Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Tajdid Iman: Bukti berkat habis harta untuk ilmu
Monday, April 03, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060402230406/Article/


SIFAT pemurah kedua adalah pemurah kepada agama. Seorang ulama yang pemurah akan menghabiskan seluruh masanya untuk kebaikan agama. Bagaimana caranya supaya ilmu dapat tersebar ke seluruh peringkat masyarakat. Ini kerana Allah akan meminta pertanggungjawabannya terhadap ilmu, bagaimana ia diamalkan?


Kisah yang kedua adalah biografi seorang ulama yang dibesarkan dengan semangat kental ibunya yang mahukan dia berjaya walaupun hidup dalam kemiskinan.

Beliau adalah Rabi'ah al-Ra'yi bin Abu Abdul Rahman. Guru kepada Imam Malik bin Anas, Sufyan al-Thauri, Al-Auzha'i, Yahya bin Said al-Ansari serta 40 ulama dan tokoh besar Madinah yang lain. Bahkan, Abdullah bin Umar pernah berkata: "Sesungguhnya Rabi'ah adalah seorang pemuda yang alim dan dihormati di kalangan kita."

Sifat pemurah dengan agama terserlah pada peribadi ibu Rabi'ah dan turun kepada anaknya. Ayah Rabi'ah adalah seorang pejuang yang terpaksa berpisah dengan anak dan isterinya untuk menjaga perbatasan wilayah kaum Muslimin di sempadan.

Sebelum pergi, suami sempat berpesan kepada isterinya untuk menjaga hartanya yang ditinggalkan. Mereka boleh mengambil harta itu sedikit untuk keperluan kedua-duanya ketika ketiadaan suami tercinta. Harta itu berjumlah 30,000 dinar, harta yang cukup banyak bagi mereka berdua.

Selepas bertahun-tahun pergi berjihad di wilayah sempadan, suami pun pulang ke rumah. Anak yang dewasa tidak mengenali ayahnya lagi.

Pertemuan anak beranak itu terasa asing bagi kedua-duanya.

Pada suatu hari si ayah ke masjid untuk menunaikan fardu Subuh, selepas solat dilihatnya orang berkerumun di sekitar majlis ilmu yang diajarkan oleh seorang ulama. Dia tidak berapa mengenali ulama itu kerana duduk jauh.

Selepas selesai syarahan, orang yang duduk di sebelah beliau asyik memuji ulama yang warak dan terkenal dengan keluasan ilmunya itu.

"Tahukah anda, pemuda yang bersyarah itu adalah anak Abu Abdul Rahman?" Tersentak lelaki itu ketika namanya disebut. Betulkah pemuda itu adalah anakku? Beliau berasa terlalu gembira sehingga menitis air matanya. Anak yang dikasihi duduk di tengah majlis yang dipenuhi muridnya.

Mereka sungguh memulia dan menghormati anaknya itu. Bergegaslah beliau pulang ke rumah, bertanyakan kesahihan berita itu. Kegembiraannya memuncak ketika isterinya membenarkan khabar yang dibawanya dari masjid.

Tetapi, beliau melihat wajah isterinya kerisauan seperti menyembunyikan sesuatu. Beliau bertanya kepada isterinya: "Mengapa engkau kelihatan muram, adakah sesuatu yang engkau tutupi daripadaku?"

Jawabnya: "Wahai suamiku, sesungguhnya wang yang engkau suruh aku menyimpannya sebanyak 30,000 dinar dulu telah aku habiskan untuk memberi pelajaran kepada anak kita."

Kata Abu Abdul Rahman: "Demi Allah engkau telah habiskan semuanya? Allah telah memberkati harta itu dan menjadikan anak kita kurniaan yang besar bagi umat ini." Demikianlah sifat pemurah seorang ibu supaya anaknya dapat memberi manfaat untuk agama dengan ilmunya.

Kisah ini mengandungi hikmah yang sungguh bernilai untuk memperjuangkan agama dengan cara menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada umat. Ia perlukan sokongan kewangan yang besar. Sikap kedekut untuk menuntut ilmu akan membantutkan proses pembelajaran seseorang. Hanya si pemurah yang akan dibukakan jalannya kepada kefahaman itu.

Tetapi, banyak kita dapati ibu bapa yang terlalu mementingkan hiburan dan kemewahan untuk anak mereka atau membeli pakaian dan perhiasan bergaya lebih disukai daripada membeli sebuah komputer atau ensiklopedia.

Ketiga ialah sifat pemurah dengan dunia. Abu Bakar al-Shiddik adalah contoh terbaik yang mewakili manusia yang bersifat pemurah dengan hartanya.

Beliau memerdekakan hamba dan menjadi penolong dakwah Rasulullah SAW sehingga habis seluruh hartanya. Ketika berhijrah, semua hartanya dibawa bersama sebagai infaq ke jalan Allah.

Beliau berkata kepada puterinya Asma': “Masukkanlah batu-batu kerikil ke dalam tabung keluarga kita dan goncangkanlah supaya terdengar ia masih berisi, hingga tidak akan risau datuk kamu yang buta itu apabila mendengarnya."

Sifat Abu Bakar yang pemurah mengajar kita mengenai kemuliaan harta benda, jika ia dikeluarkan pada jalan yang diredai Allah. Sebaliknya, ia akan menjadi bara api neraka juga orang yang membelanjakannya pada jalan maksiat dan kekufuran.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Takutlah kamu (terhadap api neraka) walaupun kerana setengah biji kurma." Takutlah kepada api neraka dengan banyak bersedekah, tetapi bagaimana hendak bersedekah jika anda bukan orang kaya?

Berusaha dan bekerjalah, nanti Allah akan membalas kerja anda di dunia sampai akhirat. Jadilah orang yang pemurah dengan diri, jiwa dan raga. Dengan agama dan harta yang ada.

INTI PATI
Sifat pemurah dituntut agama

  • Sikap kedekut untuk menuntut ilmu akan membantutkan proses pembelajaran seseorang.
  • Hanya si pemurah yang akan dibukakan jalannya kepada kefahaman itu.
  • Allah akan memberi pembalasan baik di dunia dan sampai akhirat kepada orang yang berusaha dalam pekerjaan masing-masing
  • Ibu bapa perlu bersifat pemurah kepada anak agar dapat dimanfaatkan untuk agama dengan ilmu
  • posted by Blogger @ 12:20 PM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    About Me

    Name: Blogger
    Home: Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    Kunjungan

    Pengunjung Dari Negara Online
    Previous Post
    Archives
    Links
    Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com