Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

MALAYSIA PERLUKAN DEMOKRASI TULEN
Monday, September 05, 2005

MALAYSIA PERLUKAN DEMOKRASI TULEN

Malaysia adalah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi begitulah termaktub dalam perlembagaan Negara. Bagi menjayakan sistem demokrasi sudah tentu wujud Parti Pemerintah yang dikenali sebagai Barisan Nasional yang dianggotai 14 komponen parti dan Parti Pembangkang terdiri dari Barisan Altenatif, DAP dan bebas. Parti Pemerintah dan Pembangkang diperlukan dalam sistem demokrasi berpalimen, tugas utama parti pembangkang ialah sebagai check and balance bagi memastikan kerajaan berlaku adil kepada rakyatnya dan melaksanakan dasar-dasar yang terbaik untuk rakyatnya.

Perkembangan muktahir ini semacam menampakkan sistem demokrasi semakin terhakis dan tergugat dicabuli oleh tangan-tangan kotor tertentu. Ceramah-ceramah parti pembangkang terutamanya PAS sering diganggu dengan pancutan air asid dan semburan gas pemedih mata. Mereka berhimpun secara aman dan semata-mata untuk mendengar ceramah agama, mengapa kerajaan dengan slogan Islam Hadhari melayan rakyat mereka dengan cara demikian?

Malaysia sebagai Negara umat Islam, demokrasi dan ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) sepatutnya menghormati Hak-hak Asasi Manusia dalam pernyataan umum dikeluarkan oleh PBB pada tahun 1948 (Universal Declaration of Human Rights) iaitu:

Fasal 20

1) Setiap orang mempunyai hak atas kebebasan berkumpul dan berapat

2) Tiada seorang juapun dapat dipaksa memasuki salah satu perkumpulan

Ini diperkuatkan lagi oleh PBB pada tahun 1966:

Fasal 21

  • Hak berkumpul secara bebas diakui. Tiada satu pembatasan pun dapat dikenakan terhadap perlaksanaan hak ini, kecuali yang ditentukan undang-undang dan yang diperlukan dalam masyarakat demokrasi, demi kepentingan keamanan nasional dan keselamatan umum atau perlindungan terhadap kesihatan dan moral umum atau perlindungan terhadap hak-hak serta kebebasan-kebebasan orang lain.

Negara Barat lebih terbuka dalam kritikan dan mematuhi Hak Asasi Manusia berbanding dunia Islam hari ini. Semoga sistem demokrasi di Malaysia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

SUHAKAM telah ditubuhkan di Malaysia, di manakah suara SUHAKAM dalam memperbaiki sistem demokrasi di Malaysia?

posted by Blogger @ 10:34 PM  
5 Comments:
  • At 9:23 AM, Anonymous Anonymous said…

    Αnother nice entry, gooԁ onе eleсtronic
    сigarette rеtаіleг

    Feеl fгee to νisit my weblοg: forum2.cpmpac.org

     
  • At 1:38 PM, Anonymous Anonymous said…

    I am sure this pаrаgraph has touched аll the intеrnet peοple, its really really fastidious
    parаgraph on building up new wеblog.


    Here is my ρage ... silk'n reviews

     
  • At 12:10 PM, Anonymous Anonymous said…

    It's perfect time to make some plans for the future and it is time to be happy. I've read this ρost and if Ι could
    I wish to ѕuggeѕt you few interestіng things or tіps.
    Maybе you cаn write nеxt artіcles referring to
    this article. I want to read even more things about it!


    Here is my blog ρost :: Click through the next post

     
  • At 8:50 PM, Anonymous Anonymous said…

    We ended up unable to get all supported sensors (PIDs) to show data.
    After various seconds the codes will surface on the scanner.


    Feel free to visit my web blog: obd wiz

     
  • At 5:25 AM, Anonymous Anonymous said…

    In this article is additional coming up on these items.
    This ought to be used frequently for three months if you want
    to get greatest results.

    my weblog - dermatend Review

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com