Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IMAM IBN MAJAH
Sunday, September 04, 2005

IMAM IBN MAJAH

Rujukan : Ulum Hadith STPM

Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majjah al-Raba’i al-Qazwini. Beliau lebih terkenal dengan panggilan ibn Majah. Dilahirkan pada 209H dan wafat pada hari isnin, 21 Ramadhan 273H. Ada juga yang mengatakan wafat pada 275H. Mula mempelajari hadith ketika berusia 15 atau 20 tahun. Gurunya yang mula-mula sekali ialah Ali bin Muhammad al-Tanafasi. Beliau telah mengembara ke Khurasan, Iraq, Hijaz, Syria dan Mesir untuk mempelajari hadith.

Para ulama’ sepakat mengakui kesarjanaan dan kethiqahan ibn Majah. Di antara karya beliau ialah Tafsir, al-Tarikh(biografi periwayat hadith) dan sunan. Sunan ibn Majah adalah kitabnya yang masyhur dan merupakan kitab terakhir diklasifikasikan ke dalam Sunan al-Sittah yang bermakna Enam karya asas atau disebut al-Sihah al-Sittah yang bermakna Enam kitab Sahih.

Menurut kajian Muhammad Fuad Abdul Baqi, Sunan ibn Majah mengandungi 4341 hadith dan daripadanya 3002 hadith telahpun dicatat oleh pengarang lima buah kitab yang lain ialitu al-Imam al-Bukhari, al-Imam Muslim, al-Imam Nasa’i, al-Imam Abu Daud dan al-Imam al-Tarmidhi. Bakinya 1339 hadith dicatat oleh ibn Majah secara bersendirian iaitu:

  1. 428 hadith sahih kerana sanadnya thiqah
  2. 199 hadith hasan kerana sanadnya hasan.
  3. 613 hadith da’if kerana sanadnya lemah(da’if).
  4. 99 hadith munkar dan makhdhub kerana sanadnya terlalu da’if, munkar dan dusta.

Sunan ibn Majah disusun menurut pembahagian hukum fiqh seperti kitab sunan yang lain. Sunan ibn Majah mengandungi 37 kitab(bab) dan dibawahnya terdapat pecahan kecil sebanyak 1500 bab.

Sunan ibn Majah berbeza dengan kitab-kitab sunan yang lain kerana ia mempunyai pendahuluan yang panjang, mengandungi 24 bab dan 266 hadith. Dalam pendahuluannya , ibn Majah menyatakan tentang wajib berhujah dengan sunnah, mengemukakan persoalan keimanan, kelebihan mempelajari al-Quran dan ilmu pengetahuan, kelebihan ulama’ dan kelebihan para sahabat. Perbezaan lain ialah kitab sunan ini mempunyai sangat sedikit hadith berulang seperi diakui ramai ulama’ dan sangat baik dan sistematik daripada sudut susunan bab dan bab-bab kecil.

Sunan ibn Majah berada pada peringkat yang keenam daripada kitab sunan sittah kerana berdasarkan kajian ahli hadith kitab ini mengandungi banyak hadith da’if, munkar dan dusta yang telah dinyatakan oleh ibn Majah.

Menurut ibn Hajar al-Asqalani, sunan ibn Majah mengandungi hadith munkar. Al-Dhahagi dalam penulisannya berpendapat sunan ibn Majah merupakan penulisan yang baik sekiranya tidak terdapat hadith da’if. Sebenarnya sunan Abu Daud, sunan al-Nasa’i dan sunan al-Tarmidhi juga mengandungi hadith da’if tetapi telah diterangkan kedudukannya. Oleh itu sesiapa yang berhujah dendan hadith-hadith yang terdapat di dalamnya hendaklah memastikan kesahihannya dengan merujuk hasil kajian dan komentar yang dibuat oleh ahli-ahli hadith.

Di antara kitab-kitab yang mengulang sunan ibn Majah ialah Nisbah al-Zujah ala Sunan ibn Majah karya al-Suyuti dan al-Dijabah karya Kamaluddin Muhammad bin Musa.

posted by Blogger @ 7:44 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com