Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

MENUNGGU PEMBEBASAN AL-QUDS YANG KE-3
Wednesday, September 07, 2005
Al-Quds di mana terletaknya Baitul Maqdis atau Masjidil Aqsa merupakan kota suci bagi umat Islam, bahkan orang-orang Nasrani(Kristian) dan Yahudi juga menganggap al-Quds merupakan kota suci bagi mereka. Silih berganti Masjidil Aqsa ini dikuasai antara ketiga-tiga agama tersebut iaitu Nasrani, Yahudi dan Islam.

Sebagai seorang Muslim, kiblat pertama umat Islam adalah ke arah Baitul Maqdis iaitu ke arah Masjid Aqsa. Menurut sesetengah pendapat umat Islam solat menghadap ke arah Masjidil Aqsa selama 16 bulan dan kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. mengalihkan arah kiblat ke arah Kaabah, Makkah sepertimana sekarang ini. Peristiwa bersejah itu berlaku ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat di sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Kiblataini(Masjid dua Kiblat).

Menurut Prof Dr Ahmad Shalaby, isra’ dari Makkah di mana Nabi Ibrahim a.s. yang membina Kaabah menuju ke Baitul Maqdis yang menjadi pusat seruan agama-agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s., Isa a.s. dan lain-lain Nabi a.s. dianggap satu pengembaraan mengikatkan agama-agama terbesar bermula dari Nabi Ibrahim a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. dan ini merupakan satu peristiharan bahawa penutup rasul-rasul adalah mewarisi semua tempat-tempat suci Rasul-Rasul Allah sebelumnya. Dan bahawa perutusannya adalah meliputi semua tempat-tempat suci itu. Inilah salah satu sebab mengapa umat Islam perlu membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Entiti Haram Zionis.

Sejarah Islam menyaksikan, al-Quds dibebaskan kali pertamanya oleh Khulafa’ ur-Rasyidin yang kedua iaitu Umar al-Khattab r.a. dan pembebasan yang kedua berelaku di masa pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi. Kini al-Quds dikuasai semula oleh Regim Zionis setelah tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam.Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis.

Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada
agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu
mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan
Nasrani, musuh utama umat Islam. Khalifah Umar al Khattab r.a. merupakan seorang sahabat yang mempunyai aqidah dan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT telah berjaya membebaskan al-Quds. Pahlawan-pahlawan Islam yang beriman dan beramal Soleh ini bukan sekadar membebaskan al-Quds malah membebaskan Rom dan Parsi dari kezaliman kepada keadilan Islam.

Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa iaitu: “Ya Allah, ya Tuhanku, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar.” . Umar al-Khattab atau ‘Amru bin Hisyam. Ternyata kemasukan Umar al-Khattab ke dalam Islam, menyebabkan dakwah Islam di Makkah dijalankan secara terbuka. Islamnya Umar al-Khattab r.a. telah memberi nafas yang kuat kepada perjuangan Islam. Peristiwa ini dinamakan berterus terang diperingkat kedua dalam perjuangan Islam di Makkah. Muhib bin San’an al-Rumi r.a. menyatakan Islamnya Umar, Islam menjadi terang-terangan. Seruan dakwah dilakukan secara terbuka.Ini merupaka peristiharan terbuka menentang Jahiliyyah.

Pembebasan kedua al-Quds berlaku di zaman pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi di mana beliau seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah. Begitu juga tentera Tartar tumbang kerana Qathaz pemerintah Mesir ketika itu meminta bantuan dua orang ulama’ untuk menanamkan lagi aqidah dan keimana kepada tentera Islam sebagai persediaan menghadapi serangan tentera Tartar yang sangat masyhur ketika itu. Islam mencapai kemenangan hanya aqidah dan keimanan kepada Allah SWT.

Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang
menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah.


Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula mengenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam.

posted by Blogger @ 5:09 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com