| Pembohongan Syiah Di Dalam Sejarah Islam susunanHasrizal Abdul Jamil <http://www.hasrizal.com/>
 BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan
 PENGENALAN Ulamak ilmu jarh wa ta'dil (penilaian keadilan perawi hadith) telahbersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di
 kalangan syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan
 kelompok-kelompok yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta'dil yang
 masyhur seperti kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu 'Adi, Ibnu Mu'ien,
 Ad-Daruquthni dan lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal
 ehwal sanad periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa,
 pembohongan oleh syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli
 qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi 'lebih pembohong dari
 rafidhi (syiah)' sebagai mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu
 sangat kuat berdusta.
 Sebagai contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku telahmendengar Al-A'masy menyebut, "...aku telah menemui orang ramai dan
 tidaklah mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta."
 (lihat : Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16).
 Al-Khatib Al-Baghdadi juga pernah meriwayatkan dengan sanad kepada
 Ibnu Al-Mubarak, beliau berkata, "Abu 'Ismah telah bertanya kepada Abu
 Hanifah : daripada siapakah kamu memerintahkan aku supaya mendengar
 (untuk mengambil dan meriwayatkan hadith)?" Abu Hanifah menjawab,
 "Daripada setiap mereka yang adil pada hawa nafsunya melainkan syiah,
 kerana sesungguhnya usul aqidah mereka adalah menghukum sesat para
 sahabat Muhammad SAW". (lihat : Al-Kifayah fi 'Ilmi Ar-Riwayah oleh
 Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203).
 Bahkan Hamad bin Salamah telah berkata, "telah berkata syeikh mereka(syiah) bahawa: Sesungguhnya jika kami berkumpul, kami akan
 memperelokkan satu-satu riwayat dan kemudian kami jadikan ia sebagai
 hadith!" (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16).
 Selain itu, Yunus bin Abdul A'la telah berkata, "Asyhab telah berkata:
 Imam Malik telah ditanya pendapatnya mengenai syiah rafidhah". Imam
 Malik menjawab, "janganlah kamu bercakap dengan mereka dan jangan
 meriwayatkan apa-apa dari mereka. Sesungguhnya mereka itu adalah
 pendusta." (lihat: Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi, ms. 21). Harmalah juga
 pernah bekata, "aku mendengar Imam Asy-Syafie berkata: aku tidak
 pernah melihat seseorang membuat kesaksian palsu selain daripada syiah
 ar-rafidhah". (lihat : Al-Kifayah fi 'Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib
 Al-Baghdadi ms. 202).
 Lebih jauh daripada itu, syiah telah menjadikan pendustaan sebagaisyiar mereka lalu diimejkan jenayah itu dengan imej keagamaan dengan
 menamakannya sebagai 'Taqiyyah'. Misalnya mereka berkata, "Tiada iman
 bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah" Kalam ini mereka nisbahkan kepada
 Muhammad Al-Baqir sebagai pengkhianatan dan pencelaan ke atas
 Al-Baqir. (lihat: Al-Kafi fil Usul oleh Al-Kulaini, bab At-Taqiyyah
 juzuk 2 ms. 19).
 ALUL BAYT DAN PEMBOHONGAN SYIAH Pembohongan syiah bukan sahaja mendapat komentar oleh para ulamakhadith dan lain-lainnya, bahkan turut diulas oleh Saidina Ali RA dan
 para Alul Bayt sendiri. Misalnya, Abu Amr Al-Kasyi menyebut di dalam
 kitab Ar-Rijal, "Abu Abdillah (iaitu Jaafar As-Sadiq) telah berkata:
 sesungguhnya kami Alul Bayt adalah orang-orang yang benar, tetapi kami
 tidak bebas dari terkena pendustaan ke atas kami. Lantas kebenaran
 kami telah gugur disebabkan oleh pendustaan mereka ke atas kami di
 kalangan manusia. Rasulullah SAW adalah sebenar-benar insan tetapi
 Musailamah telah mendustainya, Amirul Mu'minin Ali bin Abi Thalib
 adalah orang benar selepas Rasulullah SAW dengan kesaksian daripada
 Allah tetapi dia telah didustakan oleh Abdullah bin Saba' -Laknatullah
 'Alaih-. Manakala Abu Abdillah Al-Husein bin Ali pula telah ditimpa
 bencana Al-Mukhtar (Ats-Tsaqafi). ..Manakala Ali bin Al-Husein pula
 telah didustakan oleh Abdullah bin Al-Harith Asy-Syami dan Bannan...
 begitu juga dengan Al-Mughirah bin Said serta As-Sirriey dan Abu
 Al-Khattab..." Lantas beliau menyambung, "... laknat Allah ke atas
 mereka semua, dan kami juga tidak terlepas dari didustakan oleh
 pendusta. Cukuplah Allah (sebagai pelindung kami) dari bencana
 sekalian pendusta, semoga Allah merasakan ke atas mereka kepanasan
 besi yang terbakar". (lihat: Ar-Rijal oleh Al-Kasyi ms. 257).
