Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Anak tidak syarie: Di mana kedudukannya?
Friday, May 04, 2007
Utusan Malaysia, 4 Mei 2007

Oleh SITI SHAMSIAH MOHD SUFI


ENAKMEN Undang-Undang Keluarga Islam mentakrifkan anak luar nikah sebagai anak yang dilahirkan di luar nikah dan bukan daripada persetubuhan syubhah. Anak ini mungkin dilahirkan dengan sebab perzinaan ataupun perbuatan rogol.

Pandangan masyarakat terhadap anak tidak syarie lazimnya pandangan yang mengandungi prasangka sehingga kita telah terlepas pandang untuk membezakan perbuatan salah yang dilakukan oleh mereka yang melahirkan anak itu atau penyebab kepada kelahirannya, dengan anak itu sendiri sebagai kesan daripada kecurangan atau pengkhianatan terhadap hukum Allah s.w.t. Dengan kedudukannya yang tidak syarie, bertambah malang keadaan anak tersebut apabila ia turut menerima kebencian dan peminggiran daripada masyarakat sedangkan perkara yang telah berlaku adalah disebabkan perbuatan salah orang tuanya. Dalam Surah Faatir, ayat 18, Allah berfirman dengan pengajaran yang boleh difahami iaitu, dosa yang dilakukan oleh seseorang tidak akan berpindah kepada seorang yang lain walaupun daripada kalangan kaum kerabatnya. Maka anak-anak tidak syarie tidak wajar dilibatkan dengan dosa yang dilakukan oleh mereka yang menyebabkan kelahirannya. Setiap anak yang dilahirkan di luar pernikahan tidak boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki yang menyebabkan kehamilan luar nikah tersebut, yang diistilahkan sebagai ‘bapa putative’. Dan anak ini hanya dinasabkan kepada ibunya sahaja. Matlamat perundangan Islam atau maqasid Syariah adalah bagi memelihara agama, nyawa, akal, keturunan, harta benda dan maruah. Dalam hal ini keturunan adalah perkara yang penting dan dimuliakan oleh agama. Dan ia menjadi sebahagian daripada nilai maruah diri dan keluarga. Maka dari sudut aqli (rasionalnya), tidak adil bagi mereka yang memelihara keturunan mereka dengan menyambung zuriat melalui hubungan yang sah, sekiranya anak-anak tidak syarie ini diberikan taraf yang sama. Sebaliknya, Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa kelahiran yang berlaku dalam masa perkahwinan adalah bukti muktamad tentang kesahtarafan. Dan akta ini hanya terpakai kepada orang-orang bukan Islam. Tetapi hukum syarak mempunyai pendirian yang nyata berbeza dan ketidaksahtarafan anak masih tidak boleh dilindungi di sebalik pernikahan.

Walaupun ‘anak tidak syarie’ tidak diminta untuk lahir ke dunia, perundangan Islam masih memperuntukkan hak kepada mereka sekali pun hanya berdasarkan kepada nasab ibu. Di sini, hakikat yang perlu diterima adalah, ibulah yang dipertanggungjawabkan untuk menanggung nafkah bagi anak tidak syarie. Dan hak ini dilindungi oleh enakmen. Bagaimanapun, jika anak itu adalah hasil daripada perbuatan rogol maka ibu berkenaan tidak menjadi mauduk’ (subjek) kepada undang-undang dan nafkah boleh diterima daripada Baitulmal.

Tanggungjawab yang dikenakan ke atas ibu semata-mata memang dilihat membebankan sebelah pihak sahaja, iaitu pihak ibu dan terdapat pendapat agar Undang-Undang Jenayah Syariah disemak semula untuk melihat sejauh mana peruntukan denda boleh dikenakan sebagai pampasan kecederaan kepada ibu yang terpaksa melahirkan anak tidak syarie tersebut. Dengan wang pampasan tersebut nafkah anak dapat ditunaikan.

Selanjutnya hak anak tidak syarie dari segi perwarisan adalah diiktiraf oleh syarak, yakni, apabila ibu yang melahirkan meninggal dunia dan meninggalkan harta, maka anak ini berkelayakan untuk mewarisi harta tersebut. Sekiranya anak ini lelaki maka dia adalah golongan yang menghabisi baki setelah harta tersebut diperuntukkan kepada ibu, bapa dan suami kepada ibu tersebut. Walaupun ia baki, tetapi nisbahnya adalah yang terbesar berbanding tiga pihak yang ditinggalkan oleh ibunya.

Sekiranya berlaku pembunuhan terhadap ibunya, maka anak tidak syarie adalah sebahagian daripada waris-waris utama yang boleh membuat keputusan hukuman terhadap pembunuh tersebut sama ada hendak menjalankan hukuman qisas, pembayaran diyat ataupun diampunkan sepenuhnya. Sehubungan itu, sekiranya keputusan hukuman adalah pembayaran diat daripada pihak yang membunuh, maka dia adalah waris yang berhak untuk menerima peruntukan pampasan tersebut.

Berhubung soal pemilikan harta juga, sebenarnya anak tidak syarie boleh menerima pemindahan milik daripada sesiapa termasuklah daripada bapa putativenya. Ada kemungkinan ‘bapa’ ini berkahwin dengan ibu yang melahirkan dan bapa putative tersebut boleh memberi atau memindahkan harta kepada anak tersebut dengan cara hadiah, hibah atau wasiat sebagai menjaga kebajikan anak ini.

Anak tidak syarie yang telah dewasa sama seperti orang dewasa yang lain dan boleh bermuamalah dengan sesiapa tanpa sebarang halangan. Malah anak lelaki daripada kalangan anak ini boleh menjadi wali pernikahan ibu mereka sekiranya menurut senarai wali yang disediakan oleh Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Kelahiran yang sedemikian juga tidaklah menjadi sebab untuk tidak mempunyai hak membina keluarga seperti orang lain yang sah taraf dari segi syarak.

Labels:

posted by Blogger @ 8:49 AM  
1 Comments:
  • At 1:00 PM, Blogger Asyeida said…

    saya nak tanya sikit ni ok.bagaimana dengan anak luar nikah yang ada bin dan register dan mahkamah,kemudian bapa dia mati,adakah harta peninggalan bapa dia tu dia berhak menuntut ataupun tidak?mengapa jika dia betul2 anak luar nikah mengapa di bin kan dan jika sudah di bin kan mengapa sudah si bapak mati baru lah di beritahu tak dapat bahagian harta si mati di sebabkan anak luar nikah??kan si anak tersebut confius dan sedih teramat sangat dengan kenyataan mahkamah tersebut??

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com