Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Dua sahabat hasilkan al-Quran tulisan braille
Sunday, April 02, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20060402125020/Article/


Membantu insan istimewa seperti mereka supaya merasai ketenangan ketika membaca ayat suci al-Quran


PADA 1994, Zakaria Yahya dan Muhammad Lee Abdullah bercita-cita merangka satu usaha besar bagi sejarah umat Islam di negara ini – menghasilkan al-Quran braille untuk kepentingan umat Islam yang cacat penglihatan.

Usaha itu adalah kesinambungan perjuangan belum selesai beberapa rakan yang cacat penglihatan bagi memastikan ‘insan istimewa’ seperti mereka tidak dipinggirkan dalam merasai ketenangan mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

Dua sahabat yang masing-masing berusia 39 tahun itu sedar bahawa al-Quran adalah panduan hidup umat Islam malah Kitab Suci itu ‘menawarkan’ pelbagai hikmah dan pahala kepada mereka yang membacanya. Justeru, adalah satu kerugian jika peluang itu tidak dapat dinikmati insan seperti mereka.

“Dulu (sekitar 1980-an dan sebelumnya), sukar sekali untuk mereka yang cacat penglihatan membaca al-Quran kerana tidak ada al-Quran braille dihasilkan di negara ini; apa yang termampu, mereka hanya mendengar bacaan al-Quran yang dirakam.

“Jika ingin mengalunkan bacaan, mereka perlu menghafaz sesuatu surah tetapi tidak ramai yang mampu menghafaz banyak surah; saya sendiri tidak mampu,” kata Zakaria yang juga Pengerusi Biro Penerbitan, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis).

Usaha tanpa jemu selama hampir 12 tahun akhirnya merealisasikan impian berkenaan apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meluluskan kod braille al-Quran dihasilkan mereka pada 1998.

Kelulusan Jakim itu disambut Zakaria dan Muhammad Lee dengan penuh kesyukuran dan kini mereka sudah mampu tersenyum kerana ramai umat Islam cacat penglihatan yang dapat membaca al-Quran.

“Sehingga kini, hampir 1,000 naskhah al-Quran braille sudah dicetak dan diedarkan tidak saja di seluruh negara tapi sehingga ke Indonesia, Singapura dan Thailand. Pertis menjadi pengedar tunggal al-Quran braille ini.

“Terbaru, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran bersetuju bekerjasama dengan Pertis bagi mencetak al-Quran braille untuk diedarkan kepada pelajar Islam yang cacat penglihatan di seluruh negara,” katanya.

Ketika mengenangkan kembali sejarah penghasilan al-Quran braille di negara ini, Zakaria berkata, negara dipercayai menerima al-Quran braille pertama dari Jordan pada 1952; membuktikan usaha itu sebenarnya sudah lama dilakukan negara Islam di Timur Tengah.

“Al-Quran itu dipercayai dikirimkan pihak tertentu yang prihatin terhadap nasib umat Islam yang buta di negara ini dan ia mengandungi 30 juzuk yang dipecahkan kepada enam jilid,” katanya.

Bagaimanapun, melewati perjalanan masa, hanya satu daripada enam jilid al-Quran itu masih dijaga manakala selebihnya hilang tanpa dapat dikesan; satu jilid kitab suci itu kini dipulihara Pertis.

“Selain dari Jordan, kami turut memperoleh al-Quran braille dari Mesir pada 1964, Tunisia (1976) dan Indonesia (1970-an); al-Quran dari Jordan itu mula-mula diajar kepada penuntut Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor,” katanya.

Beliau berkata, usaha menyalin al-Quran braille di negara ini bermula sekitar 1980 tetapi tidak ramai berupaya melakukannya kerana ia mengambil masa bertahun bagi menyiapkan satu salinan, tambahan pula proses itu amat merumitkan.

“Bagaimanapun, al-Quran braille pertama yang lengkap dengan hukum tajwid berjaya disalin oleh Zahari Yani pada 1985 dan beliau mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyalin kitab itu berpandukan al-Quran braille dari Indonesia.

“Selepas siap disalin, ia dicetak menggunakan teknologi termoform pada kertas braillion dan untuk mencetak satu salinan al-Quran braille saja mengambil masa seminggu, tambahan pula kertas braillion adalah mahal iaitu kira-kira 90 sen sehelai,” katanya.

Usaha mengembangkan ajaran Allah itu bagaimanapun dipermudahkan Tuhan apabila pada awal 1990-an, teknologi komputer mula dihasilkan sekali gus membolehkan Zakaria dan Muhammad Lee mencipta kod braille al-Quran menggunakan komputer.

Muhamad Lee berkata, beliau mempelajari sendiri kaedah menukarkan kod aksara papan kekunci komputer kepada kod braille menggunakan perisian Duxbury sebelum dicetak pencetak braille.

“Selama tiga bulan, saya menukarkan kod braille al-Quran dari Indonesia kepada kod braille komputer; selepas itu kami mengambil masa hampir empat tahun untuk menyemak bacaan dan hukum tajwid bersama Jakim sebelum diluluskan jabatan itu pada 1998,” katanya.

Menggunakan teknologi komputer, Pertis dapat mencetak dua naskhah al-Quran braille sehari dan setiap naskhah dijual pada harga RM200.

Zakaria berkata, mereka yang tidak mempelajari kod braille al-Quran tidak dapat membaca kitab suci itu kerana ia berbeza dengan kod braille tulisan rumi. Bagi mengatasi masalah itu, Pertis menganjurkan kelas pengajian al-Quran braille pada setiap Sabtu.

“Di Masjidilharam, ada dua salinan al-Quran braille membuktikan ia juga setaraf al-Quran biasa,” katanya.

Masyarakat istimewa seperti mereka sudah berjaya menyahut seruan Rasulullah SAW seperti sabda Baginda: “Engkau mestilah membaca Al-Quran kerana Al-Quran itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit." – (Riwayat Ibn Hiban)
posted by Blogger @ 6:08 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com