bergerak, yang lebih memilukan apabila kami tidak sempat merawat seorang pesakit yang meninggal alami kecederaan serius.

"Pasukan membuat keputusan membekalkan bantuan khemah kepada kesemua 125 keluarga di Karangayam yang masih belum menerima bantuan dari mana-mana pihak, kita juga membekalkan dapur minyak tanah untuk setiap keluarga," kata Dr Hatta.

Beliau memberitahu, pada sebelah malam pasukan juga melawat beberapa lagi kampung yang musnah dan menyaksikan ramai penduduk tidur tepi jalan beralaskan tanah, tanpa elektrik dan air dalam suasana amat menyedihkan.

Mengulas lanjut mengenai suasana serba kekurangan di Yogyakarta, Dr Hatta berkata, antara masalah yang dihadapi ialah kedudukan perkampungan yang amat jauh dari pusat rawatan, sedangkan klinik sementara lazimnya di tempatkan di jalan-jalan utama.

"Kita akan berusaha juga untuk membuka pusat rawatan kecil di kawasan pedalaman untuk persediaan merawat kes-kes yang berat," ujarnya.

(Orang ramai boleh menyalurkan bantuan untuk mangsa gempa bumi di Yogyakarta kepada sekretariat Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS melalui akaun Maybank, atas nama Parti Islam Semalaysia di nombor 564070705537 dan bantuan ubat-ubatan ke Pejabat Harakah atau Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur).

Sebelum melawat ke kawasan tersebut, PAS dan Yayasan Amal Malaysia membuka pusat rawatan kecil di beberapa kawasan terpencil yang kurang mendapat perhatian seperti di Kampung Segoyoroso hampir semua rumah musnah teruk.

"128 musnah, 8 orang terkorban dan tiada khemah langsung, ini antara perkampungan yang paling teruk dilanda musibah," Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias.

Beliau berkata, pihaknya akan membekalkan khemah kepada penduduk dan berusaha memberikan apa sahaja bantuan sementara penduduk mendapat bantuan daripada pemerintah Indonesia.

Penghulu Kecamatan (mukim) Pleret, Jazim Aziz, 43 ketika ditanya mengenai kelewatan dan kekurangan bekalan makanan serta bantuan perubatan tidak menafikan hal tersebut berkait dengan karenah birokrasi.

Katanya, bantuan daripada pemerintah dan badan-badan amal dikumpulkan di pejabat kecamatan, sedangkan jarak antara kampung-kampung dengan pejabat adalah sejauh 20 hingga 30 km.

"Kebanyakan ketua kampung tidak mempunyai kenderaan untuk mengangkut semua bekalan ini, yang kami ada hanyalah motor, bagaimana mungkin kami boleh efisyen," kata Jazim.

Katanya, akibat daripada itu, bantuan berlonggok di suatu-suatu tempat sedangkan ramai lagi mangsa gempa yang tidak menerima apa-apa bantuan sejak lebih dari lima hari.

Sehubungan itu beliau mengharapkan pemerintah Indonesia, PAS ataupun PKS berusaha membuka pusat agihan kecil di kampung yang jauh di kawasan pedalaman untuk membantu pengagihan yang lebih meluas.

Sementara seorang, penduduk, Kampung Kawangwuni, Abdul haris, 45, ketika ditemui berkata, beliau dan keluarganya amat berterima kasih kepada petugas PAS dan Yayasan Amal yang sudi membantu keluarga mereka.

Haris mengakui beliau dan keluarga masih mengalami trauma akibat gempa bumi dan sehingga ini begitu takut untuk masuk di dalam rumah atau tidur di bawah bangunan berbumbung kerana takut dilanda gempa bumi lagi.

"Dengan kedatangan anda, kami di sini berasa sedikit aman, ramai menderita trauma, saya sendiri takut ditinggal di rumah, takut ditimpa atap," katanya.

Seorang pengamal perubatan Dr Shahrizan Mohd Shah yang baru tiba di lapangan terbang Adi Sucipto, Yogyakarta, semalam turut bergegas melakukan rawatan kepada mangsa gempa yang kebanyakannya masih trauma.

"Selain daripada kecederaan yang dialami, ramai yang masih trauma, mereka juga mengalami hipertensi, " katanya. - mr



posted by Blogger @ 4:24 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com