Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

2 lagi keluar fatwa haram
Thursday, November 30, 2006
Berita Harian, 30 november 2006


Pulau Pinang, Kedah, Perlis arah jabatan agama siasat secara terperinci

KUALA LUMPUR: Dua lagi negeri – Melaka dan Negeri Sembilan, memutuskan ajaran pengikut pertubuhan Rufaqa’ sebagai haram kerana mempunyai persamaan dengan Aurad Muhammadiah pegangan kumpulan al-Arqam yang diharamkan pada 1994.

Enam negeri – Perak, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak, pula akan mengeluarkan fatwa berhubung status ajaran itu dalam masa terdekat manakala Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mengarahkan jabatan agama Islam negeri masing-masing menyiasat secara terperinci aktiviti Rufaqa’.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan ajaran Rufaqa’ haram kerana menyamai Aurad Muhammadiah. Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kelmarin mahu semua kerajaan negeri menilai ajaran pertubuhan itu, yang didakwa menyesatkan dan lebih bahaya daripada al-Arqam.

Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kerajaan negeri mengambil keputusan mengharamkan ajaran Rufaqa' kerana ia menyimpang daripada ajaran Islam.

"Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat majlis fatwa 14 Disember ini sebelum ia diwartakan," katanya sambil menambah, setakat ini pertubuhan terbabit yang berdaftar atas nama perniagaan, dikesan menjalankan kegiatan di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Di NEGERI SEMBILAN, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Selamat Paigo, berkata Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) juga memutuskan ajaran Rufaqa' haram.

“Mains sudah menyerahkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Fatwa negeri untuk diteliti dan dikaji sebelum diwartakan,” katanya ketika dihubungi di Seremban, semalam.

Di KOTA BHARU, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamad, pula berkata fatwa pengharaman ajaran al-Arqam secara langsung turut mengharamkan Rufaqa' jika ia mempunyai persamaan amalan dan fahaman.

“Sebarang usaha menghidupkan kembali al-Arqam dalam apa juga bentuk, hukumnya haram. Berikutan itu, Rufaqa’ juga haram jika mengekalkan ciri amalan al-Arqam,” katanya.

Di KUCHING, Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman, berkata Majlis Fatwa Sarawak dijangka bermesyuarat esok untuk membincangkan isu itu.

Katanya, kerajaan negeri mengenal pasti cawangan perniagaan Rufaqa’ di beberapa bandar utama di Sarawak dan akan menyiasat sama ada amalan al-Arqam cuba dihidupkan semula.

Di JOHOR BAHRU, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Zainal Abidin Osman, meminta Jawatankuasa Fatwa memutuskan segera status Rufaqa’.

“Perkembangan Rufaqa' juga akan dipantau dari semasa ke semasa," katanya.

Di KOTA KINABALU, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Amri Suratman, berkata status ajaran Rufaqa' akan dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa negeri, minggu depan.

“Isu Rufaqa' dijadikan agenda utama muzakarah itu dan statusnya akan dimaklumkan kepada umum,” katanya.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya sudah berbincang dengan Mufti negeri, Datuk Ismail Yahya dan Penasihat Undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid, berhubung prosedur yang boleh dilaksanakan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita menjangka fatwa berhubung perkara itu dapat dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman.

Di IPOH, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury, berkata mesyuarat khas yang dipengerusikannya akan diadakan minggu depan bagi memutuskan status Rufaqa'.

Beliau berkata, Jaip sentiasa memantau pergerakan 50 hingga 100 pengikut dua kumpulan Rufaqa' di Ipoh dan Manjung.

Di ALOR STAR, Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kerajaan negeri sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Bahagian Keselamatan Negeri dan polis memantau pergerakan Rufaqa’ dan bekas pengikut al-Arqam.

“Jaik juga akan menentukan sama ada bekas pengikut al-Arqam masih mengamal ajaran itu dengan berselindung di sebalik nama lain,” katanya.

Di GEORGETOWN, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, juga berkata Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) sudah diarah menyiasat sama ada pertubuhan itu beroperasi turut beroperasi di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri berkata, sebarang keputusan atau fatwa berhubung ajaran Rufaqa' bergantung kepada hasil siasatan Maipp dan Jaipp.

Di KANGAR, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata segelintir pengikut ajaran Rufaqa’ dikesan menjalankan perniagaan di Perlis, kebanyakannya bekas ahli al-Arqam.

“Ahlinya sedikit tetapi kita akan terus memantau dari semasa ke semasa bagi mengekang ajaran ini dari tersebar dan menjejaskan akidah umat Islam,” katanya.
posted by Blogger @ 7:59 AM  
1 Comments:
  • At 7:42 PM, Anonymous Anonymous said…

    Sarawak lambat keluarkan fatwa rufaqa sebab ahli politik dulu termasuk YB Daud Abdul Rahman dan YB Fadillah Yusuf dok rapat dan support ahli-ahli rufaqa`, bahkan waktu berkempen dulu ustaz rufaqa yang digunakan untuk berkempen dan berceramah.

    YB Daud & YB Fadillah, jangan dok nafi, mereka rapat dengan Azmi Ashaari, ustaz Rufaqa, kat Kuching.

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com