Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

HADITH PALSU(MAWDU')
Tuesday, August 16, 2005

HADITH PALSU(MAWDU’)

Rujukan: Ulum Hadith STPM, oleh Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari B.A, M.A. syariah (UM).

Menurut Sir William Muir, pemalsuan hadith bermula pada masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Ahmad Amin pula berpendapat pemalsuan hadith bermula pada masa Rasulullah s.a.w. lagi. Pendapat ini ditolak oleh ahli-ahli hadith kerana ia tidak mempunyai alasan sejarah dan tidak ada bukti para sahabat memalsukan hadith.

Ahli-ahli hadith berpendapat pemalsuan hadith bermula dan berlaku selepas lahirnya fitnah iaitu semasa kerajaan Islam di bawah pemerintahan Uthman bin Affan. Fitnah bermaksud keadaan yang tidak tenteram yang berlaku pada pemerintah beliau yang mengakibatkannya dibunuh. Bermula dari peristiwa fitnah tersebut, pemalsuan hadith telah berkembang dan mencapai kemuncaknya pada abad ke 2 dan ke 3 hijrah.

FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN HADITH PALSU

  1. Perpecahan politik.

Masyarakat Islam telah berpecah kepada beberapa golongan selepas peperangan Siffin di antara Saiyidina Ali r.a. dengan Mu’awiyah. Golongan Syi’ah, khawarij dan al-Rafidah telah membuat hadith palsu. Menurut ibnu Taimiyyah golongan al-Rafidah adalah golongan terbanyak membuat hadith palsu mengenai kelebihan ahli-bait, hadith-hadith mencaci sahabat dan hadith-hadith menghina Muawiyyah.

  1. Musuh Islam

Kerajaan Islam telah berjaya menguasai empayar Rom dan Parsi dan menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang menindas rakyat. Islam telah mengubah kehidupan penduduk dari aqidah yang menyesatkan kepada aqidah yang benar lagi sahih dan kehidupan yang bebas, aman dan damai.

Para pemimpin yang kehilangan kuasa telah menaruh dendam pada Islam dan penganutnya. Mereka mencipta hadith palsu untuk merosakan aqidah dan pemikiran umat Islam. Contohnya Abdul Karim bin al-Awja yang mengaku sebelum dipancung lehernya, mencipta 4 000 hadith palsu.

  1. Taksub kepada kenegerian, keturunan dan puak

Sebahagian daripada pemerintah kerajaan Bani Umayyah melaksanakan polisi melantik para pegawai dari kalangan orang Arab dan mengenepikan orang-orang Mawali iaitu orang Islam bukan keturunan Arab. Ini menyebabkan golongan Mawali mencipta hadith palsu bagi mengangkat taraf, kedudukan, bahasa dan puak mereka.

  1. Tukang Cerita (al-Qasas)

Tujuan utama tukang cerita memalsukan hadith supaya orang ramai tertarik dengan percakapan mereka dan mendapat hadiah.

  1. Kecenderungan kepada kebaikan tetapi jahil dalam agama

Sebahagian ahli zuhud, orang-orang Soleh dan ahli-ahli ibadat mencipta hadith-hadith palsu dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah SWT, tetapi mereka jahil tentang agama. Mereka mencipta hadith palsu yang menggalakkan orang ramai melakukan amal soleh dan menghampirkan diri pada Allah SWT.

  1. Perbezaan mazhab fiqh dan ilmu kalam

Perbezaan dalam mazhab fiqh dan ilmu kalam mendorong sesetengah mazhab fiqh dan ilmu kalam mendorong sesetengah mereka membuat hadith palsu dengan tujuan menguatkan dan menarik orang ramai menyertai kumpulan mereka.

  1. Untuk mendekatkan diri kepada pemerintah

Orang Islam tertentu mencipta hadith palsu dengan tujuan mendapatkan penghormatan dan anugerah dari pemerintah dan raja-raja. Contohnya: Ghiyath bin Ibrahim telah mencipta hadith palsu untuk mendapat penghormatan khalifah al-Mahdi, khalifah kerajaan Abbasiyyah. Beliau berkata “Tidak dibenarkan mengadakan perlumbaan kecuali perlumbaan memanah, atau memacu kuda atau peraduan burung merpati”

Setelah mendengar kata-kata Ghiyath, baginda mengurniakan 10 000 dirham.

Apabila Ghiyath bangun dan meninggalkan tempatnya, al-Mahdi pun berkata “Aku naik saksi bahawa tengkuk kamu adalah tengkuk pendusta kepada Rasulullah s.a.w”.

posted by Blogger @ 5:28 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com