|  
 KUALA TERENGGANU, 12 September - Mufti Terengganu, Dato' Dr MohamadZubir Haji Awang telah membuat kenyataan bahawa buku-buku yang beliau
 karang mengandungi kesilapan yang banyak serta menarik balik dan
 memohon keampunan dari Allah swt Yang Maha Kuasa supaya dilepaskan
 tambatannya dengan buku-buku tersebut tanpa apa-apa kaitan – dunia dan
 akhirat.
 Kenyataan dua muka surat yang bertarikh 5 September 2005 itu dibuatterhadap empat judul buku karangan beliau yang berkait dengan agama,
 politik dan pemerintahan Islam. Baca kenyataan penuh beliau:
 RISALAH PEMBERITAHUAN MENGENAI PENARIKAN BALIK BUKU-BUKU KARANGAN SAYA Adalah dengan penuh sedar dan insaf, saya Mohamad Zubir Awang (Dato'Dr.) mengumumkan kepada kaum Muslimin sekalian di negeri Terengganu
 dan di lain-lain negeri di Malaysia, bahawa saya dapati buku-buku
 karangan saya yang lepas adalah mengandungi kesilapan-kesilapan,
 setengahnya yang saya sebut mengenai peratus-peratus masyarakat Islam
 untuk dilaksanakan hukum hudud Islam ke atas masyarakat Malaysia, pada
 hal hak Allah dan Rasul tiada peratus-peratus dan beberapa perkara
 lagi mengenai huraian ayat
 (æóãóäú áóãú íóÍúßõãú) yang juga ada mengandungi perkara-perkara yang
 tidak tepat dan kabur.
 2. Dengan ini saya nyatakan, bahawa buku huraian ayat (æóãóäú áóãúíóÍúßõãú) iaitu huraian kafir, zalim dan fasiq itu mengandungi
 kesilapan-kesilapan yang kurang tepat. Buku tersebut memakai tajuk
 "Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (2). Buku pertama memakai judul
 "Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (1), dengan nama barunya ialah
 "Permasalahan Agama dan Politik, Analisa dan Huraian".
 3. Saya juga dengan ini menegaskan bahawa buku saya bernama (ÇáÏæáÉÇáÇÓáÇãíÉ) iaitu "Kerajaan Islam" atau "Pemerintahan Islam" juga ada
 mengandungi sedikit sebanyak kesilapannya. Buku ini tebalnya hampir
 300 muka surat, tetapi tidak dihebohkan kepada umum, bahkan dimiliki
 oleh orang-orang tertentu sahaja.
 4. Perlu diingatkan, bahawa kesilapan-kesilapan yang mengandungi hakAllah dan Rasul-Nya wajiblah saya mengaku salah serta menarik balik
 buku-buku yang salah itu dan bertaubat meminta maaf kepada Allah swt
 akibat dari kesilapan tersebut yang saya sendiri menelitinya semasa
 mengarang buku-buku tersebut masa dulu.
 5. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan kepada sesiapa yang telahmembaca buku-buku saya itu, bahawa saya menarik balik buku-buku
 tersebut dan mengaku tersilap dan tersalah serta sesiapa yang
 memilikinya, janganlah lagi berpegang kepada buku-buku tersebut,
 kerana saya tidak lagi bertanggungjawab terhadap buku-buku tersebut.
 6. Buku-buku yang saya menarik balik ialah:- (a) Buku "Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (2)" iaitu huraiantentang ayat (æóãóäú áóãú íóÍúßõãú), penjelasan mengenai kafir dan
 fasiq.
 Oleh: Hj Mohamad Zubir bin Haji Awang
 (b) Buku "Penjelasan Isu-Isu Agama dan Politik (1)" dengan namabarunya "Permasalahan Agama dan Politik – Analisa dan Huraian"
 Oleh: Dato' Hj Mohamad Zubir Hj Awang
 (c) Buku "Kerajaan Islam atau Pemerintahan Islam" (ÇáÏæáÉ ÇáÇÓáÇãíÉ) (d) Huraian Negara Islam dan Negara Kafir (ÏÇÑÇáÇÓáÇã æÏÇÑÇáßÝÑ)7. Saya menegaskan di sini bahawa hukum-hukum Hudud Islam ialah hukum
 Allah yang merupakan hak Allah dan Rasul-Nya yang wajib ke atas umat
 Islam percaya, menerimanya serta taat dan patuh kepada hukum-hukum
 tersebut tanpa apa-apa was-was. Penerimaan ikhlas di hati dan
 tindak-tanduk zahir serta perasaan.
 8. Buku karangan saya berjudul – HUKUM HUDUD ISLAM – pun ada kesilapanpada baris keenam di halaman Kata-Kata Pengantar, yang tercatat
 begini:
 "Hukum-hukum Hudud Islam ini adalah termasuk di dalam perkara-perkaraHukum Allah dan Syari'at Nabi Muhammad yang wajib di atas umat Islam
 mematuhinya dan menerima pakainya. Perkataan selepasnya ialah "selagi
 mereka mampu" itu wajiblah digugurkan dan saya mengaku kesilapan itu
 berlaku kerana kurang teliti."
 9. Di dalam halaman 23 buku Hukum Hudud ini juga saya catatkan sebuahhadis mengenai minuman dan pemakanan orang bukan Islam. Menurut Dr
 Yusuf Al-Qardhawy, hadis itu bukan hadis, hanya mungkin perkataan
 sahabat atau tabi'in sahaja. Maka saya juga menarik balik hadis ini.
 10. Buku saya yang berjudul "Huraian Negara Islam dan Negara Kafir"ingin saya jelaskan di sini bahawa "Negara Islam yang cukup syaratnya
 ialah negara Islam yang diperintah dengan hukum dari al-Quran dan
 as-Sunah, termasuk di dalamnya hukum hudud, yang mana dinamakan negara
 Islam yang adil." Saya juga menarik balik buku ini dari digunapakai
 oleh masyarakat Islam kita.
 Saudara pembaca! Saya sekali lagi menegaskan bahawa buku-buku yangsaya sebut di sini yang mengandungi kesilapan yang banyak itu saya
 menarik balik dan memohon keampunan dari Allah swt Yang Maha Kuasa
 supaya dilepaskan tambatan saya dengan buku-buku tersebut tanpa ada
 apa-apa kaitan lagi – di dunia dan akhirat. Sekiranya ada
 kesilapan-kesilapan lain di dalam mana-mana buku saya yang lain dari
 yang disebutkan tadi, maka saya juga tetap menarik balik
 perkataan-perkataan tersebut serta memohon keampunan dari Allah swt.
 Harapan saya supaya Allah mengampunkan dosa saya, sama ada saya sedaratau tidak, dan dosa ibu bapa kita serta kaum Muslimin seluruhnya.
 Sekian harapan saya. Terima kasih. Saya yang lemah: t.t.Mohamad Zubir bin Hj Awang (Dato')
 5 September 2005 sumber : http://www.buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=312 | 
Bismillahir Rahmanir Rahim
https://keep.line.me/s/N0F4qiSiRjjD98DHLJlBFJXoSJjIWHEx3eDnTX5X7DQ
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin.?
Terima kasih wa 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.
Bismillahir Rahmanir Rahim
https://keep.line.me/s/N0F4qiSiRjjD98DHLJlBFJXoSJjIWHEx3eDnTX5X7DQ
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin.?
Terima kasih wa 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.