Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kitab Syeikh Abdur Rauf bantu ummah dekati tasawuf
Tuesday, August 08, 2006
Berita Harian, 8 ogos 2006

"RISALAH Mukhtasharah fi Bayan Syuruth asy-Syeikh wa al-Murid" adalah di antara karya Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri. Ramai orang takut menerima konsep ajaran tasawuf mengenai kepatuhan seseorang murid terhadap guru (Syeikh).


Golongan ini berpendapat kerana mengarah kepada ketakasuban atau fanatik. Sebaliknya, ada berpendapat bahawa seseorang murid yang tidak patuh kepada guru atau anak tidak patuh kepada kedua ibu bapa, yang dipimpin tiada patuh kepada pemimpin, yang lebih muda tiada rasa hormat terhadap yang lebih tua - semua itu adalah golongan yang tidak beradab.

Sesebuah masyarakat apabila ramai golongan yang tidak beradab, maka segala-galanya tidak terkawal lagi, huru hara akan muncul dari segenap penjuru. Kepatuhan murid terhadap guru dalam ajaran tasawuf yang bersumberkan ulama yang betul seperti Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri dan karyanya tidaklah seburuk tuduhan golongan tertentu yang antitasawuf.

Oleh itu, "Risalah Mukhtasharah fi Bayan Syuruth asy-Syeikh wa al-Murid" yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud �Risalah Ringkas Bicara Syarat Seorang Syeikh dan Murid patut diperkenalkan, dipelajari, dan dijadikan pedoman dalam dunia pendidikan. Keruntuhan akhlak perlu ditangani dengan cermat, padu dan saksama.

Memulakan penulisannya, Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri menggambarkan atau menyindir manusia pada zamannya (abad ke-16) yang tergila-gila menjadi �Syeikh Shufi�. Kalimat beliau: "Pada hal kulihat pada waktu ini terlebih banyak segala manusia gemar mereka itu pada �Maqam Syeikh� dulu daripada diketahui (oleh) mereka itu segala syarat Syeikh dan segala adabnya. Dan tiada membawa mereka itu atas gemar pada maqam itu pada ghalibnya, melainkan mengasih martabat dan riasah (maksudnya: jadi pemimpin)... ."

Jika kita bandingkan dengan zaman sekarang, perkara demikian masih wujud. Dari golongan yang tidak cukup syarat itulah, timbulnya kerosakan sesuatu disiplin ilmu, termasuk ilmu tasawuf.

Pada zaman itu beberapa orang mendesak Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri supaya menulis risalah yang dibicarakan ini. Kata beliau: "Maka kuperkenankan permintaan saudara itu dan kusuratkan risalah ini, pada hal diambil daripada kata orang yang besar. Lagi ditafsirkan dengan bahasa orang Pasai supaya memudahkan atas mereka itu memahamkan segala makna yang dimaksudkan daripada risalah ini."

Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri tidak menyetujui orang yang berlagak sebagai �Syeikh� sedang dia sendiri tidak mempelajari kepada seseorang �Syeikh�(guru).

Seorang Syeikh itu diibaratkan seperti seorang doktor (tabib). Beliau menggunakan kalimat sindirian, katanya: "Bahawasanya Syeikh itu seperti tabib. Manakala tabib itu tiada tahu membezakan segala keadaan rumput, dan ia tiada tahu susunan segala ubat, maka membinasakan bagi orang yang sakit."

Selanjutnya syarat dan adab seseorang Syeikh itu sangat banyak di antara yang disebut oleh Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri adalah:

l Maka tiada patut bagi Syeikh itu menuntut akan balas berupa sedekah daripada muridnya.

l Adab Syeikh itu bahawa ada baginya khalwat (bersunyi diri kerana beramal) yang tertentu dan waktu yang tertentu, ini bukan bererti dia memutuskan untuk tidak bertemu dengan sekalian makhluk.

l Seseorang Syeikh itu hendaklah baik perangai, tawaduk' bagi muridnya. Sewaktu dia perlu turun daripada haknya kepada darjat segala murid kerana sayangnya kepada murid.

l Segala perangai Syeikh itu hendaklah mengikut seperti perangai Rasulullah SAW.

l Hendaklah Syeikh memelihara segala rahsia murid sekiranya diperolehnya daripada kasyaf.

Mengenai syarat dan adab murid terhadap Syeikh pula, Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri menyebut di antaranya:

l Hati seseorang murid hendaklah ada rasa hormat kepada Syeikhnya.

l Hendaklah murid menerima ilmu daripada Syeikh sama ada yang digemarinya atau dibencinya.

l Janganlah seseorang murid itu tersemat pada hatinya perasaan benci pada Syeikhnya.

l Janganlah seseorang murid itu menyalah-nyalahkan Syeikh.

l Janganlah apa-apa yang dilihat pada segala perbuatan Syeikh itu, maka diikutnya, melainkan jika disuruhkan oleh Syeikh itu dengan yang demikian itu.





l Jangan murid itu membantah suruhan Syeikhnya, jangan ditakwilkan atas perkataannya.







Penulis boleh dihubungi menerusi pengkaji_khazanah@yahoo.com

l Janganlah murid menuntut sesuatu ganjaran setiap pekerjaan yang disuruh oleh Syeikhnya itu, tetapi murid bersegera mengerjakannya hanyalah dengan penuh rasa ikhlas semata-mata.

l Jangan murid bertanya sesuatu kepada Syeikh seperti orang bertanya minta jawab dengan segera.

l Janganlah murid khianat akan Syeikhnya pada sesuatu pekerjaan.

posted by Blogger @ 7:18 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com