Penamaan calon DUN Batu Talam akan diadakan beberapa hari lagi iaitu pada 16 januari 2007. Sementara tarikh pengundian akan diadakan pada 28 januari 2007 nanti sekiranya ada pertandingan di sana. Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, sebanyak 10,525 pemilih termasuk 14 pengundi pos layak mengundi berdasarkan daftar pemilih terakhir yang diwartakan pada 30 November tahun lalu. Bilangan pengundi merosot pada pilihanraya kecil kali ini berbanding jumlah pengundi berdaftar pada pilihan raya umum lalu berjumlah 10,866 orang. Menurut SPR ini kerana SPR telah membersihkan senarai daftar pemilih dengan memotong nama mereka yang telah meninggal dunia berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Abdul Rashid berkata, SPR menetapkan sebanyak 143 kakitangan akan bertugas dalam pilihan raya kecil berkenaan yang melibatkan 12 pusat mengundi dan 23 saluran mengundi Jika dilihat dari jumlah pengundi yang berdaftar pada pilihanraya umum 2004 yang lalu di DUN Batu Talam dengan yang ada sekarang jelas menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang belum mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi. Seperti yang kita maklum parti terbesar dalam Negara kita UMNO hanya mempunyai keahlian sekitar 3 juta orang sahaja. Begitu juga parti pembangkang terbesar PAS mempunyai ahli kurang dari sejuta orang. Semasa sarapan pagi tadi penulis sempat mendengar Buletin Pagi TV3, Penyampai berita ini mengatakan ada kira-kira 4.5 juta pengundi rakyat Malaysia yang telah layak mendaftar sebagai pengundi tetapi masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi Senario politik Negara pastinya berubah jika 4.5 juta rakyat yang belum mendaftar sebagai pengundi ini mendaftarkan diri mereka atau satu undang-undang digubal iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas secara automatik menjadi pengundi yang sah mengikut alamat pada kad pengenalan/mykad mereka. Setiap kali berlaku kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan tol, kenaikan cukai tanah, kenaikan cukai pintu dan berbagai kenaikan yang membebankan rakyat. Rakyat akan mengeluh tetapi keluhan mereka tidak dapat di zahirkan dengan membuat undi protes untuk menolak kerajaan yang ada sekarang atau sekurang-kurangnya menambah wakil-wakil rakyat yang mewakili parti-parti pembangkang sama ada di Parlimen mahu pun di Dewan undangan negeri masing-masing. Jika inilah mentaliti rakyat Malaysia tidak hairanlah polisi yang membebankan rakyat ini akan terus berlaku. Cukai dan sebagainya akan terus naik dan menghimpit rakyat. Ada saja alasan yang diberikan kepada rakyat supaya terpaksa menerima kenaikan itu. Pada tahun 1999 apabila Parti Pembangkang PAS menguasai Terengganu, tol telah dihapuskan dan diteruskan hingga ke hari ini oleh kerajaan BN yang mengambil alihnya. Ini membuktikan kerajaan BA mampu menukar polisi sekarang yang membebankan rakyat. Hanya rakyat yang di minta berkorban sedangkan pembaziran seperti pesta-pesta yang menelan jutaan ringgit di adakan yang tidak menguntungkan rakyat di buat. Adakah ia dibuat supaya rakyat lalai dan leka dan melupakan isu-isu besar dalam negara?
Oleh itu saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendaftarlah sebagai pengundi dengan SPR. Biarlah kerajaan yang dibentuk menggambarkan suatu kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Akhirnya saya masih tertanya-tanya kenapa rakyat Malaysia tidak minat mengundi?
Wallahu’alam… Labels: Tulisanku |