Perjumpaan Persatuan Orang-orang cacat anggota Malaysia dengan SUHAKAM amat dialu-alukan, ini kerana warga OKU merasakan diri mereka dilayan seperti warga kelas kedua oleh sesetengah masyarakat di Malaysia. Perisytiharan Selangor Maju 2005 dan usaha mencapai Negrara maju 2020 mestilah melibatkan semua pihak bukan setakat orang normal sahaja. OKU merasakan kerajaan perlu bertindak tegas terutamanya bangunan yang dibina selepas akta kebebasan bergerak diwartakan mestilah mematuhi piawai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri. Sudah 14 tahun OKU menunggu tetapi pihak-pihak kontraktor yang hanya mementingkan keuntungan disamping sikap kerajaan yang menguatkuasakan akta tersebut sambil lewa menyebabkan OKU merasa kecewa. Di manakah suara parti-parti politik dalam memperjuangkan isu-isu OKU, kami juga rakyat Malaysia dan menjadi pengundi pada setiap kali pilihanraya umum. Akta kebebasan bergerak untuk OKU sebenarnya telah dirangka dan diwartakan di Malaysia sejak bulan Julai 1991 lagi. Dua jenis akta telah disediakan iaitu: - Code of practice for access for disabled people to public building (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU di dalam bangunan awam).
- Code of practice for disabled people outside buildings (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU diluar bangunan).
Akta tersebut MS1184 : 1991, UDC 721.052 : 362.4 telah diluluskan oleh Majlis Sirim(Sirim Council) pada Julai 1991 dan diakui oleh Jawatankuasa industri piawaian bangunan dan Kejuruteraan awam (building and civil engineering industry standards committee). Negara-negara maju yang lain telah melaksanakan akta kebebasan bergerak mereka sendiri untuk OKU di dalam bangunann misalnya Australian Standard design for access and mobility. General requirement for access-buildings pada 1988 dan British standard code of practice for access for disabled to buildings pada 1979, Di Malaysia bangunan persendirian yang mempunyai keluasan kurang dari 280 meter persegi tidak diwajibkan menyediakan kemudahan kepada OKU tetapi bangunan awam mestilah menyediakan kemudahan untuk OKU. Bangunan awam yang dimaksudkan ialah pejabat-pejabat, bank, pejabat pos, kedai-kedai, supermarket, jabatan stor, bangunan-bangunan pentadbiran dan bangunan komersial. Termasuk juga hospital, pusat perubatan, klinik, pusat kesihatan dan bangunan kebajikan, masjid serta rumah-rumah ibadat, sekolah, kolej, universiti, zoo, muzium, galeri kesenian, perpustakaan, bangunan pamiran, bangunan pendidikan, kebudayaan dan kajian saintifik, asrama, hotel dan bangunan kediaman yang didiami warga OKU, bangunan kenderaan awam seperti stesen kereta api, stesen bas, stesen komuter dan LRT, bangunan parking kereta dan bangunan kilang. Bagi diluar bangunan pula, bagi sesuatu tempat yang mempunyai 100 tempat parking kenderaan mestilah menyediakan sekuarang-kurangnya satu tempat parking khas untuk OKU dan adalah sesuai dua tempat parking. Kecuraman sesuatu laluan (pathways and ramps) mestilah sekurang-kurangnya 1:12 bagi OKU menggunakan kerusi roda dan 1:8 bagi OKU yang tidak menggunakan kerusi roda. Panjang sesuatu laluan yang disediakan itu tidak kurang dari 1200mm dan tidak melebihi 6000 mm. Pintu untuk keluar masuk sesebuah bangunan juga mestilah luas 800mm- 1500mm bagi memudahkan OKU berkerusi roda menggunakannya. Di sesetengah laluan perlu disediakan ‘handrails’ bagi memudahkan OKU melaluinya. Bukaan pintu lif pula hendaklah tidak kurang dari 1800mm. Tandas khas Oku bersaiz lebih besar. Semua kemudahan ini hendaklah diletakkan tanda atau symbol OKU seperti Simbol antarabangsa, gambar manusi duduk atas kerusi roda. Kadangkala agak pelik dalam bulan lepas apabila timbul isu OKU yang dapat rumah flet kos rendah ditingkat atas sedangkan tiada lif disediakan, macammana mereka nak naik ke rumah masing-masing? Kami juga insan yang memerlukan keprihatinan masyarakat Malaysia. Janganlah anggap kami warga kelas dua. |