 Sesungguhnya golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan riwayatpalsu yang bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana
 mereka mencipta hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt.
 Mereka juga mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA
 khususnya Abu Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA. (lihat contohnya di
 dalam Syarh Nahjil Balaghah oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135).
 Syiah juga mencipta hadith palsu untuk menghina Muawiyah RA. Satu
 contoh mudah adalah hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW
 kononnya Baginda berkata, "jika kamu melihat Muawiyah di atas
 mimbarku, maka bunuhlah dia" (lihat: Al-Alie' Al-Masnu'ah fi
 Al-Ahadith Al-Maudhu'ah oleh As-Sayuti, juzuk 1 ms. 323) Bukan sahaja
 di dalam membahaskan tentang Ali RA dan Muawiyah RA, bahkan syiah juga
 mencipta banyak pembohongan terhadap para sahabat RA yang lain. Jika
 mereka berani untuk mendustakan Nabi SAW maka seudah tentulah
 pembohongan ke atas selain Baginda itu jauh lebih mudah bagi mereka.
 IBNU TAIMIYAH DAN SYIAH Penulisan Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah adalah diantara penulisan yang paling baik di dalam proses mendedah dan
 menyingkap perancangan dan taktik syiah merosakkan kesucian Islam di
 dalam masalah aqidah, hadith, fiqh dan sejarah. Katanya, "...
 sesungguhnya ahli ilmu telah bersepakat dengan naqal,, riwayat dan
 isnad bahawa syiah itu adalah sedusta-dusta kaum, pembohongan di
 kalangan mereka telah begitu lama, dan sebab itulah para imam dan
 ulamak Islam mengenali mereka sebagai kelompok yang beridentitikan
 'kaki dusta'" (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms.
 16).
 Jika dibuat penelitian terhadap riwayat-riwayat yang dipelopori olehsyiah, kita akan menemui kesimpulan bahawa golongan ini tidak pernah
 memperincikan hadith- hadith mereka kepada soal amanah, 'adalah
 (keadilan perawi) dan penjagaan serta hafalan. Kitab-kitab muktabar
 mereka seperti Al-Kafi dan sebagainya, penuh dengan riwayat-riwayat
 yang disanadkan kepada sedusta-dusta perawi. Ini adalah kerana,
 pertimbangan kesahihan riwayat mereka hanyalah berpaksikan kepada
 sikap taasub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan dan
 ulamak Islam. Jelas sekali mereka tidak menerima riwayat melainkan ia
 dibawa oleh perawi yang semazhab dengan mereka, iaitu cukup dengan
 kedudukan perawi itu seorang syi'e imami. Tidak menjadi soal sama ada
 perawi itu seorang yang teliti atau lalai, benar atau pembohong,
 mereka tidak menilai riwayat-riwayat dengan satu kaedah ilmiah
 sebagaimana yang kita lihat di kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 Kaedah ini adalah intisari terpeliharanya ajaran Islam bahkan dikagumi
 oleh pengkaji- pengkaji barat seperti Margolioth dan lain-lain.
