Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SEKULARISME : Perlembagaan Yala
Tuesday, August 23, 2005

SEKULARISME : Perlembagaan Yala

Secara ringkasnya sekularisme bolehlah didefinisikan sebagai pemisahan antara agama dan urusan pemerintahan serta perkara-perkara yang berkaitan duniawi. Terkandung di dalam sekularisme itu beberapa ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme, nasionalisme,kapitalisme, komunisme dan berbagai-bagai isme-isme yang lain walaupun pendokong ideologi ini menafikannya. Kadang kala ada pula pendokong ideologi ini yang mengaku mereka adalah pendokong Islam dengan hanya menerapkan beberapa beberapa unsur Islam yang mereka fikir baik.

Ada juga di antara pendokong golongan ini yang menggunakan slogan-slogan Islam seperti Penerapan Nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan sebagainya untuk mengaburi umat Islam tetapi pada hakikatnya mereka hanya mengambil sebahagian dari Islam yang sesuai dengan mereka dan menolak sebahagian yang tidak sesuai dengan mereka. Mereka tidak mengambil kesyumulan dan kesempurnaan Islam dalam pentadbiran mereka. Malah ada di antara mereka yang mengistiharkakan pemerintahan mereka Islam seperti Negara Islam walhal perlembagaannya jelas bercampur aduk antara undang-undang Islam dan undang-undang ciptaan manusia yang langsung tidak berdasarkan nas Al-Quran dan As-Sunnah serta ijmak ulama?.

Perkara ini bukanlah baru. Ibnu Kathir pernah menyebutkan satu peristiwa hitam yang berlaku di dalam sejarah umat Islam iaitu ketika umat Islam dijajah oleh pemerintahan Monggol diBaghdad. Umat Islam dipaksa menerima satu perlembagaan yang dinamakan Perlembagaan Yala. Di dalam perlembagaan ini dicampur adukan ajaran Islam, Yahudi, Kristian dan dari akal fikiran pemerintah semasa itu. Perlembagaan ini telah dikutuk oleh ulama. Islam ketika itu dan di anggap sebagai sesuatu yang amat bertentangan dengan syariatIslam.

Firman Allah “Apakah hukum jahiliyyah itu yang kamu mahu? Tidakkah hukum Allah itu lebih baik kepada orang-orang yang yakin”
(Surah Al-Maidah: 50)

Seminar Dakwah Antarabangsa yang diadakan di Madinah pada 17 februari 1977 telah membuat satu resolusi bahawa sekularisme adalah ajaran bukan Islam dan bertentangan dengan Islam dan adalah menjadi kewajipan pihak kerajaan yang ramai anggotanya orang Islam menghapuskan sekularisme ini.

Bekas Syeikul Islam Turki, Syeikh Mustafa Sabri pernah menyatakan bahawa sekularisme ini adalah satu revolusi yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat bagi menghancurkan kefahaman Islam di kalangan rakyat.

Umat Islam Mesti Menolak Sekularisme

Kalau di zaman Jahiliyyah dahulu jelas golongan Musyirin Makkah mahu umat Islam meninggalkan Islam dengan cara memujuk dan seterusnya menyiksa sehingga kemuncaknya berlaku beberapa peperangan untuk menghancurkan Islam seperti perang badar, uhud, khandak dan sebagainya. Di zaman ini, musuh-musuh Islam menggunakan ideologi-ideologi ciptaan mereka supaya umat Islam meninggakan Islam atau sekurang-kurangnya melalaikan Islam.

Rasulullah s.a.w. pernah ditawarkan oleh Musyrikin Makkah menjadi raja, diberikan harta kekayaan, dianugerahkan pangkat dan kekuasaan tanpa batasan asal saja beliau bersetuju meninggalkan dakwah kepada Allah s.w.t. Namun baginda telah menolaknya dengan kata-katanya yang masyhur ?Demi Allah, jika mereka letakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari tugas yang aku tanggung ini, nescaya tidak akan aku tinggalkannya sehinggalah Allah melahirkan agama ini ataupun biarlah aku mati saja kerananya...!?

Itulah kata-kata semangat yang mesti tersemat dihati seorang Muslim terutamanya pencinta Islam yang menjadi teras dalam sesebuah gerakan Islam. Almarhum Maulana Abul a’la al Maududi iaitu pengasas Jami'ati Islam, Pakistan pernah berkata "Bersikap benar sepanjang hayat mekipun mungkin ada kepayahan, kerugian, kemudharatan yang tidak henti-henti sepanjang perjalanan hidup dan kendatipun segala usahamu tidak membuahkan hasil yang berguna dalam kehidupan sementara ini. Janganlah mengikut haluan kejahatan dalam pemikiran atau amalan, meskipun betapa khayalan-khayalan pencapaian dan harapan-harapan keduniaan begitu menggoda kamu"

Umat Islam terutamanya gerakan Islam mestilah tersusun rapi (Jama'ah al-munazzamah) yang mengatasi kelompok lain dalam lapangan akhlak asas insan dan akhlak Islamiah yang diasaskan dari iman, Islam, taqwa dan ihsan serta dapat menggunakan kesemua sumber yang ada dengan baik dan teliti walaupun mereka tergolong dalam jumlah yang sedikit.

Firman Allah “Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh
(al-Anfal:65)

Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah daripada Alalh s.w.t. dan terhindar dari menjadi pendokong sistem sekularisme walau dengan nama apa pun ia dikenali. Semoga kita dihimpunkan Allah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di akhirat kelak.

posted by Blogger @ 9:08 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com