Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

USAH BESARKAN ISU YANG TIDAK JELAS
Wednesday, August 17, 2005



Usah besarkan isu yang tidak jelas
Thursday, August 25 @ 11:59:48 MYT


Oleh SYAFIQ

Saya ingin menarik perhatian terhadap tulisan saudara Zulhelmi bertajuk "Mawi mampu ubah pendekatan politik PAS?" Beliau memulakan tulisannya dengan beberapa contoh ayat tegahan, "jangan tegur/ jangan bercampur/ jangan berkawan ...", seterusnya beliau menulis, "mengakulah sejujurnya, itulah kata-kata yang selalu kita dengari terhambur dari rakan-rakan kita penyokong PAS terutama yang hardcore."

Saya kini berusia 36 tahun, berminat pada PAS semenjak saya berusia 15 tahun, aktif sekitar umur 18 tahun, sememangnya saya dikira "hardcore" PAS, ramai kawan-kawan saya pun boleh dilabel "hardcore" PAS, tapi setakat ini tidak pernah lagi saya mendengar perkataan seperti yang Zulhelmi tuliskan keluar dari mulut saya atau kawan-kawan saya.

Apakah benar Zulhelmi sering mendengar perkataan ini diucapkan oleh golongan yang dikatakan "hardcore" PAS?

Mungkin terdapat yang mengingatkan, seperti lebih baik tidak menghadiri sesuatu majlis yang jelas ada maksiat, sekiranya itulah peringatan atau teguran sememangnya ia berasas dan menepati kehendak Allah dan Rasullullah.

Bukan apa, saya cuma bimbang budaya memperbesar-besarkan isu yang tak jelas akan membawa perpecahan kepada kita hingga mewujudkan jemaah dalam jemaah, golongan ulamak, golongan profesional, golongan muda golongan tua, golongan hardcore, golongan liberal dan bermacam lagi.

Jangan pecahkan lagi kepada yang sokong Mawi dan yang tidak sokong Mawi. - um

Rasanya penjelasan exco kerajaan Kelantan YB Husam Musa pada Harakah keluaran 1 Sept-15 Sept 2005 telah menjawab persoalan Undangan Mawi ke Kelantan. Hanya Mawi yang diundang untuk memeriahkan lagi program Tautan Kasih yang mengandungi lagu-lagu nasyid sebagai hiburan alternatif kepada rakyat kelantan. Program ini mungkin mensasarkan kumpulan remaja sebagai sasaran utama dakwah.

Saya adalah ahli PAS sejak 1990, walaupun telah 15 tahun men jadi ahli biasa PAS masih menganggap seolah-olah baru lagi menyertainya. Kepada Zulhelmi yang mengaku sebagai golongan hardcore PAS sepatutnya lebih maklum dari ahli biasa yang tidak aktif seperti saya bahawa di dalam organisasi Islam seperti PAS kita hendaklah mempunyai sikap Thiqah kepada pimpinan PAS, apatah lagi di bawah era kepimpinan ulama’.

Imam Asy-Syahid al-Banna pernah mengatakan “ Yang saya maksudkan dengan thiqah ialah keyakinan seorang jundi(pendakwah) terhadap Qiadah(pemimpin) pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.”

Tambah beliau lagi, Qiadah merupakan sebahagian dari dakwah. Dakwah tidak akan wujud tanpa Qiadah. Kekuatan sistem jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya menuju matlamat dan keupayaannya menghadapi segala bentuk halangan serta kesusahan sangat bergantung kepada sejauh mana timbal balik thiqah di antara Qiadah dan Jundi.

Marilah kita sama-sama rapatkan barisan, PAS dianggotai oleh seluruh lapisan masyarakat sudah tentu mempunyai berbagai ragam dan karenah, apa yang perlu ialah kita saling faham memahami dan berlapang dada dalam sesuatu isu yang belum jelas dan janganlah cepat melatah.

Kita perlulah mempersoalkan diri kita dulu untuk mengukur sejauh mana thiqah kita pada pucuk pimpinan:

  1. Adakah kita telah mengenali pimpinan sebelum ini dan mengkaji suasana yang melitupinya kehidupannya?
  2. Adakah kita meyakini keupayaan dan keikhlasannya?
  3. Adakah kita bersedia membuat andaian bahawa diri kita di pihak yang salah dan pimpinan di pihak yang benar, sekiranya berlaku pertentangan diantara pendapat kita dan pimpinan sekiranya perkara itu merupakan ijtihad dan tidak ada nas syarak?
  4. Adakah kita bersedia meletakkan seluruh corak kehidupan kita dibawah pentadbiran dakwah? Menurut pandangannya pihak pimpinan berhak menentukan kepentingan individunya dan kepentingan dakwah?
posted by Blogger @ 5:35 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com