Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

HADITH MUTAWATIR
Monday, September 12, 2005

PENGKLASAN AL-HADITH

Rujukan : Ulum Hadith STPM, Joni Tamkin Borhan & Che Zarina Shaari B.A, M.A. Syariah (UM).

Hadith boleh diklaskan dalam 2 jenis iaitu:

  1. Hadith al-Mutawatir
  2. Hadith al-Ahad

HADITH MUTAWATIR

Mutawatir dari sudut bahasa bermakna berturut-turut. Dari sudut istilah ia bermakna hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan besar(ramai) periwayat pada setiap Tabaqat(tingkatan) dan tidak diterima akal dan adat yang mereka berkomplot memalsukan hadith berkenaan atau berdusta ke atas Rasulullah s.a.w. Syarat ini mesti dipenuhi di sepanjang rantaian(sanad) daripada asal periwayatan berkenaan hinggalah ke akhirnya(kepada periwayat terakhir yang menyalin hadith secara rasmi ke dalam kitab hadith).

SYARAT-SYARAT HADITH MUTAWATIR

  1. Hadith itu hendaklah diriwayatkan daripada sekumpulan periwayat kepada periwayat yang lain berdasarkan tangkapan pancaindera iaitu hasil daripada pendengaran atau penglihatan sendiri. Umpamanya kata mereka, “Kami mendengar…” atau “Kami melihat…” atau “Kami merasa…”
  2. Jumlah periwayat dalam setiap tabaqat mencapai bilangan yang menurut akal atau adat, ahli-ahli hadith berbeza pendapat tentang bilangan periwayat yang mencapai had mutawatir pada setiap tabaqat seperi berikiut:
    • 4 orang periwayat
    • 5 orang periwayat
    • 10 orang periwayat
    • 11 orang periwayat
    • 20 orang periwayat
    • 40 orang periwayat
    • 70 orang periwayat
    • 313 orang periwayat

Pendapat yang Rajih ialah bilangan periwayat di dalam setiap tabaqat mestilah menurut akal dan adat , mustahil merteka berdusta ke atas Rasulullah s.a.w.

  1. Terdapat perseimbnagan jumlah periwayat dalam setiap tabaqat. Dalam kes sesebuah hadith yang diriwayatkan oleh 10 orang sahabat telah diterima oleh 5 orang Tabi’in dan seterusnya diterima 2 orang Tabi’ Tabi’in, maka hadith itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai hadith mutawatir.

KLASIFIKASI HADITH MUTAWATIR

  1. Mutawatir lafzi(pada perkataan)
  2. Mutawatir Ma’nawi

Hadith Mutawatir Lafzi

Hadith yang diriwayatkan secara mutawatir oleh para periwayat pada setiap tabaqat dengan lafaz dan makna yang sama. Misalnya hadith yang dikelurkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada riwayat Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bermaksud “ Sesiapa yang membuat pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sedilah tempat duduknya dalam neraka”.

Hadith tersebut diriwayatkan oleh 62 orang sahabat dengan sama susunan dan maknanya. Hadith begini bilangannya sangat sedikit.

Hadith Mutawatir Ma’nawi

Hadith yang diriwayatkan secara mutawatir pada setiap tabaqat secara maknanya sahaja. Sebaliknya para periwayat tersebut menggunakan lafaz yang berbeza. Umpamanya hadith yang berkenaan dengan mengangkat tangan ketika berdoa. Hadith ini telah diriwayatkan lebih daripada 100 hadith dengan lafaz yang berlainan tetapi mempunyai persamaan dari sudut makna dan pengertiannya. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, al-Hakim dan imam Abu daud yang bermaksud “Adalah Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya(ketika berdoa) sehingga ke paras bahu”

Hukum Hadith Mutawatir

Ahli-ahli hadith telah sepakat memutuskan bahawa kedua-dua hadith Mutawatir Lafzi dan Ma’nawi melahirkan ilmu pengetahuan yang meyakinkan, wajib beramal dengan hukum di dalamnya dan kufur kepada sesiapa yang mengingkarinya.

(HADITH AHAD AKAN DISAMBUNG PADA ARTIKEL AKAN DATANG)

posted by Blogger @ 8:51 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com