Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Risalah Hikam Ibnu Ruslan hurai iman ilmu tasawuf
Tuesday, May 23, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060522230431/Article/

ADA empat jenis risalah atau kitab 'Hikam' yang dikenal pasti di dunia Melayu. Artikel kali ini memperkenalkan Risalah Hikam Ibnu Ruslan yang diberi gantungan makna oleh Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari.


Tiga yang lain ialah Terjemahan Hikam Shaghir berasal dari karya Syeikh Ibnu 'Athaullah al-Askandari. Syarh Hikam Kabir juga berasal dari karya Syeikh Ibnu Athaullah al-Askandari.

Hikam Ibnu Abi Madyan diterjemah oleh Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Ada pun Risalah Hikam Ibnu Ruslan yang ditangani oleh ulama dunia Melayu ada tiga corak. Ada Risalah Hikam Ibnu Ruslan dalam bahasa Arab yang disyarah oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi. Ada salinan Risalah Hikam Ibnu Ruslan oleh Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.

Karya Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari itu sebahagiannya sudah saya transliterasi daripada tulisan Melayu/Jawi kepada tulisan Rumi/Latin tetapi belum sempat diselesaikan.

Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari memulakan penulisan beliau diutamakan pemantapan tauhid sufi sebagai berikut: "Bahwasanya ilmu tauhid itu terlebih mulia daripada segala ilmu. Bermula daripada yang ditaklifkan ialah Risalah Raslaniyah, yakni yang punya taklif matan kitab ini bagi Imam yang 'Arif Billah Ta'ala Wali Raslan Damsyiq nama negerinya, diperbaiki [oleh] Allah kiranya akan kuburnya dan dijadikan [oleh] Allah kiranya syurga akan tempatnya."

Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari menyebut pada kalimat di atas dengan istilah 'ilmu tauhid' dan demikian pada beberapa tempat dalam kalimat yang berikutnya, tetapi bahasan atau perbicaraannya bukan seperti ilmu tauhid yang biasa. Yang dimaksudkan pada 'ilmu tauhid' itu ialah menurut bahasan tauhid dari segi pandangan ahli tasawuf.

Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari dengan menggunakan gaya bahasa 'ulama' sufi, penuh khusyuk, tawaduk dan dinisbahkan sebagai munajah, menulis: "Ku pohonkan kepada Allah bahwa ku syarahkan ia dengan sirr (rahsia) atas syarah yang menghuraikan segala lafaznya dan menyatakan segala kehendaknya. Dan ku namai akan dia dengan Fath Ar-Rahman Pada Syarah Risalah Wali Ar-Raslan."

Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari menerima konsep ahli tauhid sufi bahawa Allah sangat dekat kepada hamba-Nya, yang beliau ungkapkan pada kalimat: "Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar, Allah hadir kepada kita dengan ilmu-Nya, dan Allah melihat kepada kita dengan hukum-Nya. Bahawa Allah berserta kamu dengan ilmu-Nya, dan kudrat-Nya, dan tolong-Nya di dalam dunia dan akhirat. Apabila engkau ketahui akan yang demikian itu, nescaya engkau ketahuilah bahawasanya Allah serta-Mu di dalam batinmu dan zahirmu. Maka jadikanlah dirimu serta-Nya dengan karammu di dalam tauhid. "Dari kerana bahwasanya apabila ada engkau berserta Allah seperti demikian itu, nescaya engkau didindingi oleh Allah. Ertinya dijauhkan oleh Allah akan dikau daripada penglihatanmu akan dirimu. Maka, sejahteralah engkau daripada syirik khafi. Dan inilah kelakuan yang dinamai fana di dalam tauhid dan dinamakan Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari hal jam'i."

Selanjutnya Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari membicarakan pula mengenai 'iman' menurut pandangan ahli tasawuf.

Katanya: "Bermula iman yang sempurna itu, keluarmu daripada Allah dengan tiada engkau sekutukan Allah dengan sesuatu daripada segala sifat Allah yang tertentu bagi Allah. Bermula yakin itu, keluarmu daripada dirimu. Ertinya daripada upayamu, dan kuatmu, dan wujudmu supaya kau pandang kesempurnaan upaya-Nya, dan kuat-Nya, dan wujud-Nya pada tempat lemahmu dan daifmu. Apabila bertambahlah imanmu dengan keluar daripada sekalian itu, nescaya berpindahlah engkau daripada suatu hal kepada suatu hal. Ertinya daripada lemah kepada kuat sehingga sempurnalah imanmu, iaitulah yakin."

Kemudian Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari mengaitkan dengan istilah lain, kata beliau: "Apabila sempurnalah yakinmu, nescaya jadilah segala yang ghaib nyatalah bagimu. Maka kau perolehlah iman yang kamil (yang sempurna). Apabila bertambah kuatlah yakinmu dengan keluarmu daripadamu, dan daripada segala yang lainnya, nescaya berpindahlah engkau daripada suatu makam kepada suatu makam. Ialah: Daripada ma'rifah kepada kasyaf. Daripada kasyaf kepada musyahadah. Daripada musyahadah kepada mu'ayanah. Daripada mu'ayanah kepada ittishal. Daripada ittishal kepada fana. Daripada fana kepada baqa' hingga kepada lainnya daripada segala maqamat yang masyhur pada ahl ash-sufi."

Selepas itu Syeikh Muhammad Arsyad 'Abdullah al-Banjari membandingkan pula beberapa istilah syariat, tarekat, hakikat dan makrifat.

Keempat-empat istilah yang sangat terkenal dalam lingkungan ahli tasawuf itu beliau huraikan satu persatu secara panjang. Semua huraian yang beliau sebut adalah menepati dan disepakati oleh ulama muktabar.
posted by Blogger @ 8:17 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com