Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

KEWAJIPAN UMMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA
Sunday, August 28, 2005

KEWAJIPAN UMMAT ISLAM DALAM PILIHANRAYA

Perjuangan dalam pilihanraya umum ertinya perjuangan merebut kekuasaan. Merebut kuasa polituk untuk menguasai pentadbiran negara. Setiap parti menyusun dengan segala daya,perancangan dan strategi untuk memenangi pilihanraya umum.

Dalam keadaan tiada tegaknya Daulah Islamiyyah, gerakan Islam wajib berusaha membentuk negara Islam kerana hanya dengannya sahajalah hukum-hukum Allah dan Rasulnya dapat dilaksanakan. Kaedah syara’ menetapkan”Sesuatu perkara yang wajib hukumnya, tidak dapat sempurna kecuali dengan hal tadi, maka hukumnya juga adalah wajib”. Al-Quran dan Al-Hadith tidak mempunyai kaki dan tangan yang dapat berjalan sendiri. Ia mengkehendaki kekuatan dan kekuasaan memerintah, kekuasaan politik oleh umat Islam.

Saidina Uthman bin Affan berkata "Sesungguhnya Allah akan memelihara dengan kekuasaan memerintah, apa yang tidak (dapat) dipegang dengan al-Quran sahaja"

Maka kewajipan umat Islam berjuang mempunyai kekuasaan negara, mempunyai DaulahIslamiyyah, mempunyai khalifah pilihan mereka sendiri dengan syarat dan ukuran yang
ditetapkan oleh al-Quran dan As-Sunnah. Kekuasaan bagi kaum muslimin adalah untuk melindungi kaum yang lemah dan mengangkat martabat mereka ke taraf yang sepatutnya. Kekuasaan kaum muslimin adalah untu memberikan sebesar-besar manfaat serta rahmat dan kebaikan bagi seluruh alam.

Di dalam negara demokrasi, gerakan Islam mengambil pendekatan politik secara pilihanraya. Dalam Islam politik hanyalah alat iaitu alat dari Islam. Salah satu alat dan bukanlah satu-satunya alat dalam Islam.

Sesungguhnya kuasa-kuasa kuffar sentiasa memerangi umat Islam, tiada sedetik pun mereka berdiam diri, segala gerak kerja mereka adalah bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka melaksanakan program penjajahan dengan kekuatan ketenteraan semata-mata untuk menghapuskan Islam. Kini penjajahan telah berakhir kerana mereka tidak berupayamenghadapi sejata iman yang berada di dada umat Islam. Roh tauhid sentiasa ditiupkan ke dalam gerakan Islam. Kuasa-kuasa kuffar ini mengubah strategi dengan ideologi-ideologi sekularisme tidak kiralah sosialisme, nasionalisme, komunisme, liberalisme dan bermacam-macam isme yang lain.

Runtuhnya Empayar Islam Othmaniyyah di Turki pada tahun 1924, maka bermulalah pula kekuasaan sekularisma di negara-negara umat Islam. Hampir kesemua negara Islam merangka perlembagaan dari ideologi isme ciptaan manusia yang telah ditaja oleh kuasa-kuasa kuffar. Muncullah gerakan-gerakan Islam untuk mengembalikan Daulah Islamiyyah, Ikhwanul muslimin pada tahun 1928 yang diasaskan oleh as-Syahid Hassan Al-Bana, Hamas, Jihad Islami dan sebagainya di serata dunia.

Kewujudan jamaah Islam ini merupakan manifestasi kebangkitan ummah. Malangnya kewujdan jamaah-jamaah Islam yang berbilang-bilang di satu tempat merupakan satu musibah kepada umat Islam. Ia menyebabkan umat Islam bertelagah sesama sendiri. Sepatutnya kewujudan jemaah Islam yang berbilang-bilang itu boleh menyumbang ke arah kemenangan Islam jika masing-masing faham tugasnya dan tidak menunjukkan permusuhan kepada gerakan Islam yang lain kerana musuh kita yang sebenarnya ialah kuasa kuffar dan taghut, bukannya gerakan Islam.

As-Syahid Dr Abdullah Azzam mengibaratkan pembentukan Daulah Islamiyyah itu umpama membina sebuah bangunan. Untuk mendirikan sebuah bangunan ianya memerlukan susunan ketulan batu-bata yang merupakan kerjasama antara gerakan-gerakan Islam dan jamaah-jamaah Islam. Sementara ahli dan pengikut yang mendokong gerakan-gerakan Islam itu diibaratkan sebagai jirim-jirim yang terkandung di dalam batu bata tersebut.

Kita mengharapkan agar jamaah Islam yang berbilang itu, yang bercita-cita menegakkan Islam supaya dengan ikhlas hati mengambil inisiatif untuk sama-sama menjatuhkan thagut dan kerajaannya bersama kita di dalam pilihanraya umum. Sesungguhnya antara kita sesame muslim walau bagaimana pecah dan berbagai organisasi, walau bagaimana terpisahnya dalam berbagai tujuan kita adalah tetap satu, dasar kita tetap satu. Janganlah kita dengan sebab berlainan jamaah memberikan satu suara sokongan (undi) kepada parti yang tidak berdasarkan Islam. Janganlah berkecuali dan membiarkan rakan gerakan Islam berseorang di dalam pilihanraya untuk berdepan dengan thagut.

Marilah kita memenagkan dasar Islam dalam pilihanraya akan datang kerana ia kewajipan kita bersama. Masing-masing dengan alat kecekapan yang ada, dan memberikan derma bakti dengan segenap kesanggupan yang dimiliki.

Muslimat seluruhnya memegang peranan penting dalam pilihanraya, berikan bantuan tenaga dan fikiran, datangi rumah demi rumah untuk menyampaikan seruan Islam. Pemuda Islam angkatan baru, bergerak cepat, bersikap tangkas kerana kamu adalah barisan hadapan pelopor perjuangan yang mengibarkan panji-panji perjuangan Islam. Ditanganmulah terletak urusan umat Islam, dalam gerak dan bangkitmu bergantung kemenangan Islam. Golongan ulama’, kamu diikut, perintahmu diturut, laranganmu dipatuhi. Kamu sebenarnya yang memegang kekuasaan dalam masyarakat. Kamulah yang berhak membimbing, memerintah dan melarang ummah. Kamulah sebenarnya markas perjuangan umat Islam yang memberi kata putus. Jangan dibiarkan umat mengikuti jalan sesat, jalan taghut, jalan yang dimurkai Allah s.w.t. Tunjukkanlah kepada umat Islam jalan yang lurus dengan fatwamu
posted by Blogger @ 9:14 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com