 Seringkali apabila ditanya siapakah perawi hadith ini, syiah akan
 menjawab, ia diriwayatkan oleh Al-Husein, Al-Baqir atau Musa
 Al-Kadzim... maka muktamadlah ia. (lihat: Asy-Syiah fi 'Aqa'idihim wa
 Ahkamihim oleh Amir Muhammad Al-Kadzimi Al-Qazwini ms. 6, dinaqalkan
 dari Wa Jaa'a Daurul Majus oleh Dr. Abdullah Al-Gharib ms. 121)
 Ibnu Taimiyah ketika membantah dakwaan Ibnu al-Muthahhar Al-HulliyAr-Rafidhi yang mendakwa di dalam kitabnya Minhaj Al-Karamah bahawa
 perawi-perawi syiah adalah tsiqah, beliau berkata,
 ".. Kami (ahli sunnah dan hadith) mengkritik perawi-perawi kami darikalangan ahli sunnah tanpa membuat sebarang penambahan. Kami mempunyai
 tulisan yang banyak sekali untuk menilai sama ada mereka adil atau
 dhaif, benar atau lalai, dusta atau keliru. Kami tidak menyokong
 mereka secara batil sebagai usul walaupun dengan kesalehan dan
 keelokan ibadat mereka. Bahkan kami menggugurkan periwayatan mereka
 sebagai hujah sekiranya mereka banyak melakukan kesilapan di dalam
 meriwayatkan hadith dan lemah ingatan walaupun mereka itu terdiri
 daripada wali-wali Allah. Sedangkan kalian (syiah) menetapkan seorang
 perawi itu sebagai tsiqah (berkepercayaan) hanya kerana dia seorang
 syiah imami, tanpa mengira dia itu seorang yang pelupa atau kuat
 ingatan, berdusta atau bercakap benar. Dengan itu penuhlah di tangan
 kalian berita dan khabar lisan kalian yang berdusta atau tidak
 diketahui kesahihannya. Sama perihalnya dengan Ahli Kitab Yahudi dan
 Kristian dengan pendustaan syiah Ar-Rafidhah sebagai perbandingan..."
 "... Kami mengetahui bahawa Khawarij itu lebih jahat daripada kalian,tetapi walaupun begitu kami tidak menuduh mereka sebagai pendusta. Ini
 adalah kerana kami telah  pun menguji mereka dan jelasnya mereka itu
 bercakap benar. Maka bagi mereka itu apa yang benar dan ke atas
 merekalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan.Sedangkan di sisi kalian,
 yang benar itu dianggap seperti titik hitam yang keji...! Sedangkan
 Ahli Sunnah dan Hadith tidak merestui pembohongan walaupun ia boleh
 memberikan keuntungan pada hawa nafsu. Lihat sahaja berapa banyak
 riwayat mengenai kelebihan Abu Bakar, Umar, Uthman bahkan Muawiyah
 serta yang lain-lainnya di dalam hadith-hadith yang sanadnya
 diriwayatkan oleh  An-Naqqasy, Al-Qathi'ie, Ats-Tsa'labi, Al-Ahwazi,
 Abi Naiem, Al-Khatib, Ibnu Asakir dan lain-lainnya. Akan tetapi ulamak
 hadith tidak menerima sekiranya ada keterangan tentang berlakunya
 pendustaan di dalamnya bahkan jika pada isnad hadith itu ada sahaja
 seorang perawi majhul yang tidak diketahui perihalnya, maka hadith itu
 ditangguhkan penerimaannya. Sedangkan kalian (syiah) hanya
 mensyaratkan hadith di sisi kalian bahawa ia bertepatan dengan hawa
 nafsu biarpun ia umpama daging yang busuk mahupun lemak!" (lihat
 Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi ms. 480)
 IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH DAN SYIAH Ketika mengulas tentang syiah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan,"Manakala Ali bin Abi Thalib, hukum hakam dan fatwanya begitu tersebar
 sekali. Akan tetapi, semoga Allah membinasakan syiah, mereka telah
 merosakkan banyak daripada ilmunya (Ali bin Abi Thalib) dengan
 melakukan pendustaan ke atas beliau. Oleh yang demikianlah, anda
 dapati kebanyakan ashabul hadith dan ahlus sahih tidak berpegang
 kepada hadith dan fatwa Ali bin Abi Thalib melainkan jika ia datang
 melalui periwayatan Ahli Baytnya dan pengikut Abdullah bin Mas'ud."
 (lihat : 'A'lam Al-Muwaqqi'ien oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, juzuk 1
 ms. 21)
 Jelaslah kelihatan di dalam pengamatan kita, bahawa kebanyakan riwayatyang wujud mencela khilafah Amirul Mu'minin Uthman bin Affan RA.
 adalah daripada golongan syiah. Mereka tidak meriwayatkan
 berita-berita tentang peristiwa berkenaan daripada perawi yang
 menyaksikan kejadiannya, bahkan hanya mendengar daripada yang
 mendengar, berdusta dari yang berdusta. Dalam banyak keadaan juga,
 seorang perawi banyak meriwayatkan kejadian yang berlaku berpuluh
 tahun sebelum itu.
