Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

ABU HURAIRAH (R.A.)
Friday, September 02, 2005

ABU HURAIRAH (R.A.)

Rujukan: Ulum Hadith STPM, Joni Tamkin Borhan & Che Zarina Shaari, B.A dan M.A Syariah UM.

Nama beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhar, dilahirkan di Yaman 19 tahun sebelum Hijrah. Berasal dari Qabilah al-Dusi di Yaman dan ke Madinah pada tahun 7Hijrah untuk memeluk Islam. Ahli-ahli hadith tidak sependapat tentang nama Abu Hurairah sebelum dan selepas beliau memeluk Islam. Pendapat majoriti mengatakan namanya sebelum Islam ialah Abu Syams dan setelah memeluk Islam ditukar oleh Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Abdul Rahman. Beliau lebih dikenali dengan nama Abu Hurairah.

Beliau adalah sahabat yang masyhur kerana merupakan antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith. Jumlah hadith yang diriwayatkan ialah 5374 hadith. Antara faktor yang menyebabkan beliau banyak meriwayatkan hadith ialah kerana beliau sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. iaitu selama tiga tahun atau lebih. Masa selama itu sudah cukup untuk beliau mengetahui dan menghafal hadith, sedangkan kebanyakan golongan Ansar dan Muhajirin sibuk dengan urusan mencari keperluan hidup.

Di awal pemelukan Islam Rasulullah s.a.w. telah melarang beliau menulis hadith kerana ditakuti akan bercampur dengan al-Quran. Larangan itu menyebabkan beliau membakar semua hadith-hadith yang ditulisnya di atas tulang dan kulit unta atau biri-biri. Tetapi setelah beliau mahir menulis dan lama di dalam Islam, beliau diizinkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menulis hadith.

Faktor kekuatan daya ingatan dan hafalan telah menolong beliau menghafal hadith dengan banyak sehingga mengatasi sahabat yang lain. Walaupun ingatan beliau lemah pada mulanya, setelah itu Rasulullah s.a.w. mendoakan supaya Abu Hurairah tidak menjadi seorang yang pelupa. Berkat doa itu beliau menjadi seorang yang kuat daya ingatannya.

Suatu ketika Gabenor Madinah, Marwan bin Haman bertanya kepada Abu Hurairah tentang beberapa hadith, sedangkan disebalik tirai terdapat penulis yang menulis apa yang dikatakan, setahun selepas itu, beliau telah dipanggil semula dan sekali lagi diminta menceritakan apa yang pernah ditanyakan kepadanya dahulu. Apabila dibuat perbandingan diantara ceritanya secara hafalan dengan catatan yang telah dibuat, didapati tidak terdapat sebarang kesalahan walau sedikit pun dan tidak terdapat tokok tambah. Ini suatu bukti yang menunjukan kekuatan daya ingatan Abu hurairah.

Faktor lain yang menyebabkan Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith ialah kerana beliau tidak terlibat dengan urusan pentadbiran Negara secara aktif. Ini memberi peluang kepadanya menyampaikan dan menyebarkan hadith kepada para sahabat dan para Tabi’in. Imam al-Bukhari mencatatkan terdapat 800 orang Tabi’in yang meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah. Diantara anak murid Abu Hurairah ialah Hamman bin Munabbih yang menulis hadith-hadith gurunya, Abu Hurairah, yang dinamakan Sahifah

Hamman ibn Munabbih. Buku ini boleh didapati hingga sekarang dan dianggap sebagai buku hadith yang tertua sekali.

Abu Hurairah wafat pada tahun 57H atau 59H di Aqia ketika berumur 78 tahun. Ini menunjukan bahawa umur beliau yang panjang selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. memberi kesempatan baginya menerima dan meriwayatkan hadith kepada Tabi’in diserata pelusok Negara Islam.

posted by Blogger @ 7:58 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com