Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Saddam Hussein : Gugurnya Seorang Penentang Amerika Syarikat
Wednesday, January 03, 2007

Hukuman gantung ke atas Saddam Hussein pada awal pagi Aidiladha, 10 Dzulhijjah 1427H amat menyayat hatiku dan saudara-saudaraku umat Islam yang berada di seluruh dunia. Hukuman ini lebih bersifat politik balas dendam Amerika Syarikat ke atas Saddam Hussein yang pernah menjadi boneka mereka semasa peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 sehingga 1988 dulu.

Dua tahun setelah itu, Saddam Hussein mengarahkan tenteranya menakluki Kuwait pada tahun 1990. Maka bermulalah penentangan Saddam Hussein ke atas Amerika Syarikat yang dulunya adalah anak emas Amerika Syarikat.

Ayah Presiden George Bush yang juga bekas Presiden USA yang bernama ‘BUSH’ juga telah menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meluluskan satu resolusi bagi mengempur tentera Iraq untuk membebaskan Kuwait dari jajahan Iraq. Maka operasi Dessert Storm pun dilancarakan oleh Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Akibat dari peristiwa itu Iraq dikenakan sekatan ekonomi. Beberapa tahun kemudian sekali lagi Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton melancarkan serangan udara ke atas Iraq.

Amerika Syarikat masih juga tidak puas hati walaupun serangan demi serangan dilakukan ke atas Iraq. Pada 20 Mac 2003, Amerika di bawah Presiden barunya George Bush telah mengarahkan bala tenteranya bersama sekutunya NATO untuk menakluki bumi Iraq dengan alasan Regim Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan mengancam keselamatan dunia.

Akhirnya Iraq telak ditewaskan dan ternyata sehingga kini tiada bukti mereka memiliki senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh USA. Usaha menangkap Saddam Hussein pun dilakukan sehinggalah beliau tertangkap hasil dari pembelotan pengikutnya sendiri pada 13 Disember 2003.

Perbicaran demi perbicaraan dilakukan, akhirnya Saddam Hussein dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Perbicaraan yang menimbulkan penuh kecurigaan kepada masyarakat dunia kerana ketelusannya.

Pada awal pagi 30 Disember 2006 bersamaan 10 dzulhijjah 1427H, Saddam Hussein pun dibawa ke tempat hukuman matinya. ‘Saddam telah dibawa ke tali gantung seolah-olah beliau seekor biri-biri yang menanti untuk disembelih.’

Hukuman ini merupakan satu penghinaan ke atas umat Islam kerana ia sengaja dilakukan pada hari kebesaran umat Islam. Kenapa tidak dipilih pada hari lain?

‘‘Isu utama di sini bukannya hukuman ke atas Saddam tetapi pemilihan hari pelaksanaan hukuman tersebut, iaitu pada Hari Raya Korban bagi umat Islam,’’ kata penyelidik kanan Pusat Kajian Strategik Ahram yang berpangkalan di Kaherah, Emad Gad.[1]

Sebelum kematiannya Saddam Hussein telah membawa senaskah al-Quran dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya dengan mengucap dua kalimah syahadah. Semoga taubat nasuha Saddam Hussein diterima Allah SWT dan dia tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung diakhirat kelak.

Al-Fatihah!

Wallahu’alam...

Rujukan:

[1] Utusan Malaysia, 1 januari 2007

Labels:

posted by Blogger @ 10:17 AM  
1 Comments:
  • At 7:48 AM, Blogger Ajaque Rahman said…

    Si laknat bush yang harus di pancung kepalanya.. Sharon yang harus di rejam. Tony Blair yang patut di sula... Semoga laknat laknat itu akan mati dalam kehinaan.

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com