 Berikut adalah pendapat para ulamak jarh wa ta'dil berhubung denganbeberapa orang perawi syiah terkemuka. Mereka adalah di antara pemilik
 riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab sejarah yang utama seperi
 kitab Tarikh Ar-Rusul wal Muluk oleh Imam At-Thabari. Merekalah juga
 tokoh ahli akhbar (akhbariyyin) yang paling banyak menyumbang riwayat
 berhubung dengan fitnah yang berlaku di zaman Saidina Uthman dan Ali
 RA. Riwayat-riwayat berkenaan memperlihatkan pengolahan kisah dengan
 gambaran khusus untuk mereka menyebarkan propaganda syiah di awal-awal
 terasasnya sejarah Islam, selepas mereka menipu ramai manusia atas
 nama agama dan kecintaan kepada Alul Bayt!
 Kita kemukakan tiga contoh perawi syiah yang merupakan antara perawiyang wujud di dalam periwayatan Tarikh At-Thabari. Penjelasan ini
 bertujuan untuk memperlihatkan  bagaimana mudarat yang telah syiah
 lakukan terhadap sejarah Islam. Mereka yang mahu melanjutkan
 pengetahun berhubung dengan perawi-perawi syiah, kitab-kitab ilmu jarh
 wa-ta'dil mempunyai banyak catatan berhubung dengan mereka. Bahkan
 terdapat juga buku yang mengumpulkan maklumat berhubung dengan perawi
 syiah secara khusus. Misalnya kitab Rijal Asy-Syiah fil Mizan oleh
 Abdul Rahman Abdullah Az-Zar'ie, cetakan Darul Arqam, Kuwait.
 Abu Mikhnaf Lut bin Yahya Abu Hatim berkata mengenainya : matruk (ditinggalkan -yakni tidakdiambil periwayatannya). Ad-Darulquthni pula mengatakan bahawa beliau
 dhaif (lemah). Ibnu Mu'ien berkata: dia itu tidak dipercayai dan tidak
 mempunyai sebarang nilai.. Ibnu 'Adie mengatakan bahawa beliau ini
 syiah pekat yang menjadi tuan punya kisah-kisah (akhbar) kaum itu.
 Adz-Dzahabi mengatakan bahawa beliau seorang ikhbari (ahli akhbar)
 yang cuai dengan periwayatannya serta tidak dipercayai.
 Hisham bin Muhammad bin As-Saib Al-Kalbi Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Sesungguhnya beliau adalah pemilikhikayat-hikayat malam (samar) dan perihal nasab. Padaku tidaklah ada
 seorang pun yang mengambil hadith daripadanya. Ad-Darulquthni pula
 memberi komentar bahawa Al-Kalbi ini matruk. Ibnu Asakir mengatakan
 bahawa beliau ini syiah rafidhie yang tidak boleh dipercayai.
 Al-'Uqaili mengatakan bahawa padanya ada kelemahan (dari segi jarh wa
 ta'dil). Ibnu Al-Jarud dan Ibnu As-Sakan menyenaraikan Al-Kalbi di
 dalam kitab Ad-Dhu'afa (perawi-perawi yang dhaif) mereka. Al-Kalbi
 juga dicela oleh Al-Asma'ani.  Ibnu Hibban juga mengatakan bahawa
 beliau meriwayatkan daripada bapanya yang mana mereka berdua terkenal
 dengan kisah-kisah karut dan akhbar yang tidak diketahui asal-usulnya.
 Juga sangat melampau di dalam berpegang dengan mazhab syiahnya.. Ibnu
 Mu'ien berkata: beliau itu seorang yang tidak dipercayai, pendusta dan
 sering tercicir di dalam periwayatannya. Ibnu 'Adie berkata: Hisham
 Al-Kalbi itu lebih terkenal dengan hikayat-hikayat malam (samar) dan
 setahu aku tidaklah ia mempunyai sebarang musnad bahkan  bapanya juga
 adalah al-kazzab (sangat pendusta). Adz-Dzahabi pula memberi komen:
 Hisham itu tidak boleh dipercayai.
 Jabir bin Yazid Al-Ju'fie Ibnu Mu'ien berkata : Jabir itu seorang yang sangat pendusta,hadithnya tidak ditulis dan tiada kemuliaan baginya. Zaidah bin
 Qudamah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : sesungguhnya Al-Ju'fie itu demi
 Allah seorang seorang yang sangat pendusta dan beriman dengan akidah
 Ar-Raj'ah. Abu Hanifah pula menyebut : Di kalangan orang yang pernah
 aku temui, tiadalah yang lebih pendusta dari Jabir Al-Ju'fie. Tidaklah
 aku berikan dia satu-satu pendapatku melainkan ia akan mendatangiku
 dengan sesuatu yang telah ia lakukan kepada pendapatku. An-Nasa'ie
 berkata : matruk. Abu Daud pula berkata : Tiadalah sebarang kekuatan
 pada hadithnya (Al-Ju'fie) di sisiku. Asy-Syafie berkata :  Aku
 mendengar Sufian bin Uyainah berkata: Aku mendengar kalam Jabir
 Al-Ju'fie lantas aku segera menyembunyikan diri kerana bimbang kami
 akan ditimpa oleh bumbung! Yahya bin Ya'la pula menyebut : Aku
 mendengar Zaidah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : Jabir A-Ju'fie itu
 seorang syiah Ar-Rafidhie yang mencaci sahabat-sahabat Nabi SAW. Ibnu
 Hibban pula memberikan komentarnya : Beliau (Al-Ju'fie) itu adalah
 saba'ie pengikut Abdullah bin Saba'. Beliau mempercayai bahawa Ali itu
 akan kembali ke dunia. Al-Jourjanie berkata : Beliau itu sangat
 pendusta.
 Kesimpulan Ketiga-tiga perawi tadi adalah pemegang kepada riwayat-riwayat utamaberhubung dengan peristiwa fitnah di zaman Saidina Uthman RA yang
 terdapat di dalam kitab Tarikh Al-Umam War-Rusul oleh Imam At-Thabari.
 Merekalah yang bertanggungjawab terhadap riwayat-riwayat dusta yang
 memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW seperti Uthman bin Affan
 RA., Aishah RA. dan Muawiyah bin Abi Sufian RA. Kefahaman umat Islam
 terhadap beberapa peristiwa getir di zaman itu seperti Perang Jamal
 dan Siffin, Majlis Tahkim, pembunuhan Husein RA dan sebagainya, juga
 dicemari dengan riwayat-riwayat para pembohong seperti perawi yang
 telah kita sebutkan di atas.   Oleh yang demikian, amat penting bagi
 kita untuk membuat penilaian semula terhadap Sejarah Islam yang kita
 fahami selama ini. Mana-mana riwayat yang didapati bercanggah dengan
 kedudukan para Sahabat RA dan Baginda SAW sendiri, hendaklah dikaji
 semula dan dinilai berdasarkan kedudukan perawi yang meriwayatkannya.
 Ini adalah anjuran Imam At-Thabari sendiri sebagaimana yang beliaunyatakan di dalam muqaddimah kitabnya Tarikh Al-Umam wal Muluk (Tarikh
 At-Thabari) yang masyhur itu; bahawa kesahihan riwayat-riwayat yang
 dikemukakannya hendaklah ditentukan dengan menilai sanad yang beliau
 sertakan pada hampir setiap riwayat. Janganlah nanti kerana menganggap
 kitab Tarikh At-Thabari itu muktabar, maka kita mengabaikan kaedah
 yang disyaratkan kepada mereka yang ingin mengambil manfaat daripada
 penulisannya itu. Sesungguhnya  semua ini berhajatkan kepada disiplin
 ilmu yang tinggi, maka janganlah nanti ada pula yang mencabuli
 kebenaran yang menjadi hak Allah tanpa ilmu pengetahuan yang nyata.
 Allah SWT berfirman:
 "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yangberhubung dengan Allah SWT, tidak berdasarkan sebarang pengetahuan,
 dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan."
 (Al-Hajj 22 : 3)
 FirmanNya lagi: "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yangberhubung dengan Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang
 pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan atau Kitab
 ALlah yang menerangi kebenaran. Ia membantah sambil memalingkan
 sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan
 orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia
 dan Kami akan merasakannya azab membakar pada hari kiamat kelak"
 (Al-Hajj 22 : 8-9)
   _____  Artikel ini diterjemah dan disunting berdasarkan tesis PhD Dr.Muhammad Amahzun bertajuk "Tahqiq Mawaqif As-Sahabah fil Fitnah min
 Riwayat Al-Imam At-Thabari wal Muhaddithin" yang diterbitkan dalam
 bentuk buku oleh Dar At-Thayyibah lin Nasyr wat Tauzi', Riyadh.
 --
 "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
 Seluruh Alam"
 Pak Ngahhttp://pakngah70.blogspot.com/
 |