Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Doa Umar untuk mati syahid termakbul
Friday, August 11, 2006
Berita Harian, 11 ogos 2006

SEKEMBALI menunaikan ibadah haji pada 23 Hijrah, Saidina Umar berdoa: �Ya, Allah, aku memohon kepada Engkau supaya aku dapat mati syahid di jalan-Mu dan wafat di bumi rasul-Mu.�

Ternyata Allah mengabulkan doanya. Kedua-dua keinginannya itu terkabul. Ketika Umar hendak menunaikan solat Subuh di Mihrab pada Rabu, 26 Zulhijah, 23 Hijrah, dia ditikam oleh seorang Majusi bernama Au Lu�luah atau Fairus yang berasal dari Parsi.

Fairus adalah pelayan Almughirah bin Syu�bah. Umar ditikam tiga atau enam tusukan, satu di antaranya di bawah pusat dengan pisau kecil berujung dua.

Selepas menikam Umar, Fairus kemudian menikam setiap orang yang ditemuinya, sehingga ada enam orang yang tewas dan tujuh lain luka.

Fairus segera ditangkap oleh Abdullah bin Auf dengan jubahnya sehingga tidak berdaya. Lalu, dia bunuh diri dengan menikam tubuhnya sendiri.

Dengan darah yang mengalir daripada celah lukanya, Umar diusung ke rumahnya sebelum matahari terbit. Terkadang dia pengsan dan sedarkan diri.

Ketika diingatkan solatnya, Umar berkata: �Oh ya, tidak ada keislaman bagi siapa yang meninggalkannya.� Lalu saat itu juga dia solat.

Selepas solat, dia bertanya kepada sahabatnya : �Siapa yang menikamku.� Maka dijawab : �Abu Lu�luah Al-Majusi, pelayan Al-Mughirah bin Syu�bah.�

Mendengar jawapan itu, Umar berkata: �Alhamdulillah, yang menjadikan wafatku oleh orang yang mengaku beriman, tetapi tidak pernah sujud kepada Allah.�

Selama tiga hari selepas peristiwa itu Umar masih bertahan. Namun, Allah lebih menyanyanginya. Pada usia 63 tahun � sama dengan umur Rasulullah SAW dan Abu Bakar � Umar wafat.

Umar memegang jawatan khalifah selama 10 tahun enam bulan lima hari. Dia meninggalkan 13 anak, termasuk sembilan lelaki.

Selepas Umar wafat, seorang wanita bernama Ibnatu Abi Hatmah menangis dan berkata: �Wahai Umar, engkau selalu meluruskan segala sesuatu yang bengkok. Engkau memadamkan segala api fitnah dan menghidupkan sunnah. Engkau meninggalkan dunia dengan bersih dan engkau bebas daripada segala aib.�

Mendengar ucapan wanita itu, Ali bin Abi Thalib berkata: �Benar apa yang diucapkan wanita itu. Umar meninggalkan alam fana ini dengan membawa segala kebaikan dan meninggalkan segala keburukan. Semua orang sependapat dengan wanita itu.�

Sebelum wafat, Umar berwasiat supaya urusan khilafah dan pimpinan pemerintahan dimusyawarahkan oleh enam orang yang mendapat keredaan Rasulullah SAW sebelum Baginda wafat. Mereka adalah Uthman bin Affna, Ali bin Abi Thalib, Thalhah bin Ubaidillah, Azzubair Ibnul Awwam, Saad bin Abi Waqqash dan Abdurrahman bin Auf.

Umar menolak menetapkan salah seorang daripada mereka, dengan berkata: �Aku tidak mahu bertanggungjawab selagi hidup dan selepas mati. Kalau Allah menghendaki kebaikan bagi kalian, maka Allah akan melahirkannya atas kebaikan mereka (yang keenam-enam orang itu) seperti ditimbulkan kebaikan bagi kamu oleh Nabimu SAW.�





Kerana ketinggian waraknya (sikap hati-hati), maka Umar sengaja tidak menunjuk anak bapa saudara dan adik iparnya sendiri, iaitu Said bin Zaid bin Amru bin Nufail. Dia khuatir orang lain menuduhnya �kerana dia masih keluarga Umar�, meskipun Said bin Zaid adalah salah seorang daripada 10 orang yang memperoleh khabar gembira masuk syurga.

Umar juga berpesan kepada sahabatnya yang enam orang itu supaya puteranya, Abdullah, menghadiri musyawarah tetapi dia tidak memiliki kuasa apa pun. Kehadiran Abdullah hanya untuk mengutarakan pendapat.

Umar juga berpesan supaya selama sidang musyawarah yang menjadi imam solat adalah Suhaib bin Sanan Arrumi.

Umar hanya mengangkat keenam-enam orang itu. Dia tidak menyertakan Ubaidah Ibnul Jarrah (orang kesepuluh yang diberitakan masuk syurga) kerana telah wafat. Dia juga tidak mengangkat Said bin Zaid (orang kesembilan yang diberitakan masuk syurga) kerana dia adalah adik iparnya.

Selain itu, Said tidak berminat memangku suatu jawatan apa pun. Dia hanya ingin menjadi tentera yang terjun ke kancah perang perluasan dan dakwah. Dia bercita-cita gugur sebagai syahid di medan tempur dan Umar mengetahui hal itu.
posted by Blogger @ 8:43 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com