Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.
Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.
"Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam":
Blogger
28 Ogos 2005
Fatwa Pengharaman Anti-hadith
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada' dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12
Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada
wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca
kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari
golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai
sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah
difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal
'iya zubillahi min zalik.
Fatwa Mufti Perak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Gerakan Anti-hadis
Isu :
"A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –
(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam
al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;
(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis
oleh Dr. Rashad Khalifa,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta
mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku
tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai
sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan
mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian
sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan
aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh
menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu
kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islamiah.
Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
"Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2
Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti
berikut
C. OLEH YANG DEMIKIAN –
(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu –
Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer
Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan
berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-
ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World";
(b) mencetak, menerbitkan, memiliki,
menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan
buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau
variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang
bertujuan memberikan publisiti
kepada mana-mana buku itu,pada atau
atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa
media; atau
(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana
Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan
atau mengembangkan kumpulan sedemikian."
KHAZANAH dunia Melayu memang kaya dengan pelbagai disiplin ilmu. Pada kesempatan ini diperkenalkan pula sebuah kamus Arab-Melayu yang paling terkenal. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Judul sebenar dalam persuratan ialah Qamus Idris Al-Marbawi.
Bagi saya, kamus ini ada kenangan tersendiri. Kamus Marbawi adalah kitab pertama diperkenalkan oleh ayah kepada saya. Pada waktu itu berlaku peristiwa aneh di tempat kelahiran saya pada 1950 iaitu 49 ekor ikan besar terdampar di pantai.
Sebab kamus Marbawi diperkenalkan oleh ayah kerana membanding rupa ikan yang terdampar dengan gambar dalam kamus itu, sekali gus nama jenis ikan itu.
Kamus ini disusun oleh Syeikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi (gambar). Beliau adalah murid Tok Kenali. Tok Kenali pula adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani.
Selepas berpuluh-puluh tahun berlalu, baru saya faham hakikat kenapa kamus Marbawi yang pertama diperkenalkan ayah dan ibu kepada saya.
Kamus Marbawi bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Ada kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Bagaimanapun, ia mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.
Di antara keistimewaannya, kamus Marbawi adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan tulisan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu.
Ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Makkah dan beberapa tempat lain.
Sebelum muncul kamus Arab-Melayu lain, kamus Marbawi digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.
Pada mukadimah, Syeikh Muhammad Idris 'Abdur Rauf al-Marbawi meluahkan yang terkandung dalam lubuk hatinya, demi kemajuan bangsa Melayu.
Katanya: "Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf."
Kamus Marbawi mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama dimulakan daripada huruf Alif dan berakhir dengan huruf Zha.
Semua perkataan Arab ada 18,000 kosa kata yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu.
Selain yang kosa kata, ada 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Juzuk kedua dimulakan daripada huruf 'Ain dan berakhir dengan huruf Ya', juga ada 18,000 kosa kata Arab yang diberi takrif atau ertinya dalam bahasa Melayu.
Dalam juzuk kedua, ada 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.
Juzuk pertama, tebal 384 halaman. Juzuk kedua, tebal 401 halaman. Dicetak dijadikan satu jilid.
Dalam kamus Marbawi tidak ada tarikh selesai penulisan. Begitu pun, satu catatan penting tarikh kelahiran beliau sendiri ada dicatat pada kamus itu.
Pada jilid pertama halaman 292, katanya: "Al-Masfalah: nama kampung di dalam Makkah al-Mukarramah, tempat pengarang kitab ini zahir ke dunia, iaitu dalam bulan Zulhijah bagi tahun 1313 Hijriah."
Tarikh itu bererti bersamaan dengan April atau Mei 1896. Selain itu, dalam Kamus Marbawi disertakan gambar Syeikh Muhammad Idris bin 'Abdur Rauf al-Marbawi ketika masih muda.
Kemungkinan gambar itu diambil ketika beliau selesai menyusun kamus itu.
Daripada catatan itu, bertambah mudah menyusun riwayat hidup lengkap ulama besar keturunan ulama dari Kampung Merbau, Perak, penyusun kamus ini. Tarikh meninggal dunia juga telah banyak ditulis orang iaitu pada 10 Oktober 1989.
Seperti disebutkan bahawa dalam kamus Marbawi ada banyak gambar (juzuk 1 dan juzuk 2, semua 1,200 gambar). Kemungkinan supaya sebelum ada pihak lain memprotesnya, maka pada mukadimah Syeikh Idris al-Marbawi menulis beberapa hadis mengenai hukum gambar.
Sebelum mengemukakan hadis pada bahagian atas beliau menulis: “Hukum syarak pada menyatakan gambar cara gurisan. Dengan sebab kedua juzuk Qamus Idris Al-Marbawi mempunyai lebih 1,200 kalimah diterangkan dengan gambar, padahalnya gambar itu haram.
“Maka munasabahlah kami dulukan menyebut hukumnya di bawah ini ..."
Selepas menulis hadis dalam bahasa Arab tanpa terjemahan, beliau tutup dengan kalimat: "Bandinglah rupa, kelakuan binatang dengan satunya, bertambah pengetahuan. Lihatlah binatang, banyak dalam kamus, terhimpun di sini."
Di antara cetakan awal kamus Marbawi yang diketahui ialah oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Ramadan 1350/Januari 1932 dan masih dicetak hingga sekarang.
Sungguhpun pelbagai kamus Arab-Melayu dihasilkan sama ada yang ditulis dengan tulisan Melayu-Jawi atau Rumi-Latin, banyak yang lebih lengkap, kamus Marbawi masih ramai peminatnya.
Daripada daftar yang beliau sebut ‘huruf potong’ dapat kita ketahui kitab rujukan Syeikh Muhammad Idris bin 'Abdur Rauf al-Marbawi ketika menyusun kitab itu ialah kitab Asas al-Balaghah oleh Zamakhsyari, kitab al-Bujairimi Syarh Fath al-Wahhab dan kitab Taj al-'Arus Syarh al-Qamus.
Qamus al-Munjid, kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra, kitab Daidah Ma'arif al-Qarn al-'Isyrin, kitab Fath al-Wahhab dan kitab al-Qamus al-'Ashri.
Kitab al-Qamus al-Muhith, kitab Mukhtar ash-Shihah, kitab al-Mishbah al-Munir dan kitab Manhaj ath-Thullab.
Tulisan Arab Melayu (ARMEL) telah dilupakan banyak pihak, khususnya dunia usaha dan dunia kerja. Saat ini anak-anak sekolah SD & SMP di Riau masih mempelajari penulisan tersebut.
Menurut kami, ada beberapa pola untuk melestarikan armel, salah satunya lewat siklus ekonomi. Setiap ada kebutuhan pasti ada suplai, rumus ekonomi inilah yang sebaiknya digunakan oleh Pemda untuk melestarikan armel.
Sebagai contoh bila administrasi intern perkantoran pemda Riau semuanya menggunakan aksara arab melayu dengan sendirinya akan ada kebutuhan editor arab melayu yang bisa link dengan MS Office dan bisa digunakan disemua bentuk komputer saat ini. Contoh detailnya lagi bila regulator yang dikeluarkan oleh pemda seperti Izin-izin, Akte Kelahiran, KK, KTP, SIM, IMB, SIUP,SITU dan sebagainya diterbitkan dalam aksara melayu dengan sendirinya kita dapat melestarikan aksara tersebut karna dibutuhkan ditingkat dunia kerja.
Dengan demikian Armel tidak sebatas untuk dipelajari anak-naak selkolah semata, namun tetap dipergunakan sebagai media komunikasi didunia usaha dan dnuia kerja, yang dengan sendirinya akan lestari dan Riau dapat dijadikan pusat pelestarian arab melayu sesuai visi 2020 RIAU.
Sebagai langkah awal untuk mendapatkan Editor Arab Melayu secara cuma-cuma dapat menghubungi :
1. Lembaga Adat Melayu Riau dengan Bapak Suwarto hp. 08127638000. 2. IAIN Rianiry Banda Aceh dengan Bapak Cut Azwar hp.08566033901. 3. IAIN Medan/Sumut dengan Bapak Irwan Nasution 08126024032. 4. Balai Bahasa Sumut dengan Bapak Sihombing 08126054470.
Tulisan Arab Melayu (ARMEL) telah dilupakan banyak pihak, khususnya dunia usaha dan dunia kerja. Saat ini anak-anak sekolah SD & SMP di Riau masih mempelajari penulisan tersebut.
Menurut kami, ada beberapa pola untuk melestarikan armel, salah satunya lewat siklus ekonomi. Setiap ada kebutuhan pasti ada suplai, rumus ekonomi inilah yang sebaiknya digunakan oleh Pemda untuk melestarikan armel.
Sebagai contoh bila administrasi intern perkantoran pemda Riau semuanya menggunakan aksara arab melayu dengan sendirinya akan ada kebutuhan editor arab melayu yang bisa link dengan MS Office dan bisa digunakan disemua bentuk komputer saat ini. Contoh detailnya lagi bila regulator yang dikeluarkan oleh pemda seperti Izin-izin, Akte Kelahiran, KK, KTP, SIM, IMB, SIUP,SITU dan sebagainya diterbitkan dalam aksara melayu dengan sendirinya kita dapat melestarikan aksara tersebut karna dibutuhkan ditingkat dunia kerja.
Dengan demikian Armel tidak sebatas untuk dipelajari anak-naak selkolah semata, namun tetap dipergunakan sebagai media komunikasi didunia usaha dan dnuia kerja, yang dengan sendirinya akan lestari dan Riau dapat dijadikan pusat pelestarian arab melayu sesuai visi 2020 RIAU.
Sebagai langkah awal untuk mendapatkan Editor Arab Melayu secara cuma-cuma dapat menghubungi :
1. Lembaga Adat Melayu Riau dengan Bapak Suwarto hp. 08127638000.
2. IAIN Rianiry Banda Aceh dengan Bapak Cut Azwar hp.08566033901.
3. IAIN Medan/Sumut dengan Bapak Irwan Nasution 08126024032.
4. Balai Bahasa Sumut dengan Bapak Sihombing 08126054470.