Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ibnu al-Nafis pengasas teori peredaran pulmonari
Friday, March 24, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


IBNU al-Nafis atau nama penuhnya ‘Ala’uddin Abu al-Hasan Ali Ibn Abi Al-Hazam Al-Qrasyi dilahirkan di pinggir bandar Damsyik pada 607H/1210M. Di bandar kelahirannya, beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan terkenal, antaranya al-Syeikh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi, al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.

Beliau yang berketurunan Quraisy merupakan rakan sepengajian Maufiquddin Qabu Al-Abbas Ahmad Libnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah iaitu penulis buku termasyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.

Mereka kemudian berpindah ke Kaherah dan bekerja di Al-Nasiri. Di hospital inilah, Ibn al-Nafis mencapai kemajuan dengan menjadi ketua doktor di hospital berkenaan. Sementara itu, Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan kajian kepada perubatan mata. Ibnu al-Nafis menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H/1288 M pada usia 80 tahun.

Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malah ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih menyerlah dan terkemuka berbanding para sarjana Islam yang lain.

Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal sebagai tokoh sarjana Islam dalam dunia perubatan. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.

Beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana percaya pada pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Demi memajukan bidang pembedahan, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah itu boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

Ibnu al-Nafis bersama para doktor Mesir yang lain telah melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Wabak itu merebak selama enam bulan dan akhirnya berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan itu Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.

Perkara penting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam kitab anatomi Ibnu Sina yang berkait dengan teori tentang peredaran darah adalah pergerakan darah dalam kitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem sirkulasi pulmonari’.

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasi pulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah ke seluruh tubuh.

Sewaktu dalam lingkungan umur 74 tahun, beliau ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan hospital itu berdasarkan keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut seperti wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu dan bilik khas untuk doktor. Selain itu beliau juga memperkenalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya ‘al-Mansuri’.

Sebagai seorang ahli perubatan, beliau banyak menghasilkan buku. Antaranya, al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb (Ensiklopedia Perubatan), Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl (opthalmilogi) dan al-Muhazzab (perubatan mata). Selain itu beliau juga menghasilkan al-Mujaziaiti, iaitu ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun. Fi ‘I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrates, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.

Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun ilmu yang paling utama diketahuinya ialah bidang perubatan. Ibnu al-Nafis juga merupakan seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan negara-negara Islam yang lain. Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia sangat penting kepada dunia Islam.

posted by Blogger @ 8:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com