Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Personaliti: Berdakwah seperti burung kakak tua tak lagi sesuai
Thursday, March 30, 2006

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Agama/20060329221936/Article/


ORANGNYA bertubuh kecil, tetapi bercita-cita besar. Berbekalkan semangat tidak mudah berputus asa, beliau ingin melihat agama bukan sekadar amalan rukun atau duduk atas sejadah saja, malah menjadi perkara praktikal sepanjang zaman.


Beliau ingin melihat agama diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Hatta, ahli astronomi yang berjaya menakluk angkasa dan usahawan yang menguasai ekonomi juga dapat memasukkan unsur agama dalam kerjaya mereka.

Itulah harapan Ketua Penolong Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, untuk mempromosikan agama Islam supaya dapat diterima sepanjang masa walaupun dalam perubahan dunia yang begitu ketara.

“Ilmu dunia terlalu cepat berubah, tetapi tidak ilmu bersifat agama. Memang fakta agama tidak berubah, tetapi pendekatan mengajar ilmu itu mesti berubah bagi memenuhi tuntutan masyarakat hari ini.

“Masyarakat kita ramai yang cerdik pandai. Mereka kian berminat dalam bidang agama. Cabaran kita ialah bagaimana menyampaikan ilmu dengan mudah dan memastikan ia diterima golongan ini,” katanya.

Dr Juanda berkata, jika dulu tok guru mengajar dan anak murid menerima saja ajaran guru mungkin perkara biasa. Tetapi, masyarakat Islam hari ini tidak suka kepada sistem seperti mengajar burung kakak tua.

Orang Islam kini semakin kritikal dalam berfikir dan bersedia bertanyakan pelbagai soalan bagi mendapatkan ilmu yang bukan saja tepat, malah mudah difahami dan dapat diterjemahkan dalam kehidupan harian mereka.

Umpamanya, golongan yang biasa hidup dengan peraturan akan meminta hujah atau bukti sebelum sesuatu perkara dapat diterima. Untuk itu pendakwah perlu bersedia dengan fakta untuk menguatkan pandangan mereka.

Dr Juanda berkata, ahli agama atau pendakwah tidak boleh berkata adakah pihak yang bertanya tidak percayakan mereka atau menidakkan suruhan Allah, tetapi hendaklah bersedia memberikan hujah dan fakta yang boleh meyakinkan mereka.

Katanya, masyarakat hari bukan saja ingin diberitahu bahawa solat itu wajib, tetapi mereka juga mahu dalil yang mengatakan kenapa ia wajib dan hukum lain berhubung sembahyang sebagai ibadat.

“Hari ini kita tidak boleh sekadar kata sembahyang itu wajib tetapi bagi dalil yang menunjukkan Allah yang katakan ia wajib. Terangkan wajib yang bagaimana dan dalam keadaan apa wajib itu gugur. Jika gugur, bagaimana hendak ganti balik.

“Kemudian kita beritahu sejarah di sebalik semua hukum itu. Bagaimana Nabi Muhammad SAW lakukan dan sahabat pula buat bagaimana. Yang bertanya itu mungkin bukan mereka yang arif, tetapi jawapan kita perlu meyakinkan mereka.

“Seperti orang hendak beli mesin basuh, mereka bukan tahu pasal mesin basuh. Tetapi, peniaga akan bagi semua hujah dan fakta bagi meyakinkan pembeli kenapa mereka perlu memilih mesin basuh itu,” katanya.

Dr Juanda berkata, jika soalan yang dikemukakan tidak boleh dijawab oleh ahli agama atau pendakwah, itu yang menjadikan Islam seolah-olah tidak praktikal dan tidak mampu memenuhi keperluan semasa yang sentiasa berubah.

Lulusan bidang perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar Mesir itu berkata, pengalaman tujuh tahun menganggotai pertubuhan dakwah Harakah Islamiah (Hikmah) banyak mendedahkan beliau kelemahan yang ada dalam pendekatan dakwah.

Disebabkan itu juga, katanya, beliau memilih pengkhususan pengurusan organisasi ketika melanjutkan pengajian doktor falsafah selepas memperoleh ijazah sarjana dalam bidang undang-undang keluarga Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Juanda berkata, membesar dalam gerakan dakwah membolehkan beliau melihat dilema pengurusan yang berterusan hingga hari ini. Antaranya kegiatan dakwah yang tidak tersusun, tiada perancangan, sasaran kerja dan pemantauan.

Beliau tidak terkejut jika organisasi dakwah sekarang ini tidak mempunyai modul khusus untuk generasi muda, golongan dewasa, pertengahan, warga emas dan saudara baru yang memeluk Islam.

Selain tanggungjawab menjawab soalan sama ada melalui telefon dan surat, memberi nasihat kepada mahkamah syariah serta pandangan berkaitan isu agama oleh jabatan agama, orang kedua selepas mufti itu turut dihambat tanggungjawab luar.

Beliau turut terbabit membuat ulasan bahan bercetak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, sebagai pakar rujuk istilah buku pendidikan agama Dewan Bahasa dan Pustaka serta memenuhi jemputan berceramah atau menjadi ahli panel seminar.

Menghabiskan setiap hujung minggu di Semenanjung bagi memenuhi undangan memang sudah menjadi rutin bapa kepada lima cahaya mata ini.

“Semua yang saya lakukan ini lebih kepada tanggungjawab kepada agama untuk mengubah cara pemikiran masyarakat terhadap agama. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami tugas pendakwah seperti saya,” katanya.

Tergolong dalam kumpulan generasi agama yang baru, Dr Juanda mengakui perlu banyak bersabar serta bijak mempersembahkan ajaran agama. Ia supaya dapat diseimbangkan di antara pandangan lama dengan moden secara cukup baik dan beradab.

Sebagai penerus kepada perjuangan, mereka juga hendaklah menghormati profesionalisme bidang agama atau dakwah yang diceburi dengan menguasai ilmu dalam bidang itu.

Memetik kata-kata hikmah seorang ulama di Universiti Al-Azhar, beliau berharap mereka yang terbabit secara langsung dengan usaha mengembangkan Islam dapat mengambil kebaikan daripadanya.

Kata ulama itu: “Saya pakar dalam ilmu hadis, tetapi jika bertanya kepada saya sesuatu berkaitan fikah atau tafsir, saya kata, “Minta maaf, saya hormat diri saya sendiri. Awak hendak bertanya bidang fikah, ada ulama fikah dan bertanya bidang tafsir, ada ulama tafsir. Saya perlu hormat profesionalisme saya.”

Dr Juanda berkata, masalah sekarang ialah apabila sebut saja ‘ustaz’ dalam bidang agama, ibarat semua ilmu mereka tahu sehinggakan walaupun tidak pakar bidang tertentu, masih ingin bercakap juga.
posted by Blogger @ 7